SERUAN MYANMAR: Pembantaian Muslim Rohingya Di Myanmar Perlu Diselesaikan Dengan Penegakkan Negara Khilafah
HTM menyeru umat Islam bahawa satu-satunya solusi yang benar yang perlu disegerakan adalah umat Islam perlu bangkit bersatu dan berjuang mendirikan kembali negara Islam iaitu Khilafah. Umat yang menyertai termasuk warga Rohingya menyahut seruan takbir tanda menyokong perjuangan Hizbut Tahrir. Hanya dengan negara Islam Khilafah sahajalah nasib umat Islam. Ia adalah fakta yang tidak dapat dinafikan dalam catatan sejarah bahawa para khalifah umat Islam sentiasa melakukan pembelaan yang sebenar di bawah bendera Khilafah. Seruan diakhiri dengan bacaan doa agar Allah SWT segera memberi kemenangan kepada perjuangan menegakkan Khilafah. HTM juga memohon kepada Allah agar memberi hidayah serta membantu para ahlul quwwah (pemegang kekuatan) untuk memberi nusrah (bantuan) kepada Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah. Semoga para ahlul quwwah khususnya para mujahidin yang berjuang di Syiria umumnya tentera di mana-mana negara muslim diberi keyakinan dan keupayaan untuk memberi nusrah agar Khilafah Islamiyah segera tertegak di bumi Syam atau dimana-mana negara yang dikehendaki Allah.