Dampak Wabak Coronavirus Terhadap Harga Minyak Dan Ekonomi Global

[Berikut ialah sebahagian daripada terjemahan Soal-Jawab daripada Amir Hizbut Tahrir, Syeikh Atha’ Abu Ar-Rasytah berhubung isu Covid-19]

Pertumbuhan ekonomi global mengalami kelembapan (sebelum ini) walaupun dalam keadaan tanpa wabak. Lalu bagaimana pula kesan apabila tindakan-tindakan global mengarah kepada kuarantin atau pengasingan secara penuh mahupun sebahagian? Tindakan-tindakan ini akan melembapkan lagi ekonomi global jika pun tidak menyebabkan keruntuhannya:

Virus ini telah melumpuhkan pergerakan perdagangan global dan menyebabkan harga minyak telah turun secara drastik ke tahap yang sangat rendah. Ia telah menciptakan perang harga antara Rusia dan Arab Saudi kerana Rusia terpaksa meningkatkan pengeluaran minyaknya disebabkan ia sangat bergantung kepada minyak. Lalu Amerika menggerakkan Saudi untuk menaikkan pengeluaran minyak Saudi untuk menghadapi Rusia. Pada 19/3/2020 Presiden Amerika, Donald Trump mengugut Rusia dengan mengatakan bahawa, “dia akan campurtangan dalam perang harga yang terjadi antara Saudi dan Rusia pada waktu yang tepat” [Al-Hurra (Amerika) 19/3/2020].

Saudi terjun ke dalam perang melawan Rusia demi Amerika bagi merebut saham di pasaran setelah musnahnya kesepakatan antara Saudi-Rusia pada bulan ini, untuk mengehadkan pengeluaran minyak yang telah berlangsung selama tiga tahun. Kedua-dua negara mengeluarkan minyak mereka dengan maksimum di saat permintaan global menjunam minggu ini ke tahap yang paling rendah sejak 20 tahun, akibat penularan coronavirus. Harga minyak per barel telah turun ke USD 28.75 untuk kontrak berjangka minyak Brent. Rusia sedar hubungan Saudi dengan Amerika. Jurucakap perusahaan Rosneft, Mikhail Leontyev memberitahu Agensi Maklumat Rusia “semua kuantiti minyak yang dikurangkan ekoran sambungan beberapa kali perjanjian OPEC Plus, telah diimbangi secara penuh dan cepat di pasar global dengan minyak syal Amerika (Reuters 8/3/2020).

Meskipun demikian, mereka (Rusia) tidak dapat melakukan apa-apa dalam hal ini. Arab Saudi meningkatkan krisis dengan Rusia dengan membuat keputusan untuk tidak memperpanjangkan perjanjian sebelumnya (perjanjian untuk penurunan pengeluaran kepada 2.1 juta barel), sebaliknya Arab Saudi membuat keputusan untuk menaikkan pengeluaran (minyak telah kehilangan harga sehingga sepertiga nilainya pada hari Isnin lepas dalam kerugian harian terbesar sejak perang Teluk 1991. Demikianlah, kontrak berjangka minyak mentah Brent menurun 22% kepada USD 37.05 per barel, setelah sebelumnya turun 31% kepada USD 31.02 per barel, paras terendah sejak 12 Februari 2016 (Reuters 9/3/2020)]. Kemudian harga minyak untuk pelanggan-pelanggannya di Asia turun kepada USD 6! Hari ini Rusia sedang mencari jalan untuk kembali kepada perjanjian OPEC Plus dan mula menunjukkan fleksibilitinya untuk penurunan baru!

Begitulah, perekonomian global bergoncang sengit akibat penularan coronavirus dan harga minyak pun turut jatuh. Jika keadaan ini berterusan, maka perekonomian global berada di hujung tanduk.

2 Sya’ban 1441 H
26 Mac 2020 M

[Soaljawab asal yang penuh sila klik https://www.facebook.com/HT.AtaabuAlrashtah/photos/a.1705088409737176/2593156944263647/?type=3&theater]