Amerika dan Khilafah (Bahagian 2)

Fakta penelitian menunjukkan bahawa sejumlah 565 nama kota, desa, gunung, sungai dan danau dan lain-lain yang terbahagi dalam 484 nama di Amerika dan 81 nama di Kanada, ternyata secara etimologi berasal daripada bahasa Arab. Ia dinamakan oleh para penduduk setempat jauh sebelum kedatangan Columbus. Banyak daripada nama-nama ini sebenarnya sama dengan nama-nama tempat-tempat suci Islam misalnya Mecca di Indiana, Medina di Idaho, Medina di New York dan lain-lain.

Struktur rumah dan bangunan yang ditemui dalam penggalian arkeologi yang dilakukan di Afrika Utara dan Amerika Utara menunjukkan satu tahap persamaan antara bangunan-bangunan abad ke-9. Misalnya struktur rumah Berber dari Pergunungan Atlas, Maghribi, persis sama dengan sebuah rumah di New Mexico. Kemiripan yang sama  terlihat antara Istana Montezuma yang ditemui di Arizona dan sisa-sisa reruntuhan yang ditemukan di Mesa Verde di Colorado dengan struktur umum bangunan-bangunan Berber.

Profesor Cyrus Thomas (Institut Smithsonian) menunjukkan dalam salah satu kajiannya bahawa wujud sebuah persamaan antara sebuah pondok kecil yang dibangun daripada timbunan batu yang ditemukan di Ellenville, New York, dengan sebuah kabin, yang juga diperbuat daripada batu, yang ditemukan di sekitar Aqabah, Arab Selatan, yang bertarikh sekitar abad ke-8.

Dalam banyak sumber Islam, meskipun rujukan mengenai Amerika hampir tidak didokumentasikan, perlu dicatatkan bahawa sepanjang tempoh Kekhilafahan Andalusia, umat Islam di Sepanyol dan Afrika Utara telah membuat banyak pelayaran ke luar negara. Hal ini sangat mungkin bahawa ramai daripada mereka yang mengembara menuju Amerika.

Benteng Islam terakhir di Sepanyol, Granada, jatuh sebelum terjadinya Inkuisisi Sepanyol yang ditubuhkan pada tahun 1492. Inkuisisi itu memaksa ramai orang non-Kristian untuk menukar agama menjadi Katolik atau berhadapan dengan pembuangan negeri sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri daripada kekejaman. Selama tempoh itu, Raja Sepanyol Charles V, pada tahun 1539 telah mengeluarkan perintah yang melarang imigrasi kaum Muslim ke pemukiman di Barat Sepanyol. Perintah ini kemudian diperluas dengan mengusir semua orang-orang Islam keluar dari jajahan-jajahan Sepanyol di luar negara pada tahun 1543. Semua ini, ditambah dengan bukti-bukti lain, yang menunjukkan kehadiran kaum Muslimin di Sepanyol Amerika sebelum tahun 1550.

Meskipun kaum Muslimin mengalami kehilangan wilayahnya di Sepanyol dan kehadiran mereka di wilayah-wilayah seperti Amerika tidak digencarkan lagi, namun begitu, pada jantung peradaban Islam, Khilafah, terus menjadi mercu suar sebuah tamadun yang kaya dan dihargai. Autoriti politik Khilafah terus mendominasi pusat kekuasaan wilayah-wilayah yang penting di arena antarabangsa.

Lebih daripada dua abad kemudian, kekuatan politik Khilafah masih teguh berdiri. Pada tahun 1783, Amerika mengerahkan kapal-kapal angkatan lautnya yang pertama, yang mula belayar di perairan antarabangsa. Dalam waktu dua tahun, kapal-kapal itu ditawan oleh angkatan laut Khilafah Uthmaniyyah, berhampiran Algeria. Adalah bermanfaat untuk dicatatkan bahawa angkatan laut Khilafah itu berasal dari wilayah yang termasuk di bawah pentadbiran (governorates) Afrika Utara iaitu dari Algeria, Tunisia dan Tripoli, yang berada di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Sebagai perbandingan yang tegas, wilayah ini pada hari ini, adalah wilayah terbaru daripada perang yang dibuka oleh Amerika dan NATO yang mencemburui lokasinya yang strategik dan cadangan minyak yang banyak.

Penawanan kapal-kapal Amerika telah membawa Amerika ke dalam konflik dengan Khilafah secara langsung sehingga hubungan pada peringkat negara dengan Khilafah menjadi satu keperluan.

Pada tahun 1786 Thomas Jefferson, yang kemudian menjadi Duta Amerika di Perancis, dan John Adams, yang kemudian menjadi Duta Amerika di Britain, bertemu di London  bersama dengan Sidi Haji Abdul Rahman Adja, Duta Khilafah di Britain. Pertemuan itu dalam rangka merundingkan sebuah perjanjian perdamaian, yang mana akan didasarkan pada Congress Vote of Funding. Ini mungkin merupakan hubungan rasmi tahap tinggi yang pertama antara Amerika dan Khilafah.

Setelah pertemuan itu, kedua-dua mereka yang merupakan Presiden Amerika masa depan, melaporkan kepada Kongres AS, dan memberikan informasi mengenai alasan permusuhan umat Islam terhadap Amerika dengan kata-kata: “…bahawa (Khilafah) didirikan berdasarkan hukum Nabi mereka, yang telah tertulis di dalam al-Quran mereka; bahawa semua negara yang tidak mengakui autoriti mereka adalah negara yang berdosa; bahawa hak dan kewajipan mereka untuk berperang dengan negara-negara itu di mana saja mereka boleh ditemui…; dan bahawa setiap Musselman (Muslim) yang terbunuh dalam peperangan pasti akan masuk syurga.”

Inilah tanggapan pertama daripada umat Islam, yang bersatu di bawah naungan Khilafah, kepada para duta Amerika yang berdiri dengan menakjubkan, yang sangat berlawanan dengan realiti pada saat ini, di mana para penguasa negara-negara Muslim berebut-rebut untuk dihargai oleh para duta Amerika. Seperti yang didedahkan oleh Wikileaks, para penguasa ini yang tanpa malu mencari dan meminta-minta semua jenis bantuan, dan yang kemudiannya berterima kasih kepada para duta AS atas bantuan dalam usaha penguasa tersebut mahu meraih kekuasaan. Lebih buruk lagi, mereka melaporkan persaingan domestik mereka kepada para duta itu, dan mencari bantuan untuk mengatasi satu sama lain.

Dalam hal status quo, kedudukan kaum Muslimin di bawah Khilafah sangat bertentangan dengan realiti pada hari ini. Pada tahun 1793,  Amerika sekali lagi memasuki wilayah perairan yang didominasi oleh Khilafah, dan kali ini 12 kapal Angkatan Laut Amerika ditawan. Untuk merespons hal ini, Kongres Amerika memberikan mandat kepada Presiden Washington, pada bulan Mac 1794, untuk membelanjakan hingga 700,000 syiling emas demi membina kapal-kapal armada yang kuat yang diperbuat daripada besi. Namun, armada ini hilang lagi dalam konfrontasi dengan Angkatan Laut Khilafah itu.

Sejak itu Amerika telah menyedari bahawa mereka sedang berhadapan dengan kekuatan negara super power iaitu Khilafah. Setahun kemudian Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Barbary dengan negara Khilafah. Kata Barbary merujuk kepada pentadbiran Afrika Utara untuk wilayah Aljazair, Tunisia dan Tripoli, yang berada di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.

Terma-terma dalam Perjanjian Barbery itu mewajibkan Amerika untuk membayar sejumlah besar wang kepada Khilafah sebagai imbalan izin untuk berlayar di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean serta mengembalikan kapal-kapal yang ditawan, mulai dengan pembayaran dengan cara sekali bayar (one off payment) yang bernilai $992,463. Sebagai imbalannya, kerajaan Amerika mesti membayar lagi $642,000 yang setara dengan emas. Selain itu, Amerika setuju untuk membayar cukai tahunan (ufti) bernilai $12,000 dalam bentuk emas.

Sangat menarik untuk dicatat, Khilafah lebih lanjut menegaskan kedaulatan diplomatiknya, dengan mewajibkan Amerika untuk membayar ufti tahunan, adalah berdasarkan kalendar Islam dan bukan menurut kalender Kristian. Selanjutnya, sebagai tebusan untuk tentera Amerika yang ditangkap, Amerika mesti membayar $585,000. Selain daripada ufti yang berjumlah sangat besar ini, Amerika setuju untuk membina dan menyerahkan dengan biaya sendiri sebuah kapal besi yang canggih kepada Khilafah. Untuk membina kapal besi ini, kos yang banyak diperlukan termasuk tiang-tiang dan papan yang berat, yang sangatlah besar biayanya. Belum lagi ditambah bahan-bahannya yang sulit untuk diperolehi dan bersama-sama dengan kos yang mahal untuk diangkut. Hal ini sebenarnya telah menjerumuskan Amerika untuk membayar tiga puluh kali ganda daripada apa yang ia harus bayar sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian.

Perjanjian ini kemudiannya, sesuai dengan status quo kekuasaan, telah ditulis dalam bahasa negara Khilafah, iaitu bahasa Turki dan ditandatangani oleh Presiden Washington. Perjanjian itu merupakan satu-satunya dokumen Amerika yang sah yang pernah dibuat dalam bahasa asing. Apa yang menarik, ini merupakan satu-satunya perjanjian yang pernah ditandatangani oleh Amerika yang menyetujui untuk membayar ufti tahunan kepada bangsa lain. Perjanjian itu tetap berterusan, sehinggalah Khilafah runtuh.

[Bersambung] [Sharique Naeem]

Sharique Naeem adalah seorang jurutera, komentator politik dan penulis. Tulisan-tulisannya diterbitkan di surat khabar-surat khabar nasional Pakistan, Bangladesh, India, Yaman dan Iran.

[sumber: http://hizb-indonesia.info/2014/04/03/amerika-pun-takluk-di-bawah-khilafah/]

http://www.newcivilisation.com/home/islamic-civilisation/america-and-the-caliphate-past-and-present/