Demokrasi Memang Sitem Yang Gagal dan Menggagalkan!
KOTA KINABALU 15 Feb. – Tindakan 50 ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menggagalkan amalan sistem demokrasi dan Perlembagaan negara-negara Komanwel.
Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai perkembangan tidak sihat, Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah tersebut jelas tidak menghormati Perlembagaan negara.
”Apa akan jadi jika berlaku jenayah di Australia, ahli Parlimen kita minta supaya dakwaan digugurkan. Sudah tentu akan ada ahli Parlimen mereka (Australia) akan tersinggung.
”Oleh itu, mereka perlu mengkaji secara mendalam dahulu sebelum mengemukakan kenyataan atau desakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbukaTahun Baru Cina, MCA Sabah dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini.
Sumber : Utusan Malaysia, 16/02/2010
Demokrasi Memang Sitem Yang Gagal dan Menggagalkan!
Sudah terang lagi bersuluh. Demokrasi yang asalnya dari akal manusia pasti tidak mampu untuk mengatur urusan manusia. Tindakan bantahan oleh 50 orang ahli parlimen Australia terhadap perbicaraan tuduhan liwat oleh bekas Timabalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebahagian daripada kerosakan sistem ini. Bukankah tindakan ini merupakan bukti bahawa dengan mengamalkan demokrasi, asas untuk penentuan benar (haq)dan salah (batil), baik (khair) dan buruk (syar), terpuji (hasan) dan tercela (qabih), semuanya adalah berlandaskan akal semata- mata dan bukannya daripada wahyu Allah? Dalam Islam, semuanya hendaklah berasaskan ajaran Islam yang benar dan bukan selain itu. Segala pengaturan masalah, tidak kiralah yang menyangkut hubungan antara rakyat dengan rakyat dan pertikaian antara rakyat dengan pemimpin, semuanya ada pengaturannya di dalam Islam. Allah berfirman :
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].
Itu dari satu aspek. Dari aspek hubungan luar negeri pula, kita dapat melihat betapa mudahnya puak kuffar cuba untuk campurtangan dalam urusan dalaman negeri kaum Muslimin seperti Malaysia yang serba serbi lemah ini. Bukan hanya lemah dari segi tsaqafah Islam yang dikuasai oleh rakyatnya, sains dan teknologi, ketenteraan, malah para pemimpin kaum Muslimin turut lemah dalam pendirian bila berhadapan dengan kaum kuffar. Inilah kesannya sekiranya kita masih berpegang teguh dengan sistem yang rosak dan pemimpin yang khianat dalam menegakkan hukum Allah ke atas rakyatnya. Allah telah berfirman dalam Al Quran :
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. [TMQ Surah al-Baqarah (2): 208].
Allah turut berfirman:
“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].
“…dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].
“…dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].
“…dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].
Sedarlah bahawa sistem yang mengatur urusan kaum Muslimin sekarang ini bukanlah sistem yang benar malahan merupaka sistem jahiliyyah yang cuba dipertahankan oleh kuffar Barat serta pemimpin kaum Muslimin yang khianat. Sistem Islam, iaitu sistem Khilafah merupakan sistem yang benar daripada Allah, yang sepatutnya diperjuangkan dan diterapkan atas seluruh pelusuk dunia ini. Dengannya, semoga rahmat Allah akan menaungi sekalian alam.