Demokrasi haram diamalkan kerana ia adalah sebuah sistem bukan proses melantik pemimpin

GOMBAK, Kuala Lumpur4 April 2013. Perbezaan pendapat dikalangan umat Islam terutama gerakan Islam dalam menerima atau menolak Demokrasi adalah berpunca dari kesalahan dalam memahami realiti demokrasi. Hukum sesuatu perkara tergantung kepada manat (realitinya) perbezaan dalam memehami realiti akan menyebabkan hukum yang diambil berlainan. Ustaz Abdul Hakim Othman menjelaskan bahawa inilah punca utama mengapa umat Islam terutama garakan Islam masih berbeza dalam menetapkan hukum pengamalan Demokrasi.

Beliau yang juga Presiden Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) menegaskan bahawa Hizbut Tahrir berpendirian kuat bahawa demokrasi adalah sebuah sistem pemerintahan yang membenarkan manusia membuat hukum atau undang-undang negara. Ini jelas dari asas Demokrasi itu sendiri yang menjadikan al-siyadah li al-sya’bi (kedaulatan milik rakyat)iaitu menjadikan hak pembuatan hukum ada di tangan manusia, maka manusialah yang menetapkan halal dan haram sesuka hatinya. Malahan Abraham Lincoln ketua negara Demokrasi iaitu Amerika Syarikat mengambarkan Demokrasi sebagai “pemerintahan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat”.

Perkara yang terpenting adalah mencari definisi yang paling benar. Apabila kita menerima Demokrasi adalah sebuah sistem yang membenarkan manusia membuat undang-undang maka haramlah kita untuk menyertai Demokrasikerana manusia dilarang membuat hukum kerana solahiyyah membuat hukum hanyalah milik Allah SWT seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya,

“Sesungguhnya menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah” [TMQ al-An’am (6):57].

Inilah aspek utama mengapa sistem Demokrasi ini adalah haram.

Pihak yang membolehkan demokrasi pula memahami bahawa Demokrasi adalah proses melantik pemimpin iaitu melalui pilihanraya. Pemimpin yang dilantik boleh memilih untuk membuat hukum yang berasaskan Islam atau tidak. Ini adalah salah kerana pilihanraya bukan milik Demokrasi, ia hanyalah alat untuk melantik wakil rakyat yang kemudiannya menjalankan sistem Demokrasi yang aktiviti utama wakil rakyat ini di daalam parlimen adalah memuhasabah dan membuat undang-undang. Memuhasabah dibolehkan manakala membuat undang-undang adalah diharamkan oleh Allah SWT. Hukum Islam telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, ia tidak boleh dibawa untuk diundi di dalam parlimen kemudian diterima oleh ditolak oleh ahli dewan.

Ustaz Abdul Hakim memberikan penjelasan ini ketika dijemput untuk menyertai sebuah forum yang bertajuk Demokrasi Syar’ie atau Tidak? Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Forum telah dianjurkan oleh  Persatuan Ilmu Wahyu and Warisan Islam, UIAM. Ahli panel yang dijemput adalah Ustaz Hakim Othman yang juga adalah Presiden Hizbut Tahrir Malaysia dan Ustaz Muhamad Zuhaili Saiman seorang penulis buku yang juga  AJK Ikatan Lepasan Siswazah Mesir. Forum telah dipengerusikan oleh Mohd Izzuddin Nazaruddin, pelajar Sains Politik, UIAM.

Apabila ditanya bagaimana Hizbut Tahrir akan mendapatkan mandat sosial dalam situasi politik sekarang ini, Ustaz Abdul Hakim menjelaskan bahawa dakwah Hizbut Tahrir menggunakan tariqah dakwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Manakala apabila di tanya adakah dakwah Hizbut Tahrir akan diterima oleh bukan Islam. Ustaz Abdul Hakim menegaskan bahawa Hizbut Tahrir menyeru kepada Islam. Manusia sekarang khususnya umat Islam menderita di bawah sistem Demokrasi. Beliau mengambil contoh gejala rogol yang sangat berleluasa di India, negara Demokrasi terbesar di dunia. Sistem Islam terbukti mensejahterakan manusia antaranya dengan memberikan pendidikan dan kesihatan percuma. Bukan Islam malah semua manusia yang waras tidak akan menolak perkara ini.

Umat Islam sekarang ini diberi pilihan untuk mengambil Islam atau Demokrasi. Adakah kita akan mengambil Demokrasi dan meninggalkan Islam. Islam telah menunjukkan sebuah sistem yang sempurna, adakah kita masih lagi ingin menggambil sistem Demokrasi yang banyak kecacatannya yang terhasil dari hawa nafsu manusia yang kemudian menggunakan akal kita untuk menjustifikasikan Demokrasi sebagai selari dengan Islam.

Semoga apa yang diperbincangkan akan menyumbang kearah dakwah kepada Islam dengan mengembalikan kehidupan Islam di atas wadah daulah Khilafah, yang telah mempunyai rekod sejarah yang cemerlang selama lebih 1,400 tahun, sebelum diruntuhkan pada tahun 1924.