Memorandum Peringatan: Muslim Rohingya Sedang Disembelih, Bila Lagi Kalian Akan Bergerak?

Memorandum Peringatan 

Muslim Rohingya Sedang Disembelih, Bila Lagi Kalian Akan Bergerak?

Pembunuhan kejam secara besar-besaran ke atas Muslim Rohingya oleh tentera Myanmar kini sudah memasuki bulan kedua. Pembantaian secara terancang dan sistematik oleh tentera kuffar rejim Myanmar ini sudah melampaui batas kemanusiaan dan akal yang waras. Ratusan Muslim Rohingya, termasuk Muslimah dan kanak-kanak, diseksa dan dibunuh dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Firaun pun. Ratusan ribu telah melarikan diri ke Bangladesh dalam keadaan sehelai sepinggang dan penuh ketakutan, namun disekat pula oleh rejim Hasina yang tidak berhati perut. Muslim Rohingya kini berada dalam keadaan yang cukup tertindas, lemah, terkepung dan tidak berdaya. Sudah tidak ada apa-apa kekuatan yang dapat membantu mereka, walaupun dunia Islam kini baru membuka mata setelah lebih dua abad mereka diperlakukan umpama haiwan oleh rejim Myanmar.

Atas dasar ini, kami ingin mengingatkan kalian wahai para Panglima dan seluruh anggota tentera Malaysia, bahawa kami sudah tidak sanggup melihat kalian terus berdiam diri dengan pelbagai alasan yang tidak bernilai di sisi Allah yang kalian berikan kerana tidak menyelamatkan saudara-saudara kalian yang sedang disembelih oleh puak kuffar laknatullah. Kami ingin mengingatkan kalian wahai para panglima sekalian, bahawa kalian adalah pemegang kekuatan tentera umat Islam. Di tangan kalian terletaknya suatu perintah, yang wajib kalian berikan kepada orang-orang bawahan kalian, untuk mereka bergerak ke tempat tumpahnya darah umat Islam tanpa haq. Sesungguhnya kalian wajib menggerakkan bala tentera ke Myanmar sekarang, kerana saudara-saudara kalian sedang merintih mengharapkan pertolongan kalian untuk membela mereka. Allah SWT telah mengingatkan kalian tentang mereka:

وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ

“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam (urusan pembelaan) agama, maka kalian wajib memberikan pertolongan” [Al-Anfal (8):72].

Wahai para Panglima dan anggota tentera Malaysia! Sudah berpuluh tahun kalian membiarkan Palestin berdarah. Sudah berpuluh tahun kalian membiarkan anak-anak Gaza kehilangan tempat bergantung dan menangis kelaparan. Sudah berpuluh tahun kalian membiarkan wanita-wanita Kashmir diperkosa dan dibunuh. Apakah kini kalian akan membiarkan pula anak-anak dan kaum Muslimah Rohingya disiat-siat dan dibakar hidup-hidup. Sampai bilakah kalian akan terus membiarkan penyembelihan Arakan berlangsung? Apakah kalian akan terus menjadi penonton sehingga tiada seorang pun lagi yang menyebut nama Allah di bumi Myanmar, baru kalian akan bergerak? 

اتقوا الله يا جيوش المسلميناتقوا الله

Allah SWT bertanya kepada kalian wahai para Panglima dan anggota tentera,

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا 

“Mengapa kalian tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau” [Al-Nisa’ (4):75].

Wahai para Panglima dan anggota tentera Malaysia! Sesungguhnya kami telah mendengar hujah kalian kepada kami yang kami perlu memuhasabah Perdana Menteri Malaysia untuk menggerakkan kalian, bukannya datang terus kepada kalian. Ya kami telah mendengar hujah rapuh kalian, dan kami telah lama menangkisnya. Kami telah lama dan senantiasa memuhasabah Perdana Menteri untuk menggerakkan kalian dan beliau tidak pernah mendengarnya dan kami berlepas diri daripada segala kemaksiatan yang dilakukannya. Namun kami ingin bertanya kalian, apakah kalian pernah memuhasabah Perdana Menteri untuk menggerakkan kalian? Atau kalian amat takut untuk menegur dan mengingatkannya dan berlepas diri daripadanya, lebih daripada kalian takutkan Allah?

Untuk makluman kalian, kami telah pun menghantar Memorandum Peringatan kepada Perdana Menteri Malaysia pada 28 November 2016, mengingatkan dan menggesa Perdana Menteri Malaysia agar menggerakkan kalian ke Myanmar, sekaligus mengisytiharkan jihad fi sabilillah ke atas negara kafir harbi itu. Namun kami yakin dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Perdana Menteri tidak akan melakukannya, kerana ini bukan kali pertama kami mengingatkannya, dan bukan kali kedua, dan bukan juga kali ketiga. Maka kini, kami sekali lagi datang kepada kalian untuk mengingatkan kalian, kerana sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Ketahuilah wahai para Panglima dan anggota tentera Malaysia, bahawa dengan membiarkan darah-darah suci umat Muhammad tertumpah begitu sahaja tanpa pembelaan di bumi Arakan, sesungguhnya pemerintah umat Islam telah mengkhianati Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Mereka telah memaksiati Allah dengan sebesar-besar kemaksiatan sehingga gunung-ganang boleh pecah kerananya. Justeru wahai Panglima dan seluruh anggota tentera! Kalian sudah tidak lagi wajib untuk mentaatinya, malah wajib berpaling daripada pemerintah seperti ini. Sabda Rasulullah SAW,

لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِيْ مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam (hal) memaksiati Al-Khaliq” [HR Bukhari & Muslim]

Sesungguhnya kalian wahai para Panglima pemegang kekuatan umat, wajib bagi kalian untuk mengingkari pemerintah yang telah mengingkari Allah dan RasulNya. Kalian tidak perlu lagi menunggu arahan daripadanya atau mendengar kata-katanya. Tugas dan tanggungjawab kalian sekarang ialah untuk menggerakkan tentera yang berada di bawah kekuasaan kalian dengan kadar yang segera bagi menyelamatkan saudara-saudara kalian yang sedang bermandi darah dan air mata, yang sedang merintih, merayu dan menunggu kedatangan kalian, di bumi Arakan.

Wahai para anggota tentera! Bukalah telinga dan mata kalian dengan peringatan ini. Jadilah Singa Allah seperti Hamzah bin Abdul Muthalib, jadilah Pedang Allah seperti Khalid al-Walid, jadilah tentera Allah pembuka Baitul Maqdis seperti tentera Sallehuddin al-Ayyubi, jadilah tentera Allah pembuka Kota Konstantinople seperti Muhammad al-Fatih. Inilah orang-orang yang patut kalian contohi dan  ikuti, bukannya pemimpin kalian yang telah memenjarakan kalian selama ini.

Ketahuilah wahai para Panglima, bahawa Hizbut Tahrir berusaha siang dan malam untuk menegakkan Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah. Ketahuilah bahawa Khilafah Insya Allah akan berdiri dengan nusrah (pertolongan) daripada golongan tentera yang merupakan ahlul quwwah (pemilik kekuatan) di dalam umat ini. Kalian adalah ahlul quwwah tersebut dan Hizbut Tahrir menuntutnya daripada kalian. Maka berilah nusrah kalian kepada Hizbut Tahrir, nescaya Hizbut Tahrir akan menggerakkan kalian menuju keredhaan Allah, menuju kemenangan dan kemuliaan. Hizbut Tahrir akan menggerakkan kalian ke mana sahaja terdengarnya suara anak-anak dan kaum Muslimah yang meminta tolong. Hizbut Tahrir akan menggerakkan kalian ke mana sahaja tumpahnya walau setitis darah kaum Muslimin tanpa haq. Hizbut Tahrir akan menggerakkan kalian ke mana sahaja yang Allah dan RasulNya perintahkan, sehingga Islam yang merupakan rahmatan lil alamin memasuki setiap pintu rumah penduduk bumi.

Oleh yang demikian, berjihadlah wahai tentera Allah. Untuk apa kalian menjadi tentera jika bukan untuk berjihad di jalanNya? Maka sahutlah kalian seruan jihad kami, sahutlah perintah jihad Allah apabila Allah SWT memerintahkan kalian,

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

“Berangkatlah kalian baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kalian dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” [Al-Taubah (9):41].

Wahai para Panglima dan anggota tentera Malaysia! Kami telah menyaksikan kalian bergerak ke Bosnia Herzegovina di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kami telah menyaksikan kalian mengerahkan kekuatan ke Timur Leste, Kemboja, Lebanon dan banyak lagi, di bawah misi dan arahan PBB. Terbaru, kami menyaksikan betapa kalian bersegera ke Yemen membentuk 34 negara bersekutu, suatu pakatan untuk membantai saudara-saudara kalian sendiri, di bawah arahan dan restu Amerika Syarikat.

Justeru, kami ingin bertanya dan mengingatkan! Kenapa apabila PBB dan Amerika Syarikat menyeru dan memerintahkan kalian, kalian terus bergegas menyahut seruan dan perintah mereka? Kenapa kalian bergegas menyahut seruan dan perintah mereka walhal PBB dan Amerika Syarikat itu merupakan musuh kalian yang jelas lagi nyata? Kenapa kalian menyahut seruan musuh Allah, musuh RasulNya, musuh kalian dan musuh kaum Mukminin, wahai Angkatan Tentera Malaysia?

Kenapa tatkala Allah menyeru kalian untuk berjihad di jalanNya, kalian tidak menyahut? Kenapa apabila Allah dan RasulNya menyeru kalian untuk membantu saudara-saudara kalian yang sedang ditindas, kalian terus membisu? Kenapa apabila kaum Muslimin menyeru kalian untuk membela darah dan nyawa mereka, kalian terus berpeluk tubuh? Kenapa wahai para panglima dan anggota tentera Malaysia? Kenapa?

Sesungguhnya HIzbut Tahrir mengingatkan kalian semata-mata kerana Allah, dan kami juga memberi khabar ancam kepada kalian semata-mata kerana Allah. Ingatlah wahai para panglima dan anggota tentera sekalian, bahawa kalian akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT ke atas setiap titik darah yang tertumpah di bumi Arakan. Ingatlah bahawa anak-anak kecil yang dibunuh dengan kejam oleh puak kuffar itu akan bangkit di akhirat kelak dan akan bertanya kalian, “kenapakah kalian tidak membela kami sedangkan kalian mempunyai keupayaan untuk melakukannya?”. Ingatlah bahawa setiap ruh yang kembali kepada Allah di bumi Arakan akan bangkit dan mengadu kepada Allah darihal kalian, “kenapakah kalian tidak membantu kami sedangkan kalian telah mendengar permintaan tolong kami?” Justeru, apakah jawapan kalian kepada Allah di waktu itu wahai mereka yang memiliki kekuatan?

Wahai mereka yang mengurungkan diri di kem-kem! Sesungguhnya kalian tahu bahawa malaikat tidak akan turun dengan sendirinya dari langit untuk berperang melawan tentera rejim Myanmar laknatullah, tetapi kalian tahu bahawa jika kalian keluar memerangi tentera kuffar tersebut, maka Allah akan menurunkan malaikatnya untuk berperang bersama kalian dan Allah pasti akan memberikan kemenangan kepada kalian dan hal ini sungguh akan menggembirakan seluruh kaum Muslimin yang beriman kepada Allah. Inilah perintah dan janji Allah kepada kalian ketika Dia berfirman,

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ 

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [Al-Taubah (9):14].

Wahai tentera Allah! Ketahuilah bahawa kami bukan menghendaki kehinaan dan keburukan kepada kalian, sebaliknya kami menghendaki kebaikan dan kemuliaan buat kalian. Kami mahu kalian memasuki syurga-syurga Allah tanpa hisab, itulah yang kami mahukan. Bukankah syahid yang menjadi tujuan kalian berada dalam pasukan bersenjata umat Islam? Bukankah syurga yang menjadi buruan kalian tatkala kalian telah bertekad untuk memakai uniform yang kalian pakai pada hari ini? Maka, apa lagi yang kalian tunggu dan siapa lagi yang kalian nanti, setelah Allah SWT memanggil kalian untuk memasuki syurga-syurgaNya  yang terbentang luas di hadapan kalian seluas langit dan bumi?

Namun, jika ternyata syurga bukan menjadi idaman dan sasaran terakhir kalian, maka dengan sisa-sisa keimanan yang masih melekat di hati-hati kalian, kami tinggalkan kalian dengan firman Allah SWT yang kami sangat menaruh harapan agar kalian tidak termasuk ke dalamnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ. إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

“Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kalian, ‘Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah’, kalian merasa berat dan ingin tinggal di tempat kalian? Apakah kalian puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kalian tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyeksa kalian dengan seksaan yang pedih dan digantinya (kalian) dengan kaum yang lain, dan kalian tidak akan dapat memberi kemudaratan kepadaNya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” [Al-Taubah (9):38-39].

Akhir kalam, wahai para Panglima pemilik kekuatan umat, ketahuilah bahawa kami telah melakukan tugas kami sebagai parti politik Islam untuk mengingatkan kalian dengan khabar gembira dan khabar ancam, dan kami akan terus melakukannya. Namun apakah kalian telah melakukan tugas kalian sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah? Kami ingin bertanya, apakah selepas peringatan ini kaki-kaki kalian akan mula melangkah atau kalian akan terus berada di berek-berek kalian menikmati kehidupan dunia yang sedikit lagi melalaikan? Kalian tidak perlu menjawab kepada kami sekarang atau akan datang, kerana kami yakin kalian tidak akan menjawabnya. Jawablah kepada Allah di akhirat kelak tatkala kaki-kaki kalian pada waktu itu tidak akan mampu lagi untuk melangkah walau sedikitpun sehingga Allah mengadili kalian terhadap darah saudara-saudara kalian yang tertumpah di Myanmar tanpa pembelaan kalian sebagai tentera yang telah diberi amanah oleh Pemilik langit dan bumi!

Ya Allah! saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.

Ya Allah! saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.

Ya Allah! saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.

Ruj: HTM/Memo/03/1438
Jumaat, 03 Rabiul Awal 1438 H
02/12/2016 M