Belasungkawa Dari Uzbekistan
“Sebenarnya pemerintah kejam ini telah mengarahkan kuncu-kuncunya untuk memenjara beberapa syabab yang lain dan meningkatkan hukuman mereka serta melanjutkan tempoh penjara mereka kepada tempoh minima 10 tahun dan ke atas. Baru-baru ini, 18 orang syabab dari Karasawa telah dipenjarakan, kemudian 10 orang lagi dari Tashkent dan 15 dari Utara. Masing-masing dari mereka dijatuhkan hukuman penjara antara 10-13 tahun. Mereka adalah sebahagian dari ribuan kaum Muslimin yang sengsara dari penjara sebelum ini. Kesan dari penderaan tersebut, 3 orang syabab telah syahid. Mereka adalah Ghalib Malajanoth dari Andijan, Shadman dari Nahayat Asaka dan Abdulraheem dari Karasawa.
Selain dari pemenjaraan syabab, rejim yang kejam ini telah melakukan beberapa taktik baru dengan memenjarakan pula saudara-mara mereka bahkan ada yang berusia 15 tahun! Mereka juga memenjarakan isteri-isteri serta anak-anak perempuan syabab termasuk mereka yang berusia di bawah 15 tahun! Mereka juga turut memenjarakan wanita yang mana suami mereka sedang dipenjarakan atau yang telah syahid! Semua bentuk tekanan ini adalah akibat dari keengganan para syabab dari menyerah dan meninggalkan Deen mereka!
Wahai saudara dan saudari!
Berdoalah ke atas kami dalam menghadapi penguasa kejam ini dan rejimnya, agar Allah SWT menjatuhkan dan menghinakannya di dunia sebelum akhirat. Doakanlah agar Allah SWT menghapuskan kesulitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara-saudara kita serta membalas dengan setimpalnya para pelaku kejam sekaligus menghinakan mereka, semoga apa yang ada di antara syurga dan bumi menyumpahi mereka, Allahu akbar! Berdoalah kepada kami sempena keberkatan 10 hari terakhir Ramadhan ini, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Besar”