Umat Islam dihina buat kali ke-43 oleh kuffar Amerika di PBB

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membatalkan keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Menurut laporan AFP, draf resolusi berkenaan dibentangkan di Mesir di mana sesi pengundian menyaksikan 14 ahli Majlis Keselamatan menyokong draf tersebut sebelum ia diveto Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley.

Berita penuh: http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/as-guna-kuasa-veto-tolak-draf-resolusi-pbb-1.772092


Ulasan:

Umat Islam berterusan dihina di PBB oleh kuffar Amerika Syarikat. Sejak dari tahun 1972, AS telah veto sebanyak 42 kali resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara haram entiti yahudi. Dan yang terbaru ini merupakan kali yang ke 43 AS mempertahankan segala kerosakan dan kezaliman yang dilakukan oleh entiti yahudi di bumi umat Islam, Syam. Hal ini tidaklah pelik kerana dalam usaha menancapkan kekuasaan di Timur Tengah, AS akan memastikan rantau tersebut sentiasa bergolak dengan kewujudan entiti haram Zionis di atas tanah umat Islam.

Sebenarnya Allah SWT telah mengingatkan kaum muslimin agar celik dan tidak ditipu berkali-kali. Daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda,

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali[HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998].

Mengambil jalan penyelesaian dengan membawa suara ke PBB ialah satu bentuk ketundukan kepada musuh Islam, AS. Hal ini demikian kerana institusi PBB sememangnya menjadi alat kepada imperialisme AS ke atas dunia. Buktinya dengan kuasa veto, kuasa besar yang wujud di kerusi tetap Majlis Keselamatan PBB telah menjadikan semua negara lain berada di bawah kekuasaan mereka dengan menggunakan dalih ‘suara antarabangsa’. Sewajibnya umat Islam tidak mempertimbangkan saluran PBB dalam usaha membela umat Islam. Faktanya sudah banyak isu yang melibatkan hak umat Islam yang telah dibawa ke PBB langsung tidak membela dan menyebelahi umat Islam. Pembantaian di Palestin, Balkan, Kashmir, Rohingya, Iraq, Afghanistan, Syria dan banyak lagi menunjukkan bukti bahawa PBB langsung tidak berfungsi menjaga keselamatan umat Islam, malah sebaliknya menjadi alat kuasa besar menindas dunia Islam. Allah SWT telah berfirman,

قَاتِلُوْا فِي سَبِيْلِ اللهِ الذِيْنَ يُقَاتَلُوْنَكُمْ

“Dan berperanglah di jalan Allah melawan orang-orang yang memerangi kalian” [TMQ al-Baqarah (2): 190].

Penyelesaian menurut al-Quran dan as-Sunnah sudah jelas menunjukkan bahwa wajib bagi pemimpin kaum muslimin menggerakkan tentera untuk berjihad membebaskan Al-Aqsa. Kita tidak perlu kepada persetujuan antarabangsa kerana itu perintah Allah SWT Yang Maha Agung, kepada Dialah sahaja wajib ditakuti oleh seluruh orang yang beriman.

M. Haswaneezal
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia