‘Deal of the Century’: Solusi Trump yang wajib dijawab dengan jihad!
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menunjukkan keangkuhannya dan mencabar umat Islam sekali lagi apabila mengumumkan pelannya di Palestin dengan menggelarnya sebagai ‘The Deal of the Century’ (Perjanjian Abad Ini), dan ia disambut baik oleh Perdana Menteri entiti Yahudi, Benjamin Netanyahu. Pada Disember 2017, Trump telah mengumumkan dengan penuh sombong bahawa Jerusalem menjadi ibu kota baru untuk negara haram Yahudi, dan Presiden AS itu merencanakan perpindahan Kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem.
Tidak ada sebab lain kenapa Trump begitu berani melaksanakan apa sahaja rancangannya ke atas Palestin, kecuali kerana pengkhianatan para penguasa kaum Muslimin ke atas tanah Palestin yang diberkati. Para penguasa Muslim, khususnya penguasa Arab yang berada di sekeliling Palestin, tidak lebih daripada hamba kepada Amerika, yang bersekongkol dan menjayakan segala agenda jahat Amerika di bumi Palestin.
Sebagai respons kepada pengumuman Trump yang terbaru ini, pejabat Perdana Menteri menyatakan pendirian tetap Malaysia bahawa pembentukan negara Palestin yang merdeka melalui penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, adalah satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju kepada konflik Palestin-Israel [Sinar Harian].
Solusi apa pun yang dicanangkan oleh Amerika, baik dengan nama Deal of the Century, Road Map, Two-State Solution dan lain-lain, ia adalah solusi batil yang datangnya dari negara kafir dan datangnya dari musuh Allah, musuh RasulNya dan musuh kaum Mukminin, yang sudah pasti penuh dengan kejahatan dan keharaman!
Siapa pun yang bersetuju dengan solusi yang dibawa oleh Amerika, jelas telah mengkhianati Islam dan umat Islam. Dalam solusi ‘Deal of the Century’nya, ternyata Trump telah memperuntukkan kawasan di Palestin yang lebih luas kepada entiti haram Yahudi, dan warga Palestin hanya mendapat sekangkang kera, bahkan lebih kecil lagi.
Palestin merupakan tanah umat Islam yang dirampas oleh Yahudi dengan sokongan dan dukungan daripada kuasa kuffar khususnya Amerika. Menyerahkan tanah Palestin yang diberkati kepada Yahudi, walaupun sejengkal, ini bermaksud mengiktiraf penjajahan bangsa terlaknat itu ke atas Palestin, dan hukumnya jelas batil lagi haram di sisi Islam.
Umat Islam di Palestin telah lama menderita akibat pengkhianatan pemimpin mereka yang mengambil solusi yang dicanangkan oleh kuffar Barat. Sejak 14 Mei 1948 lagi, setelah tertubuhnya negara haram Yahudi dengan restu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dunia telah menyaksikan episod-episod sedih umat Islam di Palestin. Musibah yang menimpa warga Palestin bertambah parah apabila pengkhianatan semakin besar dan bersilih ganti daripada seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain, di seluruh dunia.
Walaupun banyak negara yang menentang dan mengecam pengumuman terbaru Trump mengenai ‘Deal of the Century’ ini, hakikatnya tiada satu pun solusi sebenar diketengahkan bagi menyelesaikan masalah Palestin oleh negara yang mengecam. Malaysia sebagai contoh, telah mengadakan Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) yang berlangsung hari ini (08/02/2020) dan esok dengan menyasarkan penglibatan 700 anggota parlimen dan NGO seluruh dunia. Realitinya, sudah ribuan persidangan dilakukan untuk membincangkan masalah Palestin, dan tidak satu pun pernah menyelesaikan masalah. Jadi, persidangan ini tidak lebih daripada sebuah lagi persidangan yang tidak akan menyelesaikan masalah, jika pun bukan sebuah pengkhianatan secara tidak langsung kepada Palestin!
Bagi menyelesaikan isu penjajahan bumi Palestin ini, sesungguhnya tidak ada jalan lain melainkan jihad wajib dilancarkan oleh pemimpin dan tentera kaum Muslimin bagi membebaskan tanah suci tersebut! Tidak ada persidangan, tidak ada perjanjian, tidak ada Road Map, tidak ada Deal of the Century dan tidak ada apa-apa yang boleh menyelesaikan masalah Palestin, kecuali jihad fi sabilillah dengan menghapuskan entiti Yahudi dan memerangi kaum terlaknat itu habis-habisan!
Khalifah Umar al-Khattab dan Sallehuddin al-Ayubi telah pun menunjukkan jalan bagaimana untuk membebaskan Palestin, dan sesungguhnya jalan itulah yang wajib diambil oleh pemimpin dan tentera kaum Muslimin untuk membebaskan bumi yang diberkati itu untuk kali yang ketiga. Jalannya tidak lain kecuali dengan mengerahkan bala tentera kaum Muslimin, yang bukan sahaja akan mengajar kaum Yahudi, malah akan mengajar Amerika, Trump dan ‘Deal of the Century’nya itu. This is how we deal with the Jews and Trump!
Wallahu a’lam.
Abu Ziyad Al-Hanif