Sheikh Hasina Menyerahkan Kaum Muslimin Bangladesh Kepada Amerika dan India

altBaru-baru ini Hizbut Tahrir telah mengedarkan sebanyak 100,000 risalah selepas solat Jumaat di seluruh masjid di Bangladesh. Risalah tersebut bertajuk “Wahai Muslimin! Sheikh Hasina Menyerahkan Anda kepada Salibin Amerika dan Negara Musyrik India, Gulingkan Pemerintahan Pengkhianat Sebelum Dia Berjaya”. Di dalam risalah tersebut, Hizbut Tahrir mengatakan bahawa penjajah telah meletakkan Sheikh Hasina dalam kekuasaan demi memenuhi matlamat mereka.

Sepertimana yang diberitahu oleh Media Informasi HT Bangladesh,  pemerintah Hasina sedang melaksanakan rancangan Amerika untuk menundukkan Bangladesh melalui kerjasama kaum musyrik India dalam usaha mencegah munculnya Islam sebagai ideologi politik di benua itu.

Menurutnya, negara penjajah Amerika dan kaum musyrik India telah mencapai kesepakatan di mana Amerika telah mengarahkan para penguasa di wilayah itu, khususnya Pakistan dan Bangladesh, untuk menyelesaikan masalah lama mereka dengan India yang akan membebaskan tangan-tangan India, dan kemudian kedua-dua musuh Islam ini dapat mengembangkan kerjasama mereka untuk mengukuhkan penempatan mereka di wilayah tersebut.

Oleh karena itu, menurut Hizbut Tahrir, dari satu sudut, Sheikh Hasina telah menyerah pada tuntutan India dan pada masa yang sama telah mengizinkan kehadiran Amerika di negeri itu. Kehadiran tentera mereka begitu ramai sehinggakan Bangladesh telah menjadi pangkalan latihan bagi tentara kejam Amerika yang mana tangan mereka berlumuran darah kaum Muslimin di Iraq dan Afghanistan.

Di dalam risalah itu, Hizbut Tahrir juga menyeru kepada kaum Muslimin untuk mencetuskan sebuah perjuangan politik menentang penjajah dan ejen-ejen mereka, termasuk pemerintah merbahaya Hasina.

Parti sebagai ‘kuasa rakyat’ adalah langkah kukuh untuk menghapuskan pemerintah Hasina daripada kekuasaan dengan memberikan dukungan kepada Hizbut Tahrir dan menyerahkan kekuasaan kepada parti untuk mendirikan kembali Khilafah. Hanya Khilafah yang dapat menghapuskan pengaruh penjajah dari negeri itu dan menghalau mereka semua.