Hanya Khalifah Sebagai Pelindung
OSLO 13 Feb. – Kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan dekat pusat bandar Oslo dalam satu tunjuk perasaan semalam bagi membantah tindakan sebuah akhbar Norway yang menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkannya sebagai babi.
Penunjuk perasaan turut melaungkan ‘Allahuakbar’ selain mengibarkan sepanduk yang meminta akhbar harian Dagbladet diboikot.
Akhbar tersebut pada 3 Februari lalu menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai babi. Gambar tersebut turut disertakan dengan satu artikel yang mengatakan pengguna internet menyiarkan kenyataan menyakitkan hati tentang Islam dan Yahudi di halaman Facebook milik polis keselamatan Norway.
Ketua editor Dagbladet, Lars Helle memberitahu The Associated Press, dia tidak kesal kerana mencetak gambar yang menyinggung perasaan itu, malah mengalu-alukan tunjuk perasaan yang diadakan semalam.
“Ia adalah satu ujian untuk masyarakat Norway sama ada ia akan jadi satu bantahan aman atau sebaliknya,” katanya lagi. Ujar Helle, Dagbladet juga tidak menerima sebarang ancaman secara langsung sejak ia menerbitkan karikatur tersebut.
Katanya, seorang penggodam dari Turki telah mengakibatkan laman web akhbar tersebut terganggu selama dua jam pada malam Rabu lalu, namun dia tidak pasti adakah pencerobohan itu mempunyai kaitan dengan penyiaran karikatur berkenaan.
Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu menunjukkan kepada media Norway bahawa umat Islam sangat-sangat tersinggung dengan penyebaran gambar seumpama itu. Islam mengharamkan sebarang imej yang menggambarkan Nabi Muhammad walaupun ia memaparkan sisi baik baginda kerana bimbang ia boleh membawa kepada pemujaan.
Sumber : Utusan Malaysia, 14/2/2010
Hanya Khalifah sebagai pelindung
Menghina peribadi Rasulullah SAW adalah satu kesalahan yang amat berat. Pernah suatu masa kaum kuffar berhasrat mengadakan pementasan yang mempersenda peribadi Rasulullah SAW. Ketika itu umat Islam berada di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniah. Khalifah pada ketika itu, Sultan Abdul Hamid II mengancam hendak melancarkan jihad terhadap kaum kuffar. Meskipun Daulah berada dalam keadaan yang cukup lemah ketika itu, Barat akur dan pementasan tersebut dibatalkan.
Namun hari ini, tidak ada seorang pun pemimpin umat Islam yang mampu menimbulkankan kegentaran dan ketakutan ke dalam sanubari kaum kuffar sehingga mereka begitu berani melakukan sewenang-wenangnya terhadap kemuliaan Islam. Sikap kurang ajar dan mulut celupar ketua editor Dagbladet, Lars Helle itu sebenarnya adalah perkara yang telah berlaku berulang-ulang kali sejak dari dahulu dan akan terus terjadi sehinggalah ia akan disenyapkan dengan tertegaknya Khilafah. Sesungguhnya apa yang ditakuti oleh Barat adalah Khilafah dan hanya Khilafah sahaja akan mengajar mereka.
Untuk benar-benar memberhentikan perbuatan kurang ajar pihak kuffar ini, tindakan yang paling utama masa kini adalah menegakkan semula Sistem Khilafah bagi melontarkan ketakutan dan kegentaran di dalam jiwa-jiwa kaum kuffar!!