Perhimpunan Tokoh-tokoh wanita di Asia Tenggara Membangkitkan Seruan Sebulat Suara bagi Penubuhan kembali Khilafah dengan segera untuk Menyelesaikan Krisis Rohingya

[PDF]

Pada hari Sabtu 06 Jun, tokoh-tokoh wanita dari seluruh Asia Tenggara telah berkumpul di sebuah acara penting di Malaysia yang bertajuk, “Rohingya: Di Lautan tanpa Negara ATAU sebahagian dari Khairu Ummah” anjuran Bahagian Wanita di Pejabat Pusat Media Hizbut Tahrir dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia. Perhimpunan itu bertujuan untuk mendapatkan perhatian antarabangsa bagi nasib menyayat hati yang terjadi kepada wanita dan kanak-kanak Rohingya di Myanmar, dan untuk memberikan tindakan-tindakan segera serta solusi penting yang diperlukan untuk menyelamatkan umat Islam Rohingya. Peserta yang menyertai acara ini termasuklah ahli-ahli dari organisasi NGO dan hak asasi manusia, termasuk orang-orang yang mewakili kaum Rohingya, serta pensyarah, aktivis, pemimpin masyarakat, perwakilan mahasiswi dan ahli-ahli parti politik serta persatuan-persatuan pelajar. Acara ini adalah sebahagian daripada kempen global yang dianjurkan berkenaan isu Rohingya dan telah disiarkan secara langsung kepada penonton antarabangsa.

Para pembicara merupakan ahli Muslimah Hizbut Tahrir dari Malaysia, Indonesia, Australia, Britain, dan dunia Arab. Testimoni juga diberikan oleh wanita Islam dari Myanmar dan Bangladesh. Ucapan yang disampaikan memfokuskan pada skala penganiayaan mengerikan yang dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak Rohingya serta layanan buruk yang diterima dari rejim-rejim Negara komuniti Muslim yang berdekatan. Negara-negara ini telah mengabaikan mereka, membiarkan mereka menghadapi keganasan etnik Buddha; membiarkan mereka mati di lautan; atau melayan mereka yang sampai di persisiran pantai mereka seperti pendatang haram, menafikan hak-hak asasi mereka, dan menempatkan mereka di kem-kem yang dipenuhi wabak yang tidak layak diduduki haiwan sekalipun. Pembicara menjelaskan bahawa sikap memalukan dari kerajaan-kerajaan di dunia umat Islam ini adalah kerana mereka memeluk racun nasionalisme dan sempadan Negara-bangsa yang direka oleh Barat di antara tanah-tanah umat Islam.  Hal ini secara jelas telah membunuh persaudaraan dalam Islam dan menghalang umat Islam dari melaksanakan kewajipan mereka di sisi Islam untuk menyelamatkan saudara mereka yang ditindas. Keputusan kerajaan untuk tidak bertindak terhadap rejim Myanmar telah menyuburkan lagi kempen keganasan terhadap umat Islam Rohingya. Tambahan lagi, diskusi meja bulat tersebut menjelaskan bagaimana ASEAN tidak akan mampu untuk menyelesaikan krisis ini kerana ia adalah pertubuhan yang tidak berfungsi dan tidak mahu campur tangan serta merupakan alat kerajaan penjajah Barat yang berfungsi hanya untuk memenuhi kepentingan penjajahan ekonomi mereka di Asia Tenggara; dan harapan juga tidak boleh diletakkan pada PBB yang telah terbukti merupakan sebuah badan yang tidak berkuasa dan tidak berdaya yang telah gagal secara berulang kali untuk menyelamatkan umat Islam kerana mereka telah mengabaikan pembunuhan secara besar-besaran ini semata-mata untuk mengekalkan kepentingan kewangan mereka di Myanmar, yang menunjukkan sekali lagi kesanggupan Negara kapitalis demokrasi untuk membuang hak-hak asasi manusia dan tidak mempedulikan langsung penyembelihan dan penindasan yang dihadapi oleh wanita-wanita dan kanak-kanak suci jika harga yang ditawarkan lumayan.

Diskusi berakhir dengan meningkatkan tuntutan kepada kerajaan di dunia umat Islam untuk bertindak segera bagi menyelamatkan umat Islam Rohingya, termasuk membuka sempadan mereka kepada pelarian Rohingya dan memberikan mereka hak kewarganegaraan sepenuhnya, serta menghantar misi menyelamat bagi mereka yang terkandas di laut, dan meletakkan tekanan politik dan ketenteraan kepada rejim Myanmar untuk menghentikan kekejaman terhadap Rohingya. Ucapan terakhir pula menekankan bahawa penubuhan segera Negara Khilafah Islamlah yang akan memberikan satu-satunya cara yang praktikal untuk menyelesaikan krisis Rohingya dan penindasan yang dihadapi oleh wanita Islam di peringkat global. Ini adalah melalui penyatuan tanah umat Islam, penghapusan sempadan negara, dan memberikan tempat perlindungan serta hak kewarganegaraan sepenuhnya kepada semua umat Islam yang ditindas tanpa mengira kewarganegaraan. Ia juga akan menggunakan segala peralatan dan sarana dalam Negara, termasuk menggerakkan tenteranya untuk mempertahankan darah dan kehormatan umat Islam. Acara tersebut berakhir dengan hadirin menandatangani deklarasi atas dasar sokongan terhadap umat Islam Rohingya. Ia menyeru kepada penyatuan tanah-tanah umat Islam dan penolakan sistem nasionalis dan sempadan Negara-bangsa. Deklarasi ini juga mengandungi ikrar untuk mengerahkan sepenuh tenaga bagi mendirikan semula Khilafah demi untuk mengakahiri segala penganiayaan dan penderitaan umat Islam Rohingya dan umat Islam lain di seluruh dunia. Ucapan forum, gambar-gambar dan deklarasi boleh didapati di :  http://www.hizb-ut-tahrir.info/info/english.php/contents_en/entry_47619 dan www.facebook.com/WomenandShariah.

Dr. Nazreen Nawaz

Pengarah Bahagian Wanita Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir