Di sebalik ulang tahun ke-20 tragedi pembantaian Srebrenica, terserlah hipokrasi Barat dan hakikat pengkhianatan PBB

Di sebalik ulang tahun ke-20 tragedi pembantaian Srebrenica, terserlah hipokrasi Barat dan hakikat pengkhianatan PBB

FILE -- In this July 14, 1995 file photo, refugees from the overrun U.N. safe haven enclave of Srebrenica who had spent the night outdoors, gather outside the U.N. base at Tuzla airport. Israeli police have arrested a former Bosnian Serb soldier suspected of playing a role in the 1995 massacre of Bosnian Muslims at Srebrenica, Israel's Justice Ministry said Tuesday, Jan. 18, 2011. (AP Photo/Darko Bandic, File)

Tanggal 11 Julai 2015 kembali menggamit memori duka buat umat Islam, khasnya Muslim Bosnia terhadap tragedi pembantaian lebih 8000 orang kanak-kanak dan orang dewasa lelaki keturunan Bosniak di Srebrenica, genap 20 tahun yang lalu. Peristiwa yang memilukan ini kembali mendapat perhatian masyarakat dunia apabila satu persidangan peringatan – yang dihadiri oleh lebih dua ribu orang, termasuk Presiden Bosnia-Herzegovina bersama-sama keluarga mangsa kekejaman tersebut – telah dianjurkan di Westminster Abbey, London pada Ahad lalu.[1] Dalam perkembangan yang sama, United Kingdom juga telah mengemukakan draf resolusi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mengecam tragedi tersebut sebagai “jenayah pembantaian etnik” (crime of genocide). Walau bagaimanapun, draf tersebut telah diveto oleh Rusia kerana dilihat berat sebelah dalam meletakkan kesalahan di pihak Serb-Bosnia (Bosnian Serbs).[2]

Dalam menanggapi hal ini, terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dirumuskan, antara lain;
1)    Sikap hipokrit Barat terhadap umat Islam – Meskipun persidangan peringatan yang dianjurkan itu dilakukan atas dasar kemanusiaan, namun hakikatnya polisi luar Britain tidak sedikit pun membuktikan kesungguhan negara kuffar tersebut dalam menangani pembantaian dan penindasan yang menimpa umat Islam yang berlanjutan sehingga ke hari ini, seperti yang berlaku di Afrika Tengah, Burma dan Palestin. Bahkan Britain di bawah pentadbiran Tony Blair ternyata turut sama bertanggungjawab terhadap kematian ratusan ribu penduduk Iraq dalam perang  melawan keganasan (baca: perang melawan Islam) yang diterajui oleh Amerika Syarikat pada 2003. Perang ke atas Iraq itu ternyata didasari oleh helah tentang kewujudan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), yang sebenarnya tidak dimiliki pun oleh rejim Saddam Hussein pada waktu itu. Jika mereka bercakap tentang penjenayah perang, hakikat ini sebenarnya telah melayakkan Blair dan Presiden AS, George W. Bush ditempatkan sebagai penjenayah perang kerana melancarkan perang atas dasar penipuan! Malangnya, masyarakat dunia seakan-akan buta terhadap kerakusan penjenayah-penjenayah perang ini yang dibiarkan bebas tanpa diadili. srebrenica-massacre-3

2)    Pengkhianatan PBB terhadap umat Islam Bosnia – Sejarah telah membuktikan betapa kewujudan PBB sebagai sebuah institusi antarabangsa yang ditubuhkan dengan tujuan untuk melestarikan dominasi negara-negara kuasa besar pasca Perang Dunia II. Kewujudan sistem veto dalam PBB turut menjadikan badan kufur tersebut gagal mencapai sebarang keadilan terhadap negara-negara anggotanya yang lain, khususnya negara kaum Muslimin. Sejak keruntuhan Khilafah Uthmaniyah pada tahun 1924, umat Islam bukan sahaja telah kehilangan perisai sebagai tempat berlindung, bahkan telah dicerai-beraikan menjadi negeri-negeri yang kecil dan lemah. Natijahnya, umat Islam di persada antarabangsa tidak mendapat sebarang pembelaan dan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh kuasa-kuasa besar tersebut dalam percaturan politik dunia. Bukti ketara dapat dilihat dalam kemelut yang melanda umat Islam di Palestin yang masih lagi berlanjutan selama lebih 67 tahun lamanya tanpa sebarang penyelesaian tuntas. Bahkan  sehingga ke saat ini, umat Islam di Gaza masih lagi berdepan dengan kepungan oleh entiti haram Israel dan terdedah kepada segala macam bentuk kekejaman.

Pengkhianatan PBB turut berlaku di Srebrenica pada tahun 1993, apabila tentera PBB membiarkan bandar tersebut jatuh ke tangan tentera dan militia Serbia, meskipun mereka menyedari nasib yang menanti Muslim Bosnia. PBB turut menjadi punca penderitaan umat Islam Bosnia melalui usaha perlucutan senjata ke atas pejuang Bosnia, sekali gus memberikan kelebihan terhadap militia Serb dari sudut persenjataan. Bahkan di saat Muslim Bosnia berdepan dengan ancaman penyeksaan, pembunuhan dan dirogol, Leftenan-Colonel Thom Karremans selaku komander Dutchbatt di bawah misi UNPROFOR pula dilaporkan sedang berlibur bersama-sama Ratko Mladic, sang penjenayah perang![3] Kemuncak kezaliman kepada tragedi pembantaian ini berlaku pada 12 Julai 1995, apabila lebih lapan ribu orang lelaki, termasuksrebrenica-massacre-2 kanak-kanak Muslim telah dibunuh secara kejam dan sistematik di Donji Potočari, pinggir Srebrenica. Jelaslah betapa PBB sebenarnya bukan sekadar gagal membela umat Islam, bahkan hakikatnya tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk memberikan perlindungan! Sungguh malang apabila masih ada segelintir Muslimin yang menaruh harapan pada PBB meskipun sudah berulang-kali badan kufur tersebut mengkhianati umat Islam.

3)    Pembelaan hanya dapat dicapai di bawah naungan Khilafah – Sedarlah wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Barat tidak pernah sesekali berkeinginan untuk membela umat Islam melainkan jika terdapat agenda yang tersembunyi. Sekiranya ada campur-tangan daripada Barat sekalipun, hakikatnya tindakan tersebut dilaksanakan hanyalah demi menjamin kepentingan mereka dalam percaturan politik dunia. Sikap ‘double standard’ Barat dalam menghadapi konflik-konflik yang melanda dunia Islam adalah ibarat matahari di siang hari, yang orang buta sekalipun dapat melihatnya dengan jelas.

Tidak ada seorang pun pemimpin dunia Islam pada hari ini yang boleh diharap untuk membantu umat Islam, malah sebahagian mereka bersekongkol pula dengan Barat untuk membantai umat Islam. Umat Islam sewajarnya mengambil ibrah (pengajaran) daripada sejarah generasi terdahulu, di saat Khalifah al-Mu’tasim Billah menghantar ketumbukan tentera ke kota Ammuriah bagi memelihara maruah seorang Muslimah yang dicabul kehormatannya oleh puak kuffar. Sesungguhnya, kita memerlukan seorang al-Mu’tasim Billah yang baru, yang berani, ikhlas serta sayangkan umat Islam, untuk menghimpun segenap upaya yang ada bagi mengajar Barat sekali gus menamatkan segala bentuk penindasan yang menimpa umat Islam pada hari ini. Khalifah seperti inilah yang akan mengerahkan ketumbukan tentera bagi melenyapkan kebiadaban musuh-musuh Islam dan seterusnya mengambil alih kepimpinan dunia dan menerapkan hukum Allah di mana sahaja penjuru bumi yang dipijaknya. Sudah tiba masanya untuk kita bingkas bangun dan bergerak bersama-sama Hizbut Tahrir ke arah mengembalikan semula izzah (kemuliaan) Islam melalui penegakan semula khilafah Rasyidah ala manhaj nubuwwah.

Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai di mana orang-orang berperang dan berlindung di belakangnya” [HR Muslim].

Sumber:

[1] http://www.bbc.com/news/uk-33404175

[2] http://www.aljazeera.com/news/2015/07/russia-vetoes-genocide-resolution-srebrenica-150708150057291.html

[3] http://content.time.com/time/magazine/article/0,9171,901020429-232505,00.html