Aids: Seorang mati setiap hari di Malaysia

Ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli Dewan Rakyat dari PKR, Timbalan Menteri Kesihatan nampaknya berbangga dengan “prestasi” yang dicapai melalui kaedah “harm reduction” (mengurangkan kemudaratan) bagi penyakit AIDS di Malaysia [klpos.com]. Hakikatnya, bilangan pengidap HIV dan AIDS bertambah setiap tahun, cuma kadar pertambahannya berubah-ubah dari tahun ke tahun.Sebagai gambaran, pada tahun 1997, bilangan pengidap HIV berkurangan jika dibandingkan dengan 1996. Namun begitu, sejak 1997 bilangannya meningkat secara mendadak sehingga memuncak pada tahun 2002.
Pada tahun 2006, bilangan pesakit AIDS menunjukan peningkatan semula , setelah agak stabil sekitar tahun 2002 hingga 2005 [unaids.org]. Penurunan kes pengidap HIV yang dilaporkan di antara tahun 2002 hingga 2006 mungkin disebabkan oleh perubahan teknik penagihan dadah sejak kebelakangan ini. Golongan penagih sudah tidak lagi mengunakan teknik suntikan tetapi mengunakan dadah jenis baru, tanpa melalui suntikan [pemadam.org.my]. Dadah terbaru (polydrug) ini hakikatnya lebih merbahaya kepada individu dan mendatangkan ancaman secara langsung kepada keluarga terdekat berbanding dadah tradisional.

Kaedah mengurangkan kemudaratan (harm reduction) tidak akan dapat meyelesaikan masalah HIV dan AIDS. Punca masalah ini adalah penerapan sistem sekular yang menjadi norma hidup masyarakat hari ini. Selagi sistem yang ada membiarkan manusia hidup tanpa panduan halal dan haram dan selagi zina dan  penagihan dadah tidak dilihat sebagai jenayah yang patut dihukum dengan hukum dari Allah SWT, selagi itulah isu ini tidak akan pernah selesai.