Anak Muda Wajib Berpolitik Seawal Usia 15 Tahun, Bukannya 18 Atau 21, Dan Wajib Berpolitik Dengan Cara Yang Benar Menurut Ajaran Islam, Bukannya Menurut Ajaran Demokrasi!
Sejarah tercipta di Malaysia apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, apabila ia disokong oleh semua ahli Parlimen yang hadir. RUU yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad itu diluluskan genap setahun selepas Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan yang keseluruhan 211 Ahli Parlimen yang hadir telah mengundi bersetuju, tiada yang membangkang dan tiada yang tidak mengundi. RUU berkenaan bertujuan meminda Perkara 47 (b) dan Perkara 119 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan usia warga negara yang layak mengundi dan menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.
Walaupun ahli-ahli Parlimen bersetuju untuk meminda beberapa peruntukan dalam perlembagaan berdasarkan keperluan semasa, namun semua parti yang ada dalam Parlimen sepakat bahawa Perlembagaan Persekutuan itu sendiri, yang mengatasi Al-Quran dan As-Sunnah, mesti dikekalkan untuk menjadi undang-undang tertinggi negara! Dengan kata lain, Perlembagaan ciptaan penjajah itu masih tetap menjadi pilihan untuk terus diguna dan dikekalkan oleh parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya demokrasi. Inilah antara kejayaan kuffar British yang telah menjajah negara ini selama hampir 200 tahun. Apabila mereka meninggalkan tanah jajahan mereka, mereka meninggalkan satu “kitab” yang mereka telah tetapkan dan mereka yakini akan dipegang teguh oleh bangsa yang mereka jajah.
Persoalan seterusnya yang terkait ialah, wujudkah walaupun seorang Muslim daripada 211 ahli Parlimen yang menyokong RUU penurunan had umur tersebut, yang telah membahas dan mengambil kira hukum Islam dalam meluluskan had umur 18 yang dikatakan matang dan layak mengambil bahagian dalam pilihanraya? Wujudkah? Sesungguhnya had umur 18 tidak ada nilai di sisi Islam untuk menetapkan batas bagi sesuatu perbuatan. Dengan kata lain Islam tidak pernah meletakkan batas umur 18 untuk seseorang Muslim boleh atau tidak boleh melakukan sesuatu perkara. Islam telah menetapkan umur baligh bagi perempuan setelah kedatangan haidh. Manakala bagi lelaki apabila telah ihtilam (mimpi basah) atau mencapai umur 15 tahun. Setiap Muslim yang telah baligh atau mencapai umur 15, maka dia dikira sebagai Mukallaf dan bermula dari sini, dia terikat dan menanggung segala taklif (bebanan) hukum ke atasnya. Sebelum baligh, seseorang itu dianggap sebagai kanak-kanak atau orang yang tidak terkena taklif hukum.
Adapun had umur 18, ini merupakan umur yang dipromosikan oleh Barat untuk dijadikan batas kematangan seseorang individu, berdasarkan akal para pembuat undang-undang mereka. Banyak negara Barat yang meletakkan batas umur dewasa sebagai 18. Inilah yang diikuti oleh pembuat undang-undang di Malaysia pada hari ini sesuai dengan ajaran demokrasi, yakni menjadikan akal, bukannya nas, sebagai penentu sesuatu ‘hukum’. Padahal berdasarkan nas, amat jelas bahawa Islam telah meletakkan batas umur 15 untuk seseorang dikatakan mencapai umur dewasa atau dianggap sebagai Mukallaf. Ibnu Umar (ra) berkata,
«عَرَضَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ فِي الْقِتَالِ، وَأَنَا ابْنُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ سَنَةً، فَلَمْ يُجِزْنِي، وَعَرَضَنِي يَوْمَ الْخَنْدَقِ، وَأَنَا ابْنُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَنَةً، فَأَجَازَنِي. قَالَ نَافِعٌ: فَقَدِمْتُ عَلَى عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ وَهُوَ يَوْمَئِذٍ خَلِيفَةٌ، فَحَدَّثْتُهُ هَذَا الْحَدِيثَ، فَقَالَ: إِنَّ هَذَا لَحَدٌّ بَيْنَ الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ»
“Rasulullah (saw) menunjukku untuk ikut serta dalam perang Uhud, pada ketika itu usiaku 14 tahun, lalu baginda tidak mengizinkanku. Kemudian baginda menunjukku kembali saat perang Khandaq, pada ketika itu usiaku telah mencapai 15 tahun. Baginda lalu mengizinkanku.” Nafi’ berkata: “Aku datang kepada Umar bin Abdul Aziz yang ketika itu menjawat sebagai Khalifah, lalu aku memberitahunya tentang hadis tersebut. Kemudian beliau berkata: “Sungguh ini adalah batasan antara kanak-kanak dan orang dewasa’.” [HR Muslim]
Walaupun banyak pihak, khususnya anak muda menyambut baik pindaan ini, tetapi kami (Hizbut Tahrir) ingin menegaskan dan mengingatkan setiap Muslim, khususnya anak muda bahawa menurut Islam, kalian sebenarnya telah mencapai umur dewasa dan kematangan pada usia 15 tahun lagi dan bukannya 18. Jika ahli-ahli Parlimen menetapkan yang kalian boleh berpolitik pada usia 18, ketahuilah bahawa Islam telah mewajibkan kalian berpolitik sejak usia 15 tahun lagi, kerana Islam telah meletakkan kalian sebagai orang yang dewasa dan matang seawal umur 15 tahun. Ketahuilah bahawa politik yang wajib untuk kalian praktikkan ialah siyasah syar’iyyah (politik Islam) yakni politik dalam erti-katanya yang sebenar iaitu mengatur urusan umat dalam dan luar negeri (ri’ayah asy-syu’un al-ummah, dakhiliyyan wa kharijiyyan) dengan Islam, bukannya politik ala Machiavelli seperti dalam sistem demokrasi sekarang.
Wahai anak muda! Ketahuilah bahawa politik dalam sistem demokrasi pada hari ini merupakan politik yang penuh dengan kerosakan, kekotoran dan penipuan dan ia merupakan politik yang berasal dari Kuffar Barat. Ketahuilah bahawa sistem demokrasi itu sendiri merupakan sistem kufur yang berasal dari Barat dan haram ke atas umat Islam untuk mengambilnya, mengamalkannya dan menyebarluaskannya. Ketahuilah bahawa tanggungjawab politik kalian bukanlah tanggungjawab untuk menjadi pengundi atau menjadi calon dalam pilihanraya sebagaimana termaktub dalam RUU pindaan tersebut, tetapi lebih jauh dari itu! Ketahuilah bahawa tanggungjawab politik kalian ialah untuk memuhasabah pemerintah, melakukan amar makruf nahi mungkar dan seterusnya berusaha mendirikan Negara Islam (Khilafah) demi menerapkan hukum Allah (swt) secara kaffah. Inilah tanggungjawab politik kalian yang wajib kalian lakukan saban waktu sejak kalian mula baligh, bukannya dilakukan 5 tahun sekali. Ketahuilah bahawa kegiatan politik kalian adalah untuk memastikan agama Allah (swt) menjadi agama yang zahir di atas agama-agama lain dan menjadi agama penebar rahmat ke seluruh alam, bukannya kegiatan politik untuk mengundi atau menjadi calon dalam pilihanraya 5 tahun sekali.
Wahai ahli Parlimen! Ketahuilah bahawa kami tidak gembira sedikit pun dengan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun yang kalian luluskan. Kami juga tidak akan gembira sedikit pun sekiranya kalian meluluskan kenaikan had sebatan zina daripada 6 kepada 12 atau kepada 99 sekalipun, tetapi kami akan gembira dan bersyukur apabila kalian menerapkan hukum sebatan 100 kali untuk penzina. Ketahuilah bahawa kami tidak akan berbangga sedikit pun sekiranya keseluruhan 222 anggota Parlimen Malaysia bersetuju untuk menurunkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, tetapi kami akan berbangga dan bersyukur apabila anda setuju untuk menerapkan hukum Allah (swt) secara kaffah di muka bumi ini, yang mana kami yakin anda tidak akan lakukan!
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Rabu, 21 Zulqa’idah 1440 H
24/07/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 13
Press Release
Youngsters Must be Involved in Politics as Early as 15, Instead of 18 or 21, and the Involvement in Politics Must be According to the Teachings of Islam, Instead of the Teachings of Democracy!
History took place in Malaysia when the Dewan Rakyat (House of Representatives) approved the Constitution (amendment) Bill 2019 to lower the voting age limit of 21 to 18, and it was supported by all the attending members of Parliament. The Bill which was tabled by the Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, was approved exactly a year after the first sitting of the Dewan Rakyat under the Pakatan Harapan (PH) government following their victory in the 14th General Election. The Speaker of Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof announced that a total of 211 attending members of Parliament voted in agreement, with none opposing and not voting. The Bill is meant to amend Article 47 (b) and Article 119 (1) (a) of the Federal Constitution to reduce the age of citizens’ eligibility to vote and become a member of the Dewan Rakyat, from 21 to 18 years old.
Despite all members of Parliament agree to amend some provisions of the Constitution based on needs, all parties in the Parliament agreed that the Federal Constitution itself, which stands above the Quran and the Sunnah, be maintained as the supreme law of the land! In other words, the Constitution which was designed by the colonialists will continue to be used and preserved by the parties competing in the democratic elections. This is the success of the Kuffar British that have colonized the country for nearly 200 years. When they left their colonized-lands, they left a “book” that they have designed and believed firmly to be well-preserved by their colonized-nations.
The subsequent related question is, was there any single Muslim amongst the 211 members of Parliament who voted for the Bill who took into account the Hukm Shara’ (Divine Law) in approving the limit of 18 as a matured age for a citizen to be entitled to participate in election? Was there any? In Islam, the age of 18 is not a perimeter in determining an act of a person. In other words, Islam never puts the limit of 18 years old to determine whether a Muslim may or may not do something. Islam determines the age of menstruation as the age of puberty for women. As for men, the beginning of Ihtilam (a wet dream) or the age of 15 years old is determined as the age of puberty. Every Muslim who has reached puberty or the age of 15, is considered a Mukallaf and is consequently bound and carries all the Taklif (responsibility) on his/her own shoulder. Before puberty, one is considered a child or a person of no Taklif.
As for the perimeter of 18 years old, this is the age promoted by the West to be the start of maturity of an individual, based on the decision of their lawmakers. The West considers the age limit of children at 18 years old. This is what followed by lawmakers in Malaysia in accordance to the democratic teachings, i.e. using their Aql (minds) instead of the authorities from the Al-Quran and As-Sunnah, as determinants of the law. Based on the Shariah evidences, Islam clearly puts the age limit of 15 for a person to be considered an adult or Mukallaf. Ibn Umar (ra) said,
«عَرَضَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ فِي الْقِتَالِ، وَأَنَا ابْنُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ سَنَةً، فَلَمْ يُجِزْنِي، وَعَرَضَنِي يَوْمَ الْخَنْدَقِ، وَأَنَا ابْنُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَنَةً، فَأَجَازَنِي. قَالَ نَافِعٌ: فَقَدِمْتُ عَلَى عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ وَهُوَ يَوْمَئِذٍ خَلِيفَةٌ، فَحَدَّثْتُهُ هَذَا الْحَدِيثَ، فَقَالَ: إِنَّ هَذَا لَحَدٌّ بَيْنَ الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ»
“The Prophet (peace be upon him) offered me to join the battle of Uhud but my age was 14, so he did not let me join. Then, he offered me to join in the battle of Khandaq and at that time my age have reached 15 years. He then allowed me.” Nafi’ said:” I came to Umar bin Abdul Aziz at the time he was the Caliph, then I told him about the Hadith. Then he said: “So this is how children and adults are differentiated.” [Narrated by Muslim]
Although many parties, especially the youngsters welcome the amendment, we (Hizb ut Tahrir) would like to assert and remind every Muslim, especially the young, that according to Islam, you have reached maturity at the age of 15, and not 18. If the members of parliament determine that you can join politics at the age of 18, take notice that Islam obliges you to join politics since the age of 15, as Islam has put you as mature adults as early as 15. Nonetheless, do realize that the politics which is obliged upon you to practice is Siyasah Shar`iyyah (political Islam) – the true meaning of politics that is taking care of the affairs of the Ummah internally and externally – instead of the Machiavellian politics manifested in the democratic system today.
O youngsters! Do realize that the politic practised in the current democratic system is a politic that full of mischief, dirtiness and hypocrisy, apart from it being imported from the Kuffar West. Do realize that the democratic system is a Kufr system originated from the West and it is Haram (unlawful) for Muslims to embrace, practice and spread it. Do realize that your political responsibility is not just as a voter or a candidate in the election as set forth in the amendment Bill – but far from it!! Your political responsibility is to account the government, enjoining Al-Ma`ruf (all that Islam orders) and forbidding Al-Munkar (all that Islam has forbidden) and to work for the re-establishment of the Islamic State (Khilafah) that will apply the laws of Allah (swt) comprehensively. This is your every-time political responsibility which is made Fard upon you ever since your puberty, rather than ‘every 5-year thing’. Do realize that the political activity obliged upon you is to ensure that the Deen of Allah (swt) shall be the highest Deen, above the other religions and to carry out Da’wah of Islam as a Rahmah (mercy) to the universe, instead of limiting your political activity to voting or being a candidate in election every 5 years.
O members of Parliament! We are not at all happy with the decreased voting age limit from 21 to 18 that you have approved. As we will not be happy at all if you approve to increase the number of strokes for Zina (adultery) from 6 to 12 or even to 99….but we will be most happy and thankful at time when you implement the Divine Law of 100 strokes for Zina. We will not be at all proud even if the entire 222 Malaysian members of Parliament agree to lower the age of voting from 21 to 18, but we would be proud and grateful if you apply the laws of Allah (swt) on earth comprehensively, which we are confident that you wouldn’t.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
Ref: HTM 1440 / 13
24/07/2019 CE
Wednesday, 21st Dhul Qi’dah 1440 AH