Akhbar Afrika Selatan Menerbitkan Kartun Penghinaan Ke Atas Nabi SAW
Akhbar Mail & Guardian telah menerbitkan sebuah lukisan humor yang telah dilukis semula oleh kartunis Afrika Selatan setelah mahkamah menolak permohonan kumpulan peguam Muslim yang memerintahkan supaya akhbar tersebut agar tidak menerbitkan kartun Nabi Muhammad itu. Kartun itu menggambarkan Nabi Muhammad dan mengatakan bahawa para pengikut Nabi Muhammad tidak memiliki rasa humor. Melukis gambar Nabi Muhammad adalah haram di dalam Islam. Pada tahun 2005, akhbar Denmark juga telah menerbitkan kartun Nabi Muhammad yang telah menimbulkan protes daripada umat Islam di seluruh dunia.
Badan Kehakiman Muslim Afrika Selatan (Muslim Judicial Council – MJC) mengatakan, pihaknya akan bertemu bagi membincangkan tentang kartun yang dianggap sangat menyakiti hati umat Islam. “Kartun Nabi itu nampaknya sengaja dibuat bertujuan memprovokasi penduduk Muslim Afrika Selatan menjelang Piala Dunia. Sedangkan kita semua menginginkan kedamaian dan ketenteraman sepanjang kejohanan itu,” kata Presiden MJC, Ihsaan Hendricks. Sekitar 80 peratus penduduk Afrika Selatan adalah Kristian, manakala 1.5 peratus adalah Muslim. Umat Islam mempunyai hubungan yang baik di dalam masyarakat Afrika Selatan. Radio 702 yang berpusat di Johannesburg melaporkan bahawa akhbar Mail & Guardian menyatakan bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas penerbitan kartun tersebut menjelang Piala Dunia.
Dilaporkan juga bahawa penerbitan kartun tersebut telah menimbulkan kemarahan kumpulan pelampau sehingga boleh menimbulkan gangguan di sepanjang kejohanan itu nanti. Seorang pengikut Al-Qaeda yang ditangkap di Iraq pada hari Isnin yang lalu mengatakan bahawa ia merasa terpanggil untuk menyerang pasukan Denmark dan Belanda di Piala Dunia disebabkan penghinaan yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad melalui penyebaran kartun seperti itu.
Demikianlah, ketiadaan Khilafah sebagai pelindung kaum Muslimin dan penjaga Islam telah membiarkan kaum kafir menghina Islam dan Nabinya. Pada waktu yang sama juga, para penguasa negeri-negeri kaum Muslimin hanya diam seribu bahasa. Sungguh sangat menyedihkan. Sudah tiba masanya kaum Muslimin kembali menegakkan semula Khilafah Rasyidah. Institusi inilah yang akan memberikan pengajaran penting bagi para penghina Nabi SAW.
Sumber: syabab.com