Tentera Islam Adalah Barisan Pertahanan Pertama Bagi Umat Islam
Setiap negara besar mempunyai garis merah yang tidak boleh dilangkah. Akibatnya, negara-negara besar terutamanya negara yang berideologi akan menjaga kekuatan tentera mereka serta ideologi mereka. Negara-negara besar mengambil langkah-langkah yang akan melindungi, menyebarkan dan memastikan penguasaan ideologi masing-masing serta menggunakan kuasa ketenteraan untuk mencapai tujuan ini. Dengan demikian, negara-negara tersebut pada masa yang sama menggunakan kuasa politik, ketenteraan dan ideologi. Namun begitu, dengan munculnya ideologi kapitalis bersama pemikiran pragmatiknya, tawar-menawar pada garis merah negara merupakan cara yang praktikal untuk menangani ancaman-ancaman dalaman dan luaran. Hal ini bermula dengan permusuhan terhadap kesucian, kekotoran mereka dan dilanjutkan kepada pelanggaran kehormatan.
Kini, ramai telah menyaksikan pelanggaran kesucian dan kehormatan di televisyen, seolah-olah mereka menonton dokumentari atau filem. Adegan ini tidak menggerakkan komuniti antarabangsa atau mereka yang popular untuk mengambil tindakan, kecuali setakat yang diperlukan untuk melepaskan tekanan terhadap mereka sekadarnya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa cara pemikiran pragmatik Barat moden merupakan cara berfikir yang paling rendah dalam kemanusiaan. Ia membunuh keupayaan minda untuk menilai realiti dan mengambil sikap yang betul, tegas, terutama pada masa yang diperlukan untuk bertindak dengan cepat dan tegas. Umat Islam ialah satu-satunya umat dalam sejarah yang menghormati minda manusia dan kesucian setiap bangsa, sehingga menjadi contoh yang sangat menyerlah dalam sejarah silam dan moden. Contoh-contoh tersebut begitu banyak dicatatkan dalam sejarah Islam.
Salah satu contohnya ialah sebagaimana cara Rasulullah ﷺ dalam berurusan dengan kaum Quraisy atas gencatan senjata dalam Perjanjian Hudaibiyah, iaitu ketika Quraisy melanggar salah satu syarat keamanan dengan membekalkan senjata kepada sekutunya iaitu Bani Bakr, serta membantu mereka dengan menyalurkan wang dan tenaga dalam memerangi sekutu Nabi ﷺ daripada Bani Khuza’a. Dalam salah satu syarat Perjanjian Hudaibiyah, bahawa kabilah-kabilah yang tinggal di sekitar Makkah mempunyai kebebasan memilih untuk bergabung dalam perlindungan kontrak sama ada dengan Rasulullah ﷺ atau Quraisy. Bani Khuza’a memilih untuk masuk ke dalam perlindungan kontrak dengan Rasulullah ﷺ dan perjanjiannya, manakala Bani Bakr memilih Quraish dan perjanjian mereka. Apa yang berlaku ialah, orang-orang Bani Bakr dibantu oleh kaum Quraisy telah menyerang Bani Khuza’a. Selepas daripada serangan itu, Amr ibn Salim Al Khazaa yang merupakan pemimpin Bani Khuza’a telah datang kepada Rasulullah ﷺ untuk memaklumkan tentang serangan khianat yang dilakukan oleh Bani Bakr dengan bantuan daripada Quraisy. Serangan khianat tersebut ternyata satu pelanggaran terhadap syarat-syarat Perjanjian Gencatan Senjata Hudaibiyah. Dia datang ke Madinah dan berdiri di hadapan Rasulullah ﷺ di Masjid Nabawi dan meminta bantuannya, serta menyatakan;
يا رب إني ناشد محمدا حلف أبينا وأبيه الأتلدا
هم بيتونا بالوَتير هُجَّدا وقتلونا ركعـاً وسجـدا
“Ya Tuhan, sesungguhnya saya merayu kepada Muhammad
Dengan perjanjian itu dengan ayah kita dan ayahnya, yang paling dihormati
Mereka secara tiba-tiba telah menyerang kami
Dan mereka telah membunuh kami ketika kami sedang rukuk dan sujud “
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku merayu kepada Muhammad. Dengan perjanjian itu dengan ayah kita dan ayahnya, yang paling dihormati. Mereka secara tiba-tiba telah menyerang kami. Dan mereka telah membunuh kami ketika kami sedang rukuk dan sujud”
Pelanggaran terbuka terhadap gencatan senjata dengan Rasulullah ﷺ oleh Quraisy sebenarnya cukup untuk Baginda ﷺ bertindak secara praktiknya selaku ketua tertinggi tentera serta kepimpinan ideologi dan politik, untuk memobilisasi tentera Muslim. Bahkan, mobilisasi ini bukan semata-mata untuk memulihkan Khuza’a dan menuntut “permintaan maaf” atas pengkhianatan tersebut, tetapi untuk menghambat ke kubu Quraisy dan membuka kota Makkah. Ini ketika Makkah di Semenanjung Arab itu di antara suku-suka Arab dan kedudukannya sebagaimana Washington sekarang.
Satu lagi contoh yang menunjukkan kurangnya kompromi umat Islam apabila berlakunya serangan terhadap kehormatan mereka, ialah peristiwa Bani Qainuqa’. ‘Salah seorang lelaki Yahudi daripada suku Bani Qainuqa’ telah mendedahkan aurat seorang wanita Islam. Seorang Muslim yang melihat kejadian itu telah membunuh lelaki yahudi tersebut untuk menghormati maruah seorang wanita Muslimah itu. Lalu, orang-orang Yahudi yang berada di pasar telah membunuh lelaki muslim tersebut dan kes ini menjadi semakin genting. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah ﷺ, tanpa ragu-ragu baginda ﷺ memerintahkan pengerahan angkatan bersenjata. Hal ini bukanlah semata-mata untuk menuntut bela darah orang Islam yang terbunuh atau ingin meminta permohonan maaf ke atas wanita Islam yang diserang, tetapi untuk mengepung suku kaum itu dan kemudiannya mengarahkan pengusiran mereka dari Madinah.
Sama juga seperti pengkhianatan Bani Quraizhah, keputusan Sa’ad ibn Muaz (ra) tiada lain melainkan hanyalah suatu keputusan yang berakar pada nilai-nilai Islam, iaitu bagi menjaga kesucian dan kehormatan darah kaum Muslim. Beliau menjatuhkan hukuman bunuh terhadap lelaki-lelaki dan penangkapan wanita-wanita dan anak-anak mereka. Hukuman yang dijatuhkan ini bukanlah disebabkan dendam lama seorang lelaki terhadap orang Yahudi. Keputusannya konsisten dengan teras ajaran Islam yang mulia, sehingga turunnya wahyu yang membenarkan pelaksanaannya, sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ:
لَقَدْ حَكَمْتَ فِيهِمْ بِحُكْمِ اللَّهِ مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتٍ
“Kamu (Saad) telah menghakimi di antara mereka dengan (atau sama dengan) penghakiman Allah dari atas tujuh petala langit. “
Contoh-contoh mulia yang mempertahankan garis merah hakikatnya sangat banyak dalam sejarah umat Islam. Pada masa itu, umat dan tenteranya mengambil pendirian tegas yang memerlukan kepada peperangan, baik peperangan terhadap golongan murtad untuk mempertahankan akidah Islam, melalui pembukaan tanah seperti Pembukaan Amouriah kerana rayuan oleh salah seorang wanita banduan Rom daripada kalangan orang Islam yang merdeka, dan pembukaan Sindh kerana serangan lanun ke atas salah satu kapal orang Muslim di laut terbuka dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hal ini hanya boleh dikecapi tatkala kaum Muslim mempunyai entiti politik dan ketua entiti itu ialah pemimpin politik, ketenteraan dan ideologi. Jadi ini hanya akan berlaku ketika ideologi Islam menjadi panduan untuk umat dan negara tersebut, serta perundangan Islam yang dilaksanakan menuntut pendirian tegas.
Sesungguhnya ketiadaan Islam dalam pemerintahan umat hari ini di samping tidak adanya doktrin akidah Islam dalam diri tentera-tentera kaum Muslim, serta bersilih gantinya penguasa ejen yang diangkat oleh Barat sebagai pemimpin umat untuk memerintah dengan sistem sekular, menerapkan nilai-nilai nasionalis dan patriotik dalam doktrin tentera-tentera kaum Muslim, merupakan dua penyebab para pemimpin umat Islam dan tentera mereka tidak mengambil tindakan untuk mempertahankan kesucian umat Islam. Contoh yang boleh dilihat sekarang ialah sebagaimana yang berlaku seperti di Palestin, Kashmir, Syria dan Burma atau yang sebelum ini di Bosnia-Herzegovina dan lain-lain. Sekiranya pada masa ini, umat Islam mempunyai seorang pemimpin seperti Rasulullah ﷺ, atau seorang Khalifah seperti Abu Bakr (ra), Umar (ra) dan Mu’tasim (ra), mereka tidak akan menerima hubungan luar dengan orang-orang Yahudi, kecuali apa yang disyariatkan oleh Allah SWT ke atas mereka, seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah,
تُقَاتِلُونَ الْيَهُودَ حَتَّى يَخْتَبِيَ أَحَدُهُمْ وَرَاءَ الْحَجَرِ فَيَقُولُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي فَاقْتُلْهُ
“Kamu (orang Islam) akan berperang dengan orang-orang Yahudi sehingga sebahagian daripada mereka akan bersembunyi di balik batu, batu-batu itu akan (mengkhianati mereka) sambil berkata, ‘Wahai Abdullah! Terdapat seorang Yahudi bersembunyi di belakang aku; bunuhlah dia.”
Khalifah tersebut tidak akan menerima perlakuan yang dilakukan oleh orang-orang Buddha (terhadap Muslim Rohingya-pent). Mereka juga tidak akan menerima apa-apa daripada Amerika, melainkan apa yang diterima oleh Nabi ﷺ daripada Quraisy ketika Pembukaan Kota Makkah. Mereka tidak akan menerima tindakan rejim Russia melainkan apa yang Sa’ad ibn Muaz perintahkan untuk suku Bani Quraizhah dan pembebasan Moscow. Apa-apa penerimaan yang kurang daripada itu, telah ditolak oleh Islam dan itu merupakan suatu yang memalukan, penghinaan dan pragmatisme yang semuanya tidak sesuai dengan ajaran Islam. Allah SWT berfirman,
وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan kepada Allah jualah segala kemuliaan, dan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahui”[TMQ al-Munafiqun (63): 8].
Bilal Al-Muhajer – Pakistan