Gaza: HTM serah memo, seru ATM berjihad

KUALA LUMPUR 18 Julai – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) sekali lagi menggegarkan Kementerian Pertahanan apabila lebih 200 anggota dan penyokong parti politik Islam itu berhimpun di pintu pagar kementerian tersebut dan menyeru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar segera berjihad di Gaza.

Perhimpunan bermula di Masjid Khalid al-Walid sebaik sahaja selesai solat Jumaat dengan Ustaz Umar Hussein menyeru agar seluruh jemaah, khususnya anggota tentera yang ada di situ agar sedar akan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing untuk membantu Gaza.

Umar yang juga pimpinan pusat HTM menegaskan secara khusus kepada para anggota tentera yang sedang mendengar seruan tersebut bahawa kewajipan mereka saat ini adalah untuk berjihad melawan Israel sekali gus membantu saudara-saudara kita di Gaza dari terus dibunuh oleh Yahudi Zionis laknatullah. Ucapan Umar diselang-selikan dengan laungan takbir yang penuh bersemangat dari peserta demonstrasi.

Demonstran kemudian bergerak dari masjid Khalid al-Walid menuju Kementerian Pertahanan (Kementah) yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari situ dan di sepanjang perarakan, laungan takbir bergema memecah ruang udara kawasan utama ketenteraan di Malaysia itu.

Setiba di  Kementah, pagar utama terus ditutup oleh ATM dan Ustaz Abdul Hakim Othman meminta untuk bertemu dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atau wakilnya bagi menyerahkan memorandum. Anggota yang bertugas di pondok kawalan meminta supaya menunggu sebentar sementara pegawai yang berkenaan akan tiba menerima memorandum tersebut.

Tatkala menunggu kedatangan pegawai yang berkenaan, Ustaz Hakim yang juga Jurucakap HTM menyampaikan seruan dengan tegas menyeru ATM berjihad di Gaza kerana itulah tugas utama tentera yakni berjhihad fi sabilillah dan inilah masanya yakni di saat umat Islam sedang dibantai oleh Zionis laknatullah.

Setelah 15 minit seruan yang penuh semangat dan emosi dibacakan oleh Hakim, ternyata tidak ada seorang pun pegawai yang datang untuk menerima memorandum yang ingin diserahkan. Akhirnya HTM membuat keputusan untuk menyerahkan sahaja kepada anggota yang bertugas di pondok pengawal untuk disampaikan kepada Panglima ATM. Hakim dalam ucapannya selepas itu melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh ATM yang tidak menghantar seorang pegawai pun untuk menerima memo tersebut walhal pada awalnya diberitahu bahawa pegawai mereka sedang dalam perjalanan untuk menerimanya.

Perhimpunan aman tersebut berakhir dengan bacaan doa memohon kepada Allah agar menghancurkan Yahudi Zionis laknatullah.

Semoga Allah SWT membuka pintu hati pasukan ATM dan lain-lain tentera kaum Muslimin untuk segera berjihad di Gaza dan menyelamatkan saudara-saudara kita yang sedang dilanyak di sana, seterusnya membebaskan tanah Palestin yang diberkati itu.

Hizbut Tahrir berjuang sejak tahun 1953 untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah yang Insya Allah apabila tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi, sang Khalifah akan segera mengisytiharkan jihad demi membebaskan bumi Palestin yang kita cintai dan juga lain-lain tanah umat Islam yang berada di bawah dominasi puak kuffar.

 
{gallery}aktiviti-htm/GAZA_HTM_SERAH_MEMO_SERU_ATM_BERJIHAD{/gallery}