Lgbt Tidak Layak Menuntut Hak Di Bumi Allah
Berita:
Aktivis sosial Marina Mahathir menegaskan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini mahukan hak sama dinikmati oleh rakyat di negara ini.
Memetik laporan portal Malaysiakini, Marina ditemui dalam satu majlis di Ampang menyatakan, komuniti LGBT itu berhadapan dengan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.
Menurutnya, di negara ini, komuniti LGBT agak berbeza daripada apa yang boleh dilihat di Barat.
Berita penuh: sinarharian.com.my
Komentar:
Mutakhir ini, isu LGBT telah ‘menyerang’ negara dengan sangat dahsyat yang belum pernah dirasai oleh kita sebelum ini. Segolongan manusia yang mengakui mereka sebagai golongan lesbian, gay, biseksual atau transgender menuntut hak yang sama seperti manusia normal lain.
Secara amnya, seluruh dunia sepakat bahawa manusia di atas dunia ini hanya terdiri daripada dua jantina sahaja iaitu lelaki dan wanita. Dari segi hubungan seksual dan sifat naluriah jelas bahawa kaum adam berpasangan dengan kaum hawa. Inilah sifat fitrah yang ada dalam kehidupan insani.
Namun, disebabkan ingin mengejar ‘kemajuan’ yang diagungkan Barat atas nama liberalisme, wujudlah golongan LGBT ini yang mendakwa mereka mempunyai ‘tabiat’ yang berbeza daripada manusia normal. Ada yang bersifat mempunyai tarikan kepada sesama jenis, yang terperangkap dalam gender yang salah bahkan ada yang mempunyai nafsu suka kepada jantina yang sama dan juga jantina yang berlainan! Ini sungguh tidak masuk akal. Namun kewujudan golongan songsang ini semakin merebak dan kini mereka menyebarluaskan pengaruh mereka lantas membuat pelbagai tuntutan yang sangat berlawanan dengan akal yang waras.
Apa yang mereka tuntut sebenarnya ialah normalisasi kewujudan mereka dalam masyarakat sehingga netizen tidak lagi merasakan mereka sebagai ancaman terhadap umat manusia. Bukan itu sahaja, malah golongan ini juga bagaikan mahu diberi layanan istimewa seperti mahu diberi ruang dalam aspek ekonomi, politik, pemerintahan, undang-undang, kekeluargaan dan sebagainya. Sekiranya apa yang mereka hajati tercapai, maka hampir pasti negara akan menjadi huru-hara dan menuju kehancuran. Rakyat pula akan merasa terancam terutamanya institusi kekeluargaan. Tambahan pula, apa yang sepatutnya paling ditakuti oleh umat Islam ialah kemurkaan Allah SWT.
Sesungguhnya, golongan LGBT ini tidak layak menuntut apa-apa hak di bumi Allah SWT ini. Allah dan Rasul telah melaknat golongan ini. Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kelompok transgender dikeluarkan daripada rumah-rumah serta memulaukan mereka. Bagi pelaku amalan kaum Luth pula Islam telah menetapkan hukuman berat iaitu dibunuh.
Oleh itu, dalam berhadapan dengan isu LGBT ini, umat Islam seharusnya bersikap tegas dengan pendirian berpandukan prinsip Islam. Umat Islam sama sekali tidak boleh berlembut apatah lagi berkompromi dengan kemungkaran ini. Perbuatan LGBT ini merupakan gaya hidup jahiliyah yang lahir daripada sekularisme dan liberalisme yang memberikan kebebasan mutlak kepada rakyat yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.
Islam menolak sekeras-kerasnya golongan LGBT ini dan langsung tidak memberi ruang kepada mereka untuk berkembang mahupun wujud di bumi ini. Maka tidak seharusnya kita memberi ruang kepada golongan LGBT ini dan menyantuni mereka dengan lemah lembut melainkan jika mereka ingin kembali ke pangkal jalan. Bagi LGBT yang menuntut hak agar mereka diterima secara normal oleh masyarakat, selayaknya kita mengingatkan mereka tentang ancaman Allah dan Rasul terhadap golongan yang melampaui batas seperti mereka. Wallahu ‘alam.
Ibnu Shams
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia