SN299 – POLIS: ANTARA KEWAJIBAN DAN KEHARAMAN
Di dalam kitab AjhizahDaulah al-Khilafah Fi al-Idarah wa al-Hukm, HizbutTahrir menjelaskan bahawa urusan keamanan dalam negeri dalam Daulah Khilafah ditangani oleh satu struktur yang dinamakan Da’irah al-Amni ad-Dakhili (Jabatan Keamanan Dalam Negeri) yang diketuai oleh Mudir al-Amni ad-Dakhili. Jabatan ini memiliki cawangan disetiap wilayah yang diketuai olehSahib asy-Syurthah al-Wilayah(Ketua Polis Wilayah).Cawangan ini berada di bawah wali dari aspektanfidz (pelaksanaan),tetapi dari aspek administrasi ia berada di bawah tanggungjawab Da’irah al-Amni ad-Dakhili. Jabatanini merupakanJabatan yang mengurus segala bentuk kekacauan atau gangguan kepada keamanan.Jabatan ini juga mengurus penjagaan keamanan di dalamnegeri melalui jalur kepolisan dan ini merupakan sarana utamauntuk menjaga keamanan dalam negeri.
Da’irah al-Amni ad-Dakhiliberhak menggunakan jalur kepolisan pada bila-bila masa dan mengikut keperluan. Perintah Jabatan ini harussegera dilaksanakan. Sekiranya ada keperluan yang menuntut untukmeminta bantuan tambahan, maka Jabatan ini wajib menyampaikan perkara tersebut kepada Khalifah. Khalifahberhak memerintahkan pasukan tambahan untuk membantu atau dengan membekalkan kekuatanketenteraan sekiranya perlu, demi menjaga keamanan. Pasukan polis terdiri daripada lelaki yang sudah balighdan memiliki kewarganegaraan. Wanita juga boleh menjadi anggotapolisdalam melaksanakan tugas-tugas yang sesuai (dengan wanita) yang terkait dengan urusan keamanan dalam negeri.
Pasukanpolis ada dua jenis iaitu (i) polistentera dan (ii) polisyang berada di samping penguasa. Pasukan polis memilikiseragam khusus dan ciri-ciri tertentu untuk menjaga keamanan. Al-Azhari berkata,
“Polis adalah merupakan pasukan terbaik dari berbagai pasukan. Di antara pasukan pilihan tersebutadalah polis, kerana mereka adalah perajurit-perajurit pilihan.Bahkan dikatakan mereka adalah pasukan terbaik yang lebihmenonjol daripada tentera. Dikatakan bahawa mereka dinamakansyurthah (polis) kerana mereka memiliki ciri-ciri yang telahdikenal, baik dari pakaian mahupun kemampuan geraknya.”
Pendapat di atas adalah juga yang dipilih al-Asma’i.Disebut di dalam kamus,
“wa syurthah (polis) dengan dhammah…..adalah bentuk mufrad (tunggal) dari asy-syurath (polis-polis). Merekaadalah pasukan terbaik yang terjun dalam perang dan merekasiap untuk mati. Polis adalah di antara pasukanyang menjadi para penolongwali….mereka dinamakan demikian kerana diri mereka dapatdiketahui dengan tanda-tanda yang sudah dikenal luas.”
Polistentera adalah sebahagian dari tentera yang memiliki tanda-tanda yang lebih menonjol daripada pasukan lainnya yang bertugas mendisiplinkan urusan-urusan ketenteraan. Polistentera merupakanbahagian dari pasukan yang berada di bawah Amirul Jihad, iaitu berada di bawah Da’irah al-Harbiyah (Jabatan Perang). Paukan polis yang sentiasa bersiap sedia di samping penguasa berada di bawah Da’irah al-Amni ad-Dakhili. Imam al-Bukhari telah menuturkanriwayat dari Anas bin Malik,
“Sesungguhnya Qais bin Saad di sisi Nabi SAW memiliki posisisebagai ketua polis dan ia termasuk di antara para amir.”
Imam at-Tirmizi juga telah meriwayatkannya denganredaksi,
“Qais bin Saad di sisi Nabi SAW berkedudukan sebagai ketua polis dan ia termasuk di antara para amir.”
Al-Ansari menambah dengan mengatakan bahawa ia adalah orang yang menangani urusan-urusan kepolisan.
Tugas-tugas Da’irah al-Amni ad-Dakhili
Tugas Da’irah al-Amni ad-Dakhiliadalahmenjaga keamanan dalam negeri bagi Negara. Beberapa hal yangmungkin akan mengganggu keamanan dalam negeri di antaranya adalah murtad dari Islam dan bughat (pemberontak) yakni golongan yang keluarmelepaskan diri dari Negara, baik dengan aktiviti-aktiviti rusuhan dan penghancuran, seperti pelbagai bentukserangan dan penguasaan ke atas tempat-tempat strategik, disertai pelanggaranterhadap pelbagai hak milik individu atau hakmilik umum atau hakmilik Negara. Perbuatan-perbuatan lain yang mengganggukeamanan dalam negeri adalah al-hirabah (terorisme/keganasan), yaknirompakan jalanan, menyerang orang-orang untuk merampasharta mereka dan mengancam nyawa mereka.Termasuk juga perbuatan yang mengganggu keamanan dalam negeri adalah seperti pelanggaran terhadap harta-hartamasyarakat melalui pencurian, perampasan,rompakan, penyelewengan, gangguan terhadap jiwa (badan)manusiamelalui pemukulan, pencederaan dan pembunuhan sertagangguan terhadap kehormatan melalui penyebaran keburukan, fitnah danqadzaf.
Da’irah al-Amni ad-Dakhilibertugas untukmencegah semua kejahatan di atas dengan sentiasa berjaga-jaga, meronda dan menerapkan hukuman-hukuman yangtelah diputuskan oleh hakim terhadap pelaku kejahatan tersebut. Jabatanini membataskandiridengan hanya memanfaatkan pasukanpolis dalam rangka menjagakeamanan negara. Jabatan ini tidak boleh memanfaatkan selainpasukanpolis kecuali dalam keadaanpolis sudah tidak mampu untukmenstabilkan keamanan. Dalam keadaan ini, Jabatanmeminta Khalifah agar memberi bantuan tenterasesuai dengan keadaan yang berlaku.
Pasukan polis diberi tugas untuk menjaga sistem, mengelolakeamanan dalam negeri dan menjalankan seluruh aspekimplementasi. Hal ini sesuai dengan hadis Anas yang sudahdisebutkan tentang Rasul SAW yang menjadikan Qais bin Saad sebagai ketua polis di sisi baginda. Hadisitu menunjukkan bahawapolis berada di samping penguasa.Maksud berada di samping Rasulullah (penguasa) itu menunjukkan perananpolis sebagai kekuatan yang bersifat implementatif yang diperlukan oleh penguasauntuk menerapkan syariah, menjaga sistem dan melindungikeamanan, termasuk melakukan kegiatan rondaan bagi mencegah jenayah. Kegiatan meronda (patrol) adalah bertujuan untuk mengawasi danmengejar penjahat serta mencari orang yang melakukan kerosakan/maksiat dan orang yang dikhuatiri akan melakukan tindakankejahatan.Abdullah bin Mas‘ud bertindak sebagai komandan rondaan pada masa Abu Bakar manakala Umar bin al-Khattabmelakukan rondaannyasendiri. Umar kadang kaladitemani oleh pembantunya dan kadang kaladitemani oleh Abdurrahman bin Auf.
Berdasarkan nas dan berdasarkan apa yang dilakukan oleh Khulafaar-Rasyidin, kita dapati apa yangsedang dipraktikkan di beberapa negeri Islam saat inisungguh terpesong dari kebenaran apabila khidmat ‘pengawal/jaga’ digunakan untuk mengawasi dan meronda. Jaga ini diupah untuk mengawasi bangunan-bangunan, premis-premis dan kawasan perumahan, yang dibayar oleh para pemilik premis. Tanggungjawab melakukan rondaan dan penjagaan sesungguhnya adalah tanggungjawab Negara (melalui pasukan polis) dan merupakan sebuah kewajiban ke atas Negara. Oleh kerana itu, aktiviti tersebut tidakboleh dibebankan kepada masyarakat atau sekumpulan orang atau mana-mana individu tertentu untuk membiayainya. Apa yang diamalkan sekarang merupakan manifestasi dari kezaliman kerajaan yang tidak menunaikan kewajiban mereka menjaga keamanan masyarakat. Suasana ini telah mewujudkan syarikat-syarikat kapitalis yang membekalkan khidmat “jaga”, menjadikannya sebuah perniagaan dan mengaut keuntungan yang lumayan darinya. Dalam masa yang sama, kezaliman kerajaan “tertutup” dan masyarakat berjaya dijahilkan dan dipalingkan dari tanggungjawab kerajaan.
Polis Dan Tajassus
Dalam dunia kepolisan sekarang, antara jabatan penting dalam pasukan polis adalah jabatan perisikan (intelligence) di mana di Malaysia ia lebih dikenali dengan pasukan Cawangan Khas (Special Branch). Sesuai dengan namanya, tugas Cawangan Khas atau jabatan perisikan ini adalah untuk melakukan risikan (spying) atau dalam bahasa Arab disebut sebagai tajassus. Tajassus bermaksud menelusuri berita atau informasi, yang dilakukan oleh jasus (mata-mata). Tajassus boleh berlaku baik pada hal-hal terbuka atau tersembunyi selama mana seseorang itu sedang melakukan risikan/siasatan terhadap suatu berita atau informasi. Tidak dikatakan tajassus kecuali pengamatan dan penelitian mendalam dilakukan terhadap suatu berita/informasi yang diselidiki. Dalam tajassus, wujudnya unsur pengawasan yang dilakukan oleh seseorang itu dengan tujuan pengumpulan dan pemaparan berita/informasi yang diselidiki. Inilah hakikat tajassus.Perlu difahami bahawa siapa sahaja (tidak semestinya lembaga kepolisan) boleh melakukan perkara yang termasuk dalam tajassus selama mana perbuatannya memenuhi ciri-ciri di atas dan memang dilakukan dengan tujuan perisikan.
Namun apa yang jelas ialah, siapa sahaja yang bertugas di Jabatan Risikan, Cawangan Khas atau seumpamanya yakni orang-orang yang memang bertugas mengamati berita-berita dan kejadian-kejadian, adalah disebut perisik atau mata-mata (jasus) kerana memang aktivitinya adalah melakukan perisikan.Pekerjaan tajassus ini amat penting untuk diketahui, khususnya oleh mereka yang terlibat kerana ada hukum-hukum yang tertentu untuknya. Hukum-hukum ini bergantung pada “objek” yang dirisik. Sekiranya objeknya adalah umat Islam, maka hukumnya adalah haram. Namun sekiranya objeknya adalah kafir harbi, baik harbifi’lan atau harbihukman, maka hal ini dibolehkan, malah ia wajib dilakukan oleh Khilafah (Negara).
Tajassus terhadap umat Islam dan warganegara DaulahIslam adalah jelas haram berdasarkan firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kamu kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan (tajassus) orang lain” [TMQ al-Hujurat (49):12].
Dalam ayat ini, Allah SWT secara tegas melarang tajassus dan larangan ini bersifat umum meliputi semua bentuktajassus, baik untuk kepentingan diri sendiri atau orang lain atau untuk Negara, kesemuanya adalah haram. Ahmad dan Abu Daud telah meriwayatkan hadis dengan sanad dari Miqdad dan Abu Umamah, keduanya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya seorang amir itu, jika ia mencari keraguan-keraguan(memata-matai) rakyatnya, bererti diatelah merosakkan mereka”.
Oleh kerana itu, tajassus terhadap kaum Muslimin hukumnya adalah haram. Dengan demikian, haramhukumnya bagi polis, tentera atau siapa sahaja yang melakukan tajassus terhadap umat Islam dan warganegara Daulah Islam, baik Muslimmahupun non-Muslim.
Dari sini muncul persoalan sama ada bolehkah orang Islam bekerja di lembaga perisikan sama ada sebagai polis, tentera, penyiasat persendirian atau lain-lain yang melakukan aktiviti perisikan? Jawapannya adalah bergantung pada objek sasaran risikannya. Sekiranya objek sasarannya adalah umat Islam atau orang yang mendapat perlindungan (dzimmah) dari Negara, maka hukumnya haram berdasarkan ayat di atas. Larangan untuk melakukan tajassus ini turut terkena ke atas orang kafir dzimmi (kafir yang tinggal di Negara Khilafah). Manakala sekiranya objek sasaran adalah kafir harbi, baik kafir yang meminta jaminan keamanan (kafir musta’min) atau kafir yang datang dari negara yang memiliki ikatan perjanjian dengan Khilafah (kafir mu’ahid) maka hukumnya boleh. Ini kerana, Islam membolehkan kita melakukan tajassus terhadap kafir harbi, baik di wilayah kita atau di wilayah mereka.
Oleh yang demikian, wujudnya badan perisikan atau yang sejenisnya, tidaklah haram, bahkan wajib bagi Negara dalam rangka melakukan tajassusterhadapkafir harbi. Apa yang haram adalah melakukan tajassus ke atas umat Islam atau kafir dzimmi. Oleh yang demikian, pemerintah tidak boleh (haram) membuka atau mewujudkan jabatan risikan atau cawangan khas yang melakukan praktik tajassus ke atas umat Islam atau warganegara. Ia tidak dibenarkan dan tetap haram, walau apa sekalipun alasan mewujudkannya, baik atas alasan kepentingan negara atau untuk melakukan pengawasan terhadap sebarang konspirasi atau atas alasan mencegah jenayah dan sebagainya. Ini kerana, untuk melakukan kesemua hal ini, Negara boleh melakukannya melalui jalur kepolisan, melalui rondaan dan penjagaan, bukannya melalui jalan tajassus.
Kita mesti ingat bahawa apa yang ‘difikirkan’ oleh akal sebagai mendatangkan manfaat, tidak boleh dijadikan ukuran untuk menghalalkan atau membolehkan sesuatu yang haram kerana yang wajib dijadikan ‘ukuran’ adalah syara’ semata-mata. Apabila Allah dan RasulNya menetapkan keharaman dalam sesuatu hal, maka tidak ada lagi ruang dari sisi manfaat atau kemaslahatan sebagai alasan untuk mengubah status hukumnya menjadi halal. Firman Allah
“Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain” [TMQ al-Hujurat (49):12]
dengan tegas menjelaskan ketidakbolehan tajassus dari aspek apa sekalipun ke atas kaum Muslimin dan kafir dzimmi. Maka tidak boleh ada lagi alasan bagi manusia untuk membolehkannya.
Sebagaimana dijelaskan di atas, tajassus boleh dilakukan terhadap kafir harbi, malah wajib bagi Negara melakukannya. Nabi SAW pernah mengutus Abdullah bin Jahsyi dan lapan kompeni (raht) dari kaum Muhajirin untuk bersamanya. Nabi memberi kepadanya sepucuk surat yang tidak dibenarkan dilihat kecuali setelah dua hari perjalanan. Abdullah diminta melaksanakan (arahan surat) tanpa memaksa sahabatnya yang lain. Setelah dua hari berjalan, Abdullah lalu membuka surat itu yang mana isinya berbunyi, “Kalau kamu membaca suratku, maka teruslah berjalan sampai kamu tiba di Nahlah antara Makkah dan Thaif. Maka di sana intiplah gerak-geri kaum Quraisy dan hasilnya sampaikan kepada kami.”
Dalam surat itu, Rasulullah SAW memerintahkan kepada Abdullah bin Jahsyi untuk memata-matai kaum Quraisy (yang merupakan kafir harbi). Dalam hal ini Rasulullah SAW memberikan kebebasan kepada para sahabat Abdullah untuk mengikutinya atau tidak, sementara pada Abdullah agar tetap melakukan intipan tersebut. Dengan kata lain, Rasulullah SAW meminta kepada semuanya agar melakukan tajassus tetapi beliau menekankannya kepada Abdullah manakala yang lain diberikan kebebasan. Ini menunjukkan bahawa tuntutan terhadap amiruljamaah (pemimpin golongan) itu sifatnya mengikat sementara bagi yang lain tidak mengikat. Hal ini menunjukkan bahawa kegiatan tajassus umat Islam terhadap musuh adalah dibolehkan manakala bagi pemerintah, hukumnya adalah wajib. Tajassus terhadap pihak musuh merupakan hal yang mutlak diperlukan oleh tentera umat Islam sehingga tidak akan sempurna pembentukan pasukan tanpa adanya badan risikan yang senantiasa mengawasi musuh.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Demikianlah tugas Da’irah al-Amni ad-Dakhili dan pasukan polis yang berada di bawahnya. Sesungguhnya tugas pasukan polis adalah satu tugas yang mulia demi menjaga keamanan negara, selama mana mereka mematuhi hukum syara’ di dalam menjalankannya. Namun ia akan bertukar menjadi suatu tugas yang hina apabila mereka melakukan pelanggaran syara’ seperti melakukan tajassus terhadap umat Islam. Lebih hina lagi sekiranya aktiviti tajassus itu dilakukan oleh polis terhadap individu Muslim atau gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam seperti yang dilakukan oleh pasukan polis di kebanyakan negara umat Islam sekarang, termasuklah di Malaysia.
Wallahua’lam.