Fatwa Jihad: Akankah Penguasa Muslim Bertindak?
Fatwa kewajipan jihad ke atas entiti Yahudi yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (KUMS) pada akhir Ramadhan lepas nampaknya hingga sekarang tidak disahut oleh mana-mana negara dengan sebarang tindakan, termasuklah Malaysia.
Walaupun ada beberapa orang ulama dan kesatuan ulama di beberapa negara seperti Pakistan dan Indonesia yang menyokong fatwa tersebut, namun ia hanya sekadar sokongan tanpa boleh berbuat apa-apa dari sudut tindakan, kerana tindakan (jihad) seharusnya datang dari pihak kerajaan atau pihak tentera itu sendiri.
Mufti Mesir antara pihak yang awal merespon fatwa KUMS tersebut, telah mengeluarkan fatwa bercanggah yang sekali gus telah menzahirkan wajah sebenar beliau pada umat Islam. Manakala mufti-mufti di banyak negara, termasuk di Malauysia masih diam membisu. Begitulah sikap dan sifat ulama salathin yang dibayar gaji kerana mereka hanya akan bersuara mengikut kehendak majikan mereka sahaja, dan hampir mustahil untuk mereka menyuarakan sesuatu yang tidak disukai oleh majikan mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia merespon dengan cara yang “lebih baik” sedikit berbanding Mufti Mesir, iaitu untuk meneliti fatwa berkenaan secara mendalam dan menyeluruh terlebih dahulu. Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa satu perbincangan akan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dengan libat urus bersama para agamawan dan pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut dari pelbagai sudut.
Setelah hampir sebulan, kita masih belum mendengar apa-apa perkembangan sebagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Agama tersebut. Ini berbeza dengan sikap Malaysia tatkala fatwa dari beberapa pertubuhan ulama di dunia mengenai pengambilan vaksin semasa merebaknya Covid-19, dan juga “fatwa” Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai penjarakan sosial, yang terus dipersetujui dan dilaksanakan tanpa diteliti terlebih dahulu. Malah, ia disusuli dengan tindakan undang-undang ke atas mereka yang tidak mematuhi fatwa berkenaan.
Fatwa KUMS: Sedikit Pelajaran Dari Kisah Ka’ab Bin Malek
Walaupun agak malang kerana fatwa KUMS ini baru keluar setelah lebih setahun Gaza dibantai sejak peristiwa 7 Oktober 2023, dan lebih malang lagi ia baru keluar setelah lebih 20 tahun penubuhan KUMS itu sendiri, namun ada yang beranggapan bahawa ia better late than never (lebih baik lewat daripada langsung tiada).
Berdasarkan dalil yang begitu jelas dan banyak di dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis, jihad ofensif merupakan sebuah kewajipan atas pemerintah dan juga tentera kaum Muslimin untuk melancarkannya. Dengan kata lain, walau tanpa fatwa sekali pun, kewajipan jihad tetap berlaku dan merupakan satu dosa besar ke atas pemerintah dan juga tentera yang melalaikannya, apatah lagi di saat negeri umat Islam dijajah dan umat Islam dibunuh secara besar-besaran seperti di Palestin.
Sememangnya ulama tetap tidak boleh berdiam diri dan wajib memainkan peranan penting untuk memuhasabah pemerintah, antaranya ialah dengan mengeluarkan fatwa jihad seperti ini. Ulama, apatah lagi pemerintah dan tentera kaum Muslimin, seharusnya mengambil iktibar dari kisah Ka’ab bin Malek (dan dua orang lagi sahabat) yang menangguh-nangguhkan persiapan untuk keluar jihad ke Tabuk, sehingga akhirnya mereka tidak keluar berjihad padahal mereka tidak mempunyai sebarang keuzuran.
Atas perintah Allah (swt), Rasulullah (saw) dan para Sahabat (ra) tidak dibenarkan bercakap dengan Ka’ab dan dua lagi yang lain, sehinggalah turun ayat di mana Allah (swt) menerima taubat ketiga-tiga mereka, setelah 50 hari berlalu sejak pemulauan tersebut (lihat Surah at-Taubah ayat 117-118).
Dari kisah ini, ternyata kelewatan Ka’ab dalam mempersiapkan diri sehingga akhirnya beliau tidak turun ke medan jihad, mendapat “teguran” langsung dari Allah, dan hukumannya juga datang secara langsung dari Allah. Hukuman Allah secara langsung ke atas Ka’ab menunjukkan wujudnya kemurkaan Allah ke atas beliau kerana tidak berjihad, sehinggalah Ka’ab bertaubat dan memohon keampunan setiap hari kepada Allah, dan akhirnya Allah menerima taubatnya.
Padahal Ka’ab bin Malek adalah seorang sahabat yang terkenal baik, hebat dan tidak pernah meninggalkan jihad sebelum ini. Bayangkan jika “kelewatan” dalam persiapan sahaja sehingga melalaikan jihad sangat dimurkai oleh Allah (swt), apa lagi mereka yang langsung tidak pergi berjihad, tidak mahu berjihad bahkan menghalang jihad, setelah datangnya perintah jihad daripada Allah dan Rasul-Nya. Bayangkan bagaimana kemurkaan dan hukuman Allah ke atas penguasa dan tentera yang melalaikan kewajipan ini, kerana mereka adalah golongan yang ditaklifkan oleh Allah (swt) akan kewajipan jihad. Firman-Nya
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: ‘Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah’ kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” [At-Taubah (9): 38-39].
Alangkah beraninya para penguasa dan juga tentera mengingkari perintah Allah untuk berjihad!
Seruan Jihad Oleh Hizbut Tahrir
Hizbut Tahrir di seluruh dunia telah lama menyeru para penguasa dan tentera di negeri kaum Muslimin untuk melancarkan jihad ke atas entiti Yahudi. Biar pun dikecam dan dituduh dengan pelbagai tuduhan gara-gara seruan jihad ini, Hizbut Tahrir tidak pernah jemu dan tidak pernah berhenti melaungkannya dari semasa ke semasa, kerana inilah satu-satunya solusi untuk membebaskan Tanah Palestin Yang Diberkati sekali gus melenyapkan entiti Yahudi laknatullah dari muka bumi.
Hizbut Tahrir juga tidak pernah berhenti menyeru para ulama untuk mengeluarkan fatwa jihad ke atas entiti Yahudi, sekali gus mengingatkan mereka untuk memuhasabah dan mendesak para penguasa agar menggerakkan tentera ke medan jihad di Palestin.
Setelah puluhan tahun yang lalu, baru kini seruan Hizbut Tahrir disambut oleh KUMS melalui fatwa yang mereka keluarkan ini. Fatwa ini ternyata telah membuka mata banyak pihak dan banyak negara, walaupun masih tetap ada suara-suara sumbang yang kedengaran. Terhadap suara-suara sumbang yang tidak mahu berjihad dengan pelbagai alasan, cukuplah untuk kami mengingatkan mereka mengenai sikap para munafik di zaman Rasulullah (saw) yang juga memberikan pelbagai alasan apabila diperintahkan berjihad:
فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلَافَ رَسُولِ اللَّهِ وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالُوا لَا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ ۗ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا ۚ لَوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ
“Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut berjihad) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: “Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini”. Katakanlah: “Api neraka Jahanam itu lebih bersangatan panas(nya)” jika mereka mengetahui” [At-Taubah (9): 81]
Respons Penguasa Dan Kaum Muslimin Terhadap Fatwa KUMS
Setelah fatwa jihad dikeluarkan oleh KUMS, kaum Muslimin di beberapa belahan dunia telah merespon dengan pelbagai cara, termasuklah dengan turun ke jalan-jalan melakukan demonstrasi mendesak pemerintah untuk segera menghantar tentera, sesuai dengan fatwa yang telah dikeluarkan.
Namun demikian, setakat ini tidak ada seorang pun penguasa kaum Muslimin yang menyahut fatwa ini, seolah-olah fatwa ini tidak sampai ke telinga mereka, tidak sampai ke penglihatan mereka dan mereka tidak mempunyai lidah untuk meresponnya:
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
“Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)” [Al-Baqarah (2): 18]
“Respon” para penguasa sungguh berbeza sama sekali dengan respon kaum Muslimin, yang jelas menunjukkan bahawa mereka (para penguasa) ini bukanlah mewakili kaum Muslimin dan aspirasi mereka bukanlah aspirasi kaum Muslimin. Apa yang nyata ialah para penguasa ini sesungguhnya mewakili Barat, menjaga kepentingan Barat, mengikut kehendak Barat dan tunduk kepada Barat. Inilah hakikat para penguasa kaum Muslimin!
Justeru, fatwa ini bukan sahaja telah membuka mata kaum Muslimin mengenai solusi tuntas untuk Palestin, malah telah menyerlahkan lagi kemunafikan dan pengkhianatan para penguasa terhadap Palestin, yang kononnya merekalah selama ini yang paling prihatin dan paling hero dalam isu Palestin!
قَاتَلَهُمُ اللهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ
“Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling (dari kebenaran)?” [Al-Munafiqun (63): (4)].
Wujudkah Kemungkinan Pengisytiharan Jihad Selepas Ini?
Mungkin ada sebahagian kaum Muslimin yang menaruh harapan, atau mungkin ada yang tertanya-tanya apakah akan ada penguasa yang akan mengisytiharkan jihad ke atas entiti Yahudi sebagai menyahut fatwa KUMS ini?
Berdasarkan sejarah, track record dan fakta di lapangan, kita berani menyatakan bahawa tidak akan ada seorang penguasa pun yang akan berbuat demikian! Ya mungkin telahan kita salah, tetapi congakannya cukup mudah – jika benar para penguasa ini ingin menggerakkan tentera, tentu sudah lama mereka melakukannya, tanpa menunggu fatwa dikeluarkan.
Sesungguhnya kesemua para penguasa yang ada, sejak dulu hingga kini, merupakan pengkhianat, yang mana pengkhianatan mereka tidak tersembunyi daripada orang-orang buta sekalipun. Sebahagian mereka menyatakan secara terang-terangan bahawa mereka tidak mahu terlibat dalam sebarang konflik dengan entiti Yahudi. Sebahagian lagi telah lama menormalisasi hubungan dengan entiti haram tersebut. Malah sebahagian mereka telah mengadakan perjanjian dan kerjasama dengan Yahudi untuk tidak melancarkan apa-apa serangan ketenteraan. Lebih buruk daripada itu, sebahagian penguasa kaum Muslimin masih terus mengeksport banyak barangan dan keperluan kepada entiti Yahudi di saat Yahudi membunuh saudara-saudara mereka secara besar-besaran!
Setelah lebih 50,000 korban dan ratusan ribu cedera serta kehilangan tempat kediaman, setelah Gaza menjadi padang jarak padang tekukur, dan setelah menyaksikan di depan mata mereka sendiri akan anak-anak Gaza dibunuh dengan kejam dan menderita kebuluran, itu pun para penguasa kaum Muslimin tetap memekakkan telinga, memejamkan mata dan menutup mulut, dan tidak ada seorang tentera pun yang dikirim ke Gaza, maka apa sangatlah nilai fatwa yang dikeluarkan oleh KUMS itu di sisi mereka, untuk mereka bertindak?!
Jika benar mereka ingin bergerak atau mengerahkan tentera, sudah tentu mereka melakukannya sejak lama dahulu. Benarlah firman Allah (swt):
وَلَوْ أَرَادُوا الْخُرُوجَ لَأَعَدُّوا لَهُ عُدَّةً وَلَٰكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ
“Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka. dan dikatakan kepada mereka: “Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu” [At-Taubah (9): 46].
Penutup
Baik adanya fatwa atau tidak, sesungguhnya pemerintah dan tentera kaum Muslimin tetap wajib melancarkan jihad ke atas musuh-musuh Allah – suatu hal yang tidak pernah mereka lakukan sejak runtuhnya Khilafah lebih 100 tahun yang lalu. Para penguasa ini bukan sahaja enggan berjihad, malah mereka akan memastikan tidak ada seorang perajurit pun yang akan bergerak ke Gaza. Inilah realiti penguasa Muslim saat ini, yang mana perkataan jihad bukan sahaja tidak ada dalam kamus mereka, malah siapa dalam kalangan rakyat yang cuba menyebutnya sahaja boleh menerima padah.
Melihat kepada situasi sekarang, tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa selagi penguasa ini tidak tumbang dan digantikan dengan seorang Khalifah, maka selagi itulah tidak akan ada seorang tentera pun yang akan digerakkan ke Gaza. Atas dasar itu, Hizbut Tahrir terus berjuang untuk menegakkan Khilafah di samping tetap melakukan muhasabah terhadap penguasa yang khianat ini untuk melancarkan jihad ke atas entiti Yahudi.
Manakala para ulama pula harus faham bahawa dengan mengeluarkan fatwa jihad semata-mata, walaupun bagus, tidaklah mencukupi selagi tidak ada tindakan praktikal oleh para penguasa atas fatwa berkenaan. Atas dasar itu, para ulama kena terus memuhasah pemerintah dan juga tentera tanpa henti untuk berjihad, malah para ulama wajib turut berjuang untuk menegakkan Khilafah, yang dengan berdirinya institusi agung ini sedikit masa lagi, insya Allah Khilafah akan pasti menggerakkan tentera untuk membebaskan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, sekali gus membenamkan entiti Yahudi untuk selama-lamanya.
Wallahu a’lam.