Tindak balas Iran terhadap Entiti Yahudi

Berita:

Iran bertindak balas terhadap entiti Yahudi dengan beberapa serangan dron dan peluru berpandu balistik, yang kebanyakannya telah dipintas di ruang udara negara-negara Arab di sekeliling entiti Yahudi itu, sebelum peluru-peluru tersebut sampai ke sasaran!

Ulasan:

Masyarakat dunia menunggu berjam-jam untuk melihat ke manakah menghalanya tindak balas Iran terhadap pengeboman kedutaannya di Damsyik oleh entiti Yahudi. Walaupun orang ramai terkejut dengan pengumuman tiba-tiba Iran mengenai tamatnya tindak balasnya terhadap entiti Yahudi, orang ramai tetap menyatakan kegembiraan melihat peluru berpandu melintas di atas kepala mereka. Mereka mengambil gambar peluru berpandu, dengan memanifestasikan kegembiraan seperti melaungkan takbir, teriakan dan tangisan kegembiraan…

Semua ini menunjukkan dambaan yang mendalam umat Islam di Palestin, di negara-negara jirannya, dan di negara-negara kaum Muslimin lainnya – dambaan untuk melihat adanya seseorang yang melawan entiti Yahudi dan mengarahkan tembakan ke arah entiti tersebut. Dambaan ini wujud selepas pelbagai gelombang penghinaan dan pencabulan yang mereka alami akibat pemerintah Ruwaibidhah, ejen-ejen Barat dan hamba penjajah.

Drama tindak balas Iran, yang terhad dan terbatas mengikut kehendak Amerika, mendedahkan beberapa perkara:

Pertama: Kegerunan yang mendalam yang mencengkam hati orang Yahudi, baik muda mahupun tua.

Kedua: Rejim yang berjiran dengan Palestin adalah barisan pertahanan pertama bagi entiti Yahudi.

Ketiga: Komitmen Barat untuk mendukung entiti Yahudi jika berlakunya serangan dari luar, seperti pendirian yang ditunjukkan oleh Britain, Perancis, Kesatuan Eropah, dan paling utama Amerika.

Keempat: Umat Islam mendambakan pembebasan Palestin dan penghapusan entiti Yahudi.

Kami menyampaikan bisyarah (khabar gembira) kepada umat Islam bahawa hari di mana entiti Yahudi akan dihapuskan melalui tangan-tangan mereka akan tiba, insha Allah. Ia adalah hari yang sangat dekat dan tidak jauh, dengan berdirinya Negara Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah untuk kali yang kedua, selepas tersingkirnya rejim-rejim ejen Barat di negara-negara kaum Muslimin.

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

oleh

Khaleefah Muhammad – Wilayah Jordan

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/2017-01-28-14-59-33/news-comment/25975.html