AS mengganas lagi

JALALABAD, Afghanistan 11 Julai – Pasukan penyiasat yang dibentuk oleh Presiden Afghanistan, Hamid Karzai mendapati 47 orang yang terbunuh dalam satu serangan udara oleh tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) minggu lalu adalah orang awam.

 

Pasukan penyiasat sembilan pegawai itu yang terdiri dari wakil Kementerian Pertahanan dan Dalam Negeri, ahli Parlimen dan ahli Majlis Daerah memperoleh bukti mengesahkan mereka yang terbunuh adalah penduduk awam yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

 

Mereka terbunuh dalam serangan udara itu semasa menghadiri satu majlis perkahwinan pada minggu lalu.

 

Sebelum ini, tentera bersekutu diketuai oleh AS menafikan sekeras-kerasnya mereka melakukan serangan terhadap awam dalam kejadian pada 6 Julai lalu di wilayah pergunungan timur Nangarhar di daerah Deh Bala.

 

Mereka mendakwa serangan itu ditujukan kepada militan Taliban dan al-Qaeda.

 

Hanya seorang militan ekstremis terbunuh dalam serangan tersebut.

 

”Mangsa-mangsa yang mati dan sembilan lagi yang cedera merupakan penduduk awam yang kesemuanya tiada mempunyai kaitan dengan Taliban mahupun al-Qaeda,” kata Ketua Misi Penyiasat itu, Burhanullah Shinwari yang juga merupakan Timbalan Speaker Senat Afghanistan.

 

Mereka menemui keluarga dan waris mangsa yang menunjukkan pakaian wanita dan kanak-kanak yang kesemuanya penuh dengan kesan darah yang masih basah.

 

Kesemua maklumat dan bahan bukti itu akan diserahkan kepada Karzai.

 

Sejak rejim Taliban berjaya dijatuhkan pada tahun 2001, penduduk awam sering menjadi mangsa serangan terutama terperangkap dalam operasi tentera asing bagi memburu saki baki Taliban dan anggota al- Qaeda.

 

– AFP

 

Sumber: Utusan Malaysia 13/07/08

 

Ulasan:

 

Baru-baru ini kerajaan Pakistan begitu marah sebab AS telah melancarkan serangan yang mengakibatkan sejumlah lebih daripada 20 anggota tentera Pakistan yang berjuang menentang puak militan Taliban mati terbunuh.

 

Beberapa tahun lepas pula dilapurkan bahawa jet-jet pejuang AS menggempur satu majlis perkahwinan di Afghanistan dan mengakibatkan berpuluh penduduk tempatan terbunuh. Ternyata majlis perkahwinan tersebut tidak ada kaitan dengan puak Taliban mahupun Al-Qaeda sedikitpun.

 

Berita di atas mengesahkan lagi bahawa memang Amerika Syarikat (AS) ‘sengaja’ menyerang tempat-tempat awam dan melakukan pembunuhan. Manakala berita pula akan melaporkan bahawa yang diserang adalah puak militan, tetapi ‘terkena’ penduduk awam yang berada bersama. Yang lebih tragis, mereka membunuh penduduk awam tetapi melaporkan bahawa membunuh puak militan. Bagaimanakah tentera AS di Afghanistan dan saluran berita AS begitu yakin dan pasti bahawa yang mati terbunuh adalah militan Taliban atau anggota Al-Qaeda? Pada hal anggota Taliban mahupun Al-Qaeda tidak memakai pakaian tentera dan tidak dapat dibezakan langsung dengan penduduk tempatan. Media ketenteraan AS sengaja memberikan alasan bahawa serangan yang ditujukan untuk memusnahkan puak militan, pada hal yang terkorban adalah ramai penduduk awam yang tidak bersenjata.

 

Di sebalik itu AS dan sekutunya NATO merasa cemas apabila tidak mempunyai bilangan ketenteraan yang mencukupi untuk menundukkan puak Taliban, dan jumlah anggota tentera AS yang mati di perang di Afghanistan melebihi di Iraq pada bulan Jun lepas. Berita dari Associated Press pada tahun lepas mengatakan bahawa Presiden boneka AS iaitu Hamid Karzai hanya mempunyai kekuasaan sebanyak sepertiga daripada kesemua wilayah di Afghanistan.

 

Berita tersebut bukanlah sesuatu yang memeranjatkan di mana kebanyakan penduduk tempatan di Afghanistan tidak melihat apa-apa perkembangan positif sejak negara tersebut dicerobohi AS sejak Oktober 2001. Masih terdapat kekurangan makanan di merata tempat, masalah pelarian, kemiskinan dan ditambah pula dengan ancaman serangan AS dan NATO yang mengorbankan nyawa penduduk tempatan. Jelas bahawa  penduduk  awam di Afghanistan semakin lama membenci  tentera  kafir  yang  menguasai  wilayah mereka, ditambah pula dengan  penghinaan  terhadap al-Quran  oleh anggota tentera AS yang mengakibatkan protes daripada penduduk tempatan dari masa ke semasa.

 

Secara realitinya Afghanistan adalah suatu wilayah kaum Muslimin yang pernah berada di bawah Daulah Islam sejak pemerintahan Bani Ummayah, dan kini dikuasai oleh kuasa kafir AS dan NATO menerusi agen mereka, Hamid Karzai. Maka adalah fardhu (wajib) untuk penduduk Muslimin di wilayah yang diperangi atau kawasan yang berdekatan dengannya untuk mengangkat senjata melancarkan jihad ke atas golongan kuffar ini. Kewajipan yang sama terkena ke atas setiap pemerintah Muslim yang berkuasa untuk menghantar tentera ke sana bagi membebaskan bumi Afghanistan seterusnya menyelamatkan umat Islam di sana.

 

Jika dahulu, kaum Muslimin berjihad mengangkat senjata memerangi golongan kuffar Soviet. Realiti di Afghanistan sekarang ini sebenarnya tidak banyak bezanya daripada semasa pendudukan Soviet Union daripada Disember 1979 sehingga 1989, yakni kaum Muslimin wajib melancarkan Jihad untuk mengusir tentera kuffar dari bumi Afghanistan.

 

Seperti biasa, kita yakin bahawa dengan adanya pemerintah pengkhianat dari kalangan kaum Muslimin sekarang, mereka tidak akan bergerak, kecuali untuk kepentingan musuh/tuan mereka. Kita wajib berusaha ke arah mewujudkan Daulah Khilafah, kerana hanya dengannya sahaja, jihad akan dilancarkan untuk memerangi musuh-musuh Allah ini. Insya Allah dengan bersatunya tentera kaum Muslimin di bawah Daulah Khilafah, kemenangan gilang-gemilang akan dapat dicapai dengan mudah.