Benarkah Seri Perdana Rumah Rakyat?
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mengembalikan lokasi sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya kelmarin kerana beliau menganggap ia adalah Rumah Rakyat. Sejak lima tahun lalu, majlis yang sama diadakan di PWTC sepanjang pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bagi Najib yang segak dengan baju Melayu berwarna merah jambu, majlis itu mempunyai pengertian yang besar kerana ia kali pertama diadakan oleh beliau selaku Perdana Menteri. “Saya mengadakan rumah terbuka kali ini di Seri Perdana kerana ia Rumah Rakyat, dan pengunjung yang datang dapat berkenalan dengan ahli Kabinet lain, selain bersalaman dengan saya,” katanya. Menu majlis itu juga mencerminkan semangat 1Malaysia apabila meja-meja hidangan menyajikan sate, ketupat, lemang, thosai dengan kari dhal serta kuetiau goreng.
Sumber: Kosmo 21/09/09
Seri Perdana Rumah Rakyat! Bagaimana Dengan Minyak, Air, Elektrik , Highway? Itu lah Sebenarnya Milik Rakyat!!
Najib terus mempergula-gulakan rakyat di hari raya kali ini dengan menggunakan isu majlis raya beliau yang diadakan di Seri Perdana dengan menggatakan bahawa ia diadakan di Rumah Rakyat. Apakah benar bahawa Seri Perdana itu “Rumah Rakyat”? Jika ya, maka rakyat sudah pasti boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Apakah itu hakikatnya? Atau hanya sebagai halwa telinga?
Ah…Amat malang apabila perkara-perkara yang ditentukan oleh Islam sebagai milik rakyat seperti air, elektrik, minyak , highway dan yang seumpamanya telah dijadikan milik individu manakala rumah kediaman yang dalam pandangan Islam merupakan milik individu telah dikatakan sebagai milik rakyat. Lainlah jika masjid dikatakan sebagai milik umum, itu memang ada kebenarannya tapi bukannya rumah kediaman! Dalil al-Quran dan As- Sunnah mana pula yang digunakan oleh Najib?
Inilah kebingungan kapitalisme yang diterapkan oleh pemerintah kita hari ini. Dari info Seri Perdana di atas, bukankah kita dapat melihat bagaimana wang rakyat yang berjumlah RM4.15 juta terpaksa “dikorbankan” sebagai sewa tahunan untuk “Rumah Kediaman PM” yang bukan “Rumah Rakyat” sebenarnya? Bukankah ini bermakna bahawa rakyat Malaysia amat “pemurah” ? “Rumah Kediaman PM” pun rakyat yang membayarnya!
Wahai umat Islam! Apakah kamu akan terus termakan dengan “gula-gula” Kapitalisme ini?
Wahai umat Islam kamu hanya diraikan untuk 1 Hari di rumah yang dikatakan “Rumah Rakyat” tetapi hak kamu telah dan masih sedang dirompak sejak begitu lama! Amat malanglah rakyat yang hidup dalam dunia Kapitalisme ini…