Fauna terancam kerana kerakusan manusia
Berita:
As endangered fauna fall victim to motorists, minister moves to call cross-ministry meeting
KUALA LUMPUR, Dec 28 — After yet more deaths, Natural Resources and Environment (NRE) Minister Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar has mooted a cross-ministry meeting to address the increasing number of roadkill cases involving threatened species.
In response two heart-breaking incidents on Christmas Eve that saw motorists killing a sun bear and a tapir — both on the east coast, Wan Junaidi said a collaboration involving the different ministries such as the Transport Ministry, could help address the issue once and for all.
Sumber: http://www.themalaymailonline.com
Komentar:
Allah SWT berfirman:
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan” [TMQ al-An’aam (6): 38]
Allah memisalkan binatang, baik yang melata di bumi (laut atau darat) mahupun yang terbang di udara, semisal dengan manusia. Semua ciptaan telah Allah SWT sempurnakan dengan tugas dan tujuan masing-masing di bumi sesuai dengan penciptaan mereka. Namun dalam seluruh ciptaan Allah SWT ini, manusia telah diberi penghormatan oleh Allah SWT untuk menjadi makhluk yang akan menguruskan alam ini sebagaimana firman Allah SWT:-
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” [TMQ al-Baqarah (2): 30]
Hal ini menunjukkan bahawa manusia, yang telah Allah SWT berikan kelebihan dan keistimewaan berbanding makhluk lain, juga mempunyai tanggungjawab yang besar di muka bumi ini. Selain daripada beribadat, manusia juga mesti mengabdikan diri kepada Allah SWT dan wajib menurut segala titah perintahNya dan juga menjauhi laranganNya. Oleh itu menjadi tanggungjawab manusialah untuk mengurus urusan makhluk lain termasuklah seluruh haiwan dimuka bumi.
Tidak tepat jika manusia hanya memilih jenis-jenis haiwan tertentu untuk dipelihara. Semuanya berhak, baik mamalia, reptilia, amfibia, serangga malah unggas juga termasuk dalam kategori tersebut. Jika pilihan dibuat berdasarkan spesis yang hampir pupus, bermakna manusia itu telah menidakkan hak spesis yang lain. Apa yang menyedihkan lagi ialah, pupusnya sesuatu spesis itu pun kerana kelalaian manusia dalam menguruskan alam ini.
Kelalaian ini tidak dapat menyelesaikan masalah malah menambah burukkan lagi keadaan. Lebih buruk lagi apabila pihak berwajib hanya memfokuskan kepada masalah dan bukannya kepada punca masalah. Masalah utama bukan pada orang yang melanggar, tapi penyebabnya bagaimana haiwan-haiwan ini boleh berada di situ walhal ia bukan habitat mereka. Jika kita dapat kenal pasti punca utama masalah dan berusaha menyelesaikannya, haiwan-haiwan ini pasti tidak akan dilanggar lagi.
Ingatlah firman Allah SWT:-
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”
[TQS al-Anbiyaa’ (21): 197]
Jika kita bukan ahli tafsir yang hebat sekali pun, ayat al-Quran surah al-Anbiya’ di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa Islam ada jalan penyelesaian untuk segala permasalahan walaupun ia melibatkan makhluk selain manusia. Tugas kita ialah, mengenal pasti apakah kaedah yang dianjurkan oleh islam dan kemudian menerapkannya.
Razi Salleh
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia