Kebebasan dan Hak Asasi – Mitos Peradaban Barat
Sumber : Utusan Online, 10/06/2011
Dalam pada umat Islam ditekan oleh para pemerintah kuffar, yang lebih jelek adalah para pemimpin kaum muslimin sendiri turut melakukan tekanan ke atas umat Islam. Di seluruh dunia Islam peradaban serta undang-undang kufur dicedok dan diterapkan. Para pemerintah umat Islam tanpa segan silu menghalang aktiviti dakwah dalam mengembalikan Islam ke dalam kehidupan serta menghalang seruan agar umat bersatu di bawah panji-panji Islam. Hakikatnya, kes yang berlaku di Perancis sekarang cumalah satu bab sahaja daripada pelbagai masalah yang melanda umat Islam. Semua ini adalah kesan daripada tidak diterapkannya Islam dalam kehidupan bernegara serta jauhnya umat dari pemikiran ideologi Islam. Akibatnya, maruah umat Islam menjadi murah dan nasib mereka bebas diperdagangkan oleh saudagar-saudagar imperialis Kapitalis. Para pemimpin kuffar hari ini begitu berani menyulitkan urusan umat Islam kerana mereka tahu bahawa umat Islam pada masa ini tiada pelindung dan tiada pembela. Yang ada cumalah boneka-boneka sekular yang akan menurut kehendak mereka dan bermatian-matian mempertahankan perlembagaan kufur di negeri masing-masing.
Ayuhlah wahai seluruh umat! Sama-samalah kita bergerak melakukan perubahan dengan mengembalikan kehidupan Islam dalam bernegara dan bermasyarakat. Semoga dengan ini kegemilangan serta kepimpinan dunia akan kembali ke tangan umat Islam!