Penghinaan Ke Atas Rasulullah (saw): Apa Seharusnya Respons Kita?

Sejak kejatuhan Khilafah, seluruh dunia dipenuhi dengan permusuhan terhadap Islam dan kaum Muslimin, samada dari Barat mahupun Timur. Daripada pembantaian terhadap kaum Muslimin, pembunuhan, penyeksaan dan label sebagai pengganas, hinggalah kepada penghinaan terhadap Islam, Al-Quran dan Nabi (saw), semua ini telah menjadi suatu ‘kebiasaan’ di banyak negara. Penghinaan terhadap Rasulullah (saw) yang sebelum ini hanya dapat disaksikan di Barat, kini telah menular ke negeri kaum Muslimin termasuk Malaysia.

Pada 17/02/2019, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu hantaran oleh seorang pengguna facebook di bawah akaun Foo Sing Wai yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad (saw) dan Saidatina Aisyah (ra) dalam keadaan yang cukup menghinakan dan disertai dengan kata-kata yang jelik. Sejak karikatur tersebut dikeluarkan, sudah lebih 400 laporan polis dibuat di seluruh negara. Individu yang berkenaan telah pun direman, namun dibebaskan tiga hari kemudian yang meningkatkan lagi kemarahan kaum Muslimin. Sehubungan ini, kami menyeru pihak polis untuk menangani kes ini secara serius dengan ruh, akidah dan hukum-hakam Islam. Ingatlah bahawa orang yang dihina itu ialah Rasul kalian, Rasul yang mana kalian memerlukan syafaatnya di padang Mahsyar kelak!

Hizbut Tahrir / Malaysia tanpa kompromi, dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya apa jua perbuatan yang menghina Rasul kita, oleh mana-mana individu mahupun kumpulan. Kami sangat kesal dengan Menteri penjaga agama yang tidak memandang serius kes ini dan hanya menyeru semua pihak agar menjaga sensitiviti agama lain dalam isu ini. Reaksi apakah ini? Kami juga amat kesal kerana tidak keluarnya fatwa dari mana-mana Mufti berhubung hal ini, dan tidak ada secebis kecaman pun dari pihak berkuasa agama terhadap penghinaan ini! Ingatlah wahai Mufti dan pihak berkuasa agama, bahawa Nabi Muhammad (saw) adalah Nabi kita dan kemuliaan kita. Sebarang penghinaan terhadap baginda adalah penghinaan ke atas kita dan maruah kita. Bagaimana mungkin kalian hanya menyaksikan sahaja penghinaan ini tanpa melakukan apa-apa? Bagaimana mungkin kalian masih boleh duduk di kerusi di saat umat yang mulia ini telah mengangkat suara mereka dan berdiri untuk membela kemuliaan kita!?

Kami ingin mengingatkan kepada siapa sahaja yang menyerang agama kami dan Nabi kami, bahawa serangan anda akan pasti gagal. Semakin kuat serangan anda ke atas Nabi (saw), orang-orang yang beriman akan menjadi semakin kuat, dan ia akan menjadikan semakin ramai orang-orang kafir di seluruh dunia khususnya Barat, memeluk Islam, sebagaimana yang kita saksikan. Kami ingin mengingatkan si penghina Nabi (saw)  akan hukuman Islam ke atas mereka ialah hukuman mati. Hal ini berdasarkan beberapa hadis, antaranya:

«عن ابن عباس رضي الله عنه: أَنَّ أَعْمَى كَانَتْ لَهُ أُمُّ وَلَدٍ تَشْتُمُ النَّبِيَّ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏وَتَقَعُ فِيهِ ‏‏فَيَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَيَزْجُرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ قَالَ فَلَمَّا كَانَتْ ذَاتَ لَيْلَةٍ جَعَلَتْ تَقَعُ فِي النَّبِيِّ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏وَتَشْتُمُهُ فَأَخَذَ ‏الْمِغْوَلَ ‏فَوَضَعَهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكَأَ عَلَيْهَا فَقَتَلَهَا فَوَقَعَ بَيْنَ رِجْلَيْهَا طِفْلٌ فَلَطَّخَتْ مَا هُنَاكَ بِالدَّمِ فَلَمَّا أَصْبَحَ ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏فَجَمَعَ النَّاسَ فَقَالَ أَنْشُدُ اللَّهَ رَجُلًا فَعَلَ مَا فَعَلَ لِي عَلَيْهِ حَقٌّ إِلَّا قَامَ فَقَامَ الْأَعْمَى ‏يَتَخَطَّى النَّاسَ وَهُوَ يَتَزَلْزَلُ حَتَّى قَعَدَ بَيْنَ يَدَيْ النَّبِيِّ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَا صَاحِبُهَا كَانَتْ تَشْتُمُكَ ‏‏وَتَقَعُ فِيكَ‏ ‏فَأَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَأَزْجُرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ وَلِي مِنْهَا ابْنَانِ مِثْلُ اللُّؤْلُؤَتَيْنِ وَكَانَتْ بِي رَفِيقَةً فَلَمَّا كَانَ الْبَارِحَةَ جَعَلَتْ تَشْتُمُكَ ‏ ‏وَتَقَعُ فِيكَ ‏فَأَخَذْتُ ‏‏الْمِغْوَلَ ‏‏فَوَضَعْتُهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكَأْتُ عَلَيْهَا حَتَّى قَتَلْتُهَا فَقَالَ النَّبِيُّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏أَلَا اشْهَدُوا أَنَّ دَمَهَا ‏هَدَرٌ»

“Dari Ibnu Abbas (ra) bahawa ada seorang lelaki buta yang memiliki Ummu Walad (hamba wanita yang melahirkan anak dari tuannya), yang sentiasa mencela dan menjelik-jelikkan Nabi (saw). Lelaki itu telah berusaha mencegahnya, namun dia (Ummu Walad) tetap tidak mahu berhenti. Lelaki itu juga telah berusaha melarangnya, namun dia tetap tidak mengendahkannya. Pada satu malam (seperti biasanya) Ummu Walad itu sekali lagi mencela dan menjelik-jelikkan Nabi (saw). (Oleh karena tidak tahan), maka lelaki itu mengambil pedang, lalu menghunjam ke perut wanita tadi dan menikamnya dalam-dalam hingga mati. Kemudian, terkeluar janin dengan berlumuran darah di antara kedua kakinya (kerana mengandung). Keesokan harinya, kejadian itu sampai kepada Rasulullah (saw). Baginda kemudian mengumpulkan orang ramai, lalu bersabda: “Aku bersumpah dengan nama Allah, agar lelaki yang melakukan perbuatan itu, yang sesungguhnya tindakan itu adalah hakku, untuk berdiri sekarang juga di hadapanku”. Lalu lelaki buta itu berdiri dan berjalan di celah-celah orang ramai dengan meraba-raba hingga ia duduk di hadapan Nabi (saw). Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, akulah pembunuhnya. Wanita itu sentiasa mencela dan menjelik-jelikkanmu, sedangkan aku telah berusaha mencegahnya, namun dia tetap tidak mahu berhenti. Aku juga telah berusaha melarangnya, namun dia tetap tidak menghiraukannya. Bahkan, darinya aku telah mempunyai dua orang anak bak mutiara. Wanita itu adalah teman hidupku. Namun semalam, ia kembali mencela dan menjelik-jelikkanmu. Kemudian aku pun mengambil pedang dan menghunjamkannya ke perutnya serta menikamnya dalam-dalam hingga aku membunuhnya.” Kemudian Rasulullah (saw) bersabda: “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal.” (HR Abu Daud, an-Nasa’i dan dijadikan hujah oleh Ahmad)

Sungguh malang apabila negara ini tidak melaksanakan undang-undang Islam, kecuali hanya sedikit dalam hal kekeluargaan, perkahwinan, harta pusaka dan seumpamanya. Sebagai sebuah negara demokrasi, idea kebebasan (freedom) sebagaimana ajaran demokrasi, mendominasi pemikiran rakyat apatah lagi yang non-Muslim. Daripada idea kebebasan yang datangnya dari Barat inilah, di mana perbuatan manusia tidak boleh dikaitkan dengan agama, menjadikan manusia bebas melakukan apa sahaja termasuk menghina agama lain demi keseronokan. Di bawah sistem ini (demokrasi) yang memberikan hak kebebasan bersuara/berpendapat, para pembenci Islam sentiasa terbuka untuk menghina Islam dan Rasul (saw), dan mereka terus berbuat demikian dari semasa ke semasa sebagaimana yang dapat kita saksikan di Barat yang kini telah dapat disaksikan di negara ini! Selagi mana sistem buatan Barat ini berkuasa, selagi itulah kaum kafir tidak akan takut untuk menghina Islam dan Rasul (saw).

Sewaktu Islam berkuasa, bukan sahaja individu yang berada dalam negara yang dihukum kerana menghina Rasul (saw), tetapi negara kufur juga tidak diberi ruang sedikit pun untuk terlepas daripada “hukuman” kerana melakukan perbuatan yang tidak boleh diterima itu. Hukum Islam yang dilaksanakan telah berjaya mencegah usaha untuk menghina Rasul (saw) atau mencemarkan kesucian Islam, bukan hanya dalam sempadan, bahkan di luar batas sempadan Negara Islam. Telah terpahat dalam sejarah pada tahun 1889 di mana satu persembahan teater ingin diadakan di Perancis, yang menghina Rasulullah (saw). Khalifah pada waktu itu (Sultan Abdul Hamid II) terus menghantar surat amaran kepada Perancis untuk menghentikannya. Perancis mematuhi amaran tersebut, lalu tidak meneruskannya kerana takut akan tindak balas dari Sang Khalifah. Teater yang sama kemudiannya ingin diadakan di Britain, yang memaksa Khalifah menghantar satu lagi surat amaran kepada Britain agar menghentikannya. Britain bukan sahaja menghentikan teater tersebut, malah memohon maaf atas “kesilapan” mereka.

Penting untuk dicatat bahawa perkara tersebut berlaku tatkala Britain merupakan sebuah kuasa besar dunia sebagaimana Amerika Syarikat pada hari ini, dan Perancis juga merupakan salah sebuah negara yang berkuasa pada waktu itu. Bagaimana pun, Negara Khilafah tidak memberi sedikit pun ruang kepada negara kufur tersebut untuk menghina Rasulullah (saw). Negara kufur amat mengetahui betapa cintanya kaum Muslimin terhadap Rasul (saw) dan agama mereka, dan kaum Muslimin akan membela keduanya tidak kira apa pun yang berlaku. Justeru, kaum Muslimin (pada hari ini) seharusnya sedar bahawa negara (Khilafah) merupakan penjaga kemuliaan Rasulullah (saw) hatta di luar negara sekalipun, apa lagi dalam negara. Tanpa Khilafah, penghinaan kepada Rasulullah (saw) dan serangan terhadap Islam terus menerus berlaku tanpa pembelaan, sebagaimana yang kita saksikan pada hari ini.

Akhir sekali, kami ingin menegaskan bahawa umat Islam mesti bertindak untuk membela kemuliaan Rasulullah (saw). Sistem dan undang-undang buatan manusia pada hari ini telah gagal sepenuhnya untuk membela kemuliaan kita. Para penguasa pula tidak bertindak berdasarkan Islam. Demonstrasi dan perarakan oleh kaum Muslimin bagi menzahirkan kemarahan kita sebagai respons kepada penghinaan ke atas Rasulullah (saw) ini, walaupun sangat wajar dilakukan, namun tidak mencukupi. Umat Islam wajib, tanpa henti, untuk bergerak ke arah menegakkan kembali Khilafah Rasyidah yang kedua, yang akan mengembalikan semula kemuliaan kita dan yang tidak akan memberi sebarang ruang kepada para pembenci dan musuh Islam untuk menghina Rasulullah (saw) atau mencemari nilai dan kesucian kita.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Rabu, 22 Jamadil Akhir 1440 H
27/02/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 05


Press Release

Insults Against the Prophet (saw): What Should Our Response be?

Ever since the fall of the Khilafah (Caliphate), the world is filled with hostility against Islam and the Muslims. From the mass murder of Muslims, killing, torturing and labels of terrorism to the insults against Islam, Al-Quran and the Prophet (saw), these have become something ‘natural’ in many countries of the world. The insults against our Prophet Muhammad (saw) which we continuously observe in the West, has now spread to Muslim countries including Malaysia.

On 17/02/2019, Malaysians were shocked by a posting by one facebooker under the account of Foo Sing Wai portraying a caricature of Muhammad (saw) and Aishah (ra) in a very insulting condition with impertinent words. Since its publication, there has been more than 400 police reports made all over the country. The individual concerned had been remanded but released after three days and this has escalated the anger of Muslims. In this regard, we call upon the police to look into the matter seriously within the Islamic spirit, faith (Aqeedah) and divine rules (Ahkam ash-Shara’). Take heed that it is your Prophet (saw) that was insulted, the Prophet (saw) whose Shafa’at you will need on the day of Mahshar!

Hizb ut Tahrir / Malaysia without compromise, hereby unequivocally condemn any act of insult against our Prophet (saw) by any individual or group of people. We regret that the Minister in charge of religion does not see the seriousness of the matter and simply called for all parties to be sensitive of other religions in this issue. What kind of reaction is this!? We also regret that there is no fatwa from the Muftis and not even a slight condemnation from the Religious Authorities concerning the insult! Be reminded O Muftis and Religious Authorities that Muhammad (saw) is our Prophet and our honour. Any insult against him (saw) is an insult against us and our honour. How could you just simply watch the insult without doing anything? How could you still be silent when this noble Ummah has raised their voices and stood up to defend our honour!?

We would like to remind those who attack our religion and our Prophet (saw) that your attack will ultimately fail. The more you attack our Prophet (saw), the stronger will the Believers be, and it will generate greater number of non-Muslims embracing Islam as seen across the globe, especially in the West. We would also like to remind the attacker regarding the Islamic punishment for insulting our Prophet (saw) – that is death penalty as mentioned in a few Hadith, among others:

«عن ابن عباس رضي الله عنه: أَنَّ أَعْمَى كَانَتْ لَهُ أُمُّ وَلَدٍ تَشْتُمُ النَّبِيَّ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏وَتَقَعُ فِيهِ ‏‏فَيَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَيَزْجُرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ قَالَ فَلَمَّا كَانَتْ ذَاتَ لَيْلَةٍ جَعَلَتْ تَقَعُ فِي النَّبِيِّ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏وَتَشْتُمُهُ فَأَخَذَ ‏الْمِغْوَلَ ‏فَوَضَعَهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكَأَ عَلَيْهَا فَقَتَلَهَا فَوَقَعَ بَيْنَ رِجْلَيْهَا طِفْلٌ فَلَطَّخَتْ مَا هُنَاكَ بِالدَّمِ فَلَمَّا أَصْبَحَ ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏فَجَمَعَ النَّاسَ فَقَالَ أَنْشُدُ اللَّهَ رَجُلًا فَعَلَ مَا فَعَلَ لِي عَلَيْهِ حَقٌّ إِلَّا قَامَ فَقَامَ الْأَعْمَى ‏يَتَخَطَّى النَّاسَ وَهُوَ يَتَزَلْزَلُ حَتَّى قَعَدَ بَيْنَ يَدَيْ النَّبِيِّ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَا صَاحِبُهَا كَانَتْ تَشْتُمُكَ ‏‏وَتَقَعُ فِيكَ‏ ‏فَأَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَأَزْجُرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ وَلِي مِنْهَا ابْنَانِ مِثْلُ اللُّؤْلُؤَتَيْنِ وَكَانَتْ بِي رَفِيقَةً فَلَمَّا كَانَ الْبَارِحَةَ جَعَلَتْ تَشْتُمُكَ ‏ ‏وَتَقَعُ فِيكَ ‏فَأَخَذْتُ ‏‏الْمِغْوَلَ ‏‏فَوَضَعْتُهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكَأْتُ عَلَيْهَا حَتَّى قَتَلْتُهَا فَقَالَ النَّبِيُّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏أَلَا اشْهَدُوا أَنَّ دَمَهَا ‏هَدَرٌ»

“From Ibn ‘Abbaas (ra) who said: A blind man had a female slave who had borne him a child (Umm Walad) who reviled the Prophet (saw) and disparaged him, and he told her not to do that but she did not stop, and he rebuked her but she paid no heed. One night she started to disparage and revile the Prophet (saw), so he took a dagger and put it in her stomach and pressed on it and killed her. There fell between her legs a child who was smeared with the blood that was there. The next morning mention of that was made to the Prophet (saw) and he assembled the people and said: “I adjure by Allah the man who did this to stand up.” The blind man stood up and came through the people, trembling, and he came and sat before the Prophet (saw). He said: O Messenger of Allah, I am the one who did it. She used to revile you and disparage you, and I told her not to do it but she did not stop, and I rebuked her but she paid no heed. I have two sons from her who are like two pearls, and she was good to me. Last night she started to revile you and disparage you, and I took a dagger and placed it on her stomach and I pressed on it until I killed her. The Prophet (saw) said: “Bear witness that no retaliation is due for her blood.” [Narrated by Abu Dawud, An-Nasa’ie and Ahmad used it as his argument]

It is unfortunate that this country does not implement Islamic law, except for a few matters in family law, marriage, inheritance and the like. Being a democratic country, the idea of freedom under democracy dominated the people, what more the non-Muslim. It is from this Western idea of freedom, in which human actions have no relation with religion, that results in the people doing whatever they want including insulting other religions for fun! Under this system (democracy) that provides the right of free speech/expression, the haters of Islam can always insult Islam and Prophet (saw) and continue to do so as can be seen in the West, and now in this country! As long as this Western-made system is in power, the non-Muslims will never be afraid of insulting Islam and the Prophet (saw).

When Islam was in power, not only the individual citizens of the Islamic State were punished for insulting the Prophet (saw), but the State of Kuffar itself were also given no room to escape “punishment” for committing such an unacceptable act. The divine rules effectively prevent any attempt to insult the Prophet (saw) or to discredit the sanctity of Islam, not only from within, but also outside the borders of the Islamic State. It is marked in history that in 1889 a theatrical play was to be presented in France; a play which insults the Prophet Muhammad (saw). The Khalifah at that time (Abdul Hamid II) sent a warning letter to France to prevent the play, and France heeded the warning and stopped it due to fear of any action from the Khalifah. Then, the same play was organised in Britain, forcing the Khalifah to send another warning to Britain to stop the play. Not only did Britain stop the play, they also apologized for their “mistake”.

It is noteworthy to say that those events took place when Britain was already a great state as is America today, and France also was one of the major powers at that time. The Khilafah nevertheless, did not give any room for the Kuffar States to insult the Prophet (saw). The Kuffar States recognized how dear the Prophet (saw) and the Deen (of Islam) is for the Muslims and that they are ready to defend them at whatever cost. Muslims should therefore realise that the State (Khilafah) is the protector of the honour of our Prophet (saw) inside or outside its boundaries. Without the Khilafah, the insults against our Prophet (saw) and the attack against our Deen continues undefended as seen today.

Finally, we would like to stress that the Ummah must react to protect the honour of our Prophet (saw). This man-made system and laws have failed miserably to protect our honour. The rulers have not acted in accordance with Islam. Demonstrations and marches by the Muslims as a response to the insults of the Prophet (saw) in order to express our anger towards those who insult the Messenger of Allah (saw) are highly desirable, but these are not enough. The Ummah must move towards re-establishing the second Khilafah Rashidah (Rightly Guided Caliphate) which will restore our honour and will give no room for the haters and enemies of Islam to insult our Prophet (saw) or to infringe upon the Muslims’ values and sanctity.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Wednesday, 22nd Jumada II 1440 AH
27/02/2019 CE
Ref: HTM 1440 / 05