Di sebalik pengunduran Amerika dari Afghanistan
Setelah Presiden Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pengunduran tentera AS dari Afghanistan pada 8hb Julai 2021 dan akan selesai sepenuhnya pada 31hb Ogos 2021, ia kelihatan memberi kelebihan kepada para pejuang Taliban untuk kembali menguasai pos-pos kawalan sempadan dan kawasan strategik yang sebelum ini dikawal oleh tentera-tentera AS. Ia juga kelihatan telah mencetuskan suasana cemas dalam kalangan pemimpin kerajaan Afghanistan. Justeru, pada 17hb Julai 2021 yang lalu telah diadakan rundingan meja bulat antara kedua-dua pihak seperti mana diumumkan di Qatar.
Sebenarnya, ketika AS mula merancang secara serius untuk mengundurkan tenteranya dari Afghanistan, sejak akhir 2010 dan awal 2011, rundingan awal telah pun diadakan dengan para pemimpin kanan Taliban dengan Pakistan sebagai negara perantara. AS telah menunjukkan sikap tolak ansurnya kepada Taliban sehinggalah pada tahun 2014 yang melibatkan pertukaran tahanan. Lima tahanan Taliban telah dibebaskan dari penjara Teluk Guantanamo sebagai tukaran pembebasan seorang warganegara AS, iaitu Beaudry Swasta Robert “Bowe” Bergdahl yang ditawan oleh Taliban. Sikap tolak ansur AS ini dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa siri perbincangan yang berikutnya.
Sikap tolak ansur AS ini sebenarnya membuktikan bahawa ia sememangnya telah gagal dalam membendung penentangan yang dilancarkan oleh para pejuang Taliban. Walaupun begitu mereka pasti akan terus mengekalkan kepentingan di Afghanistan dengan wujudnya 18,000 kontraktor dari pelbagai sektor seperti perlombongan, pembinaan dan keselamatan sejak Januari 2021, ini termasuklah kontraktor yang dilantik oleh Pentagon sendiri.
Dasar penswastaan keselamatan di kawasan konflik telah pun digunapakai oleh Pentagon sejak konflik di Iraq dengan kaedah pemberian kontrak kepada sumber luar (outsource). Berbilion-bilion USD telah diperuntukkan kepada syarikat-syarikat keselamatan yang dilantik pentagon untuk menjaga kepentingan AS di Afghanistan. Namun, apa yang jelas adalah Joe Biden menjadi semakin popular dengan ‘menamatkan’ perang AS-Afghanistan dan kepulangan tentera-tentera AS ke pangkuan keluarga mereka sudah tentu akan menaikkan lagi reputasi pentadbirannya.
Di samping menswastakan elemen-elemen keselamatan di Afghanistan, AS juga akan memastikan bahawa Projek TAPI iaitu projek saluran minyak dan gas (Turkmenistan-Afghanistan-Pakistan-India) yang bernilai USD10 bilion akan terus dipertahankan kerana ia akan menyekat pengaruh monopoli China dan Russia terhadap bahan mentah itu yang terdapat di pesisir Laut Caspian wilayah Turkmenistan.
Pengunduran AS dari Afghanistan ini juga bakal menggugat China kerana ia sudah pasti akan menyebabkan pelaburan syarikat-syarikat China di Afghanistan terancam dengan ketidakstabilan yang diwujudkan daripada pengunduran ini. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying. Menurutnya, pengunduran tentera AS akan pasti menyebabkan serangan bom berlaku dan akan menjadikan ramai rakyat Afghanistan terkorban.
Sungguh aneh dengan kenyataan ini kerana mengetahui bahawa kedatangan China ke Afghanistan adalah semata-mata untuk mengaut kekayaan bumi Afghanistan dan tiada kena mengena dengan keselamatan rakyat Afghanistan. Walaupun ia adalah kesempatan untuk China mendapatkan lebih banyak peluang, namun ia akan meningkatkan kos penyelenggaraan dan upah keselamatan yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Di samping itu, keputusan Turki untuk turut serta menjaga kepentingan AS di Afghanistan menzahirkan lagi hubungan baik Erdogan dengan musuh Islam itu, dan betapa ia menjaga dan tunduk kepada tuannya. Sekarang Turki ingin menggerakkan tenteranya ke Afghanistan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa untuk melindungi umat Islam di Palestin yang diserang oleh rejim Yahudi. Apa yang jelas, dengan pengunduran AS ini sebenarnya adalah helah untuk mengaburi apakah yang sedang berlaku di sebaliknya, yakni kekalahan mereka yang sungguh memalukan di bumi Afghanistan. Apa pun, apabila Amerika keluar Afghanistan melalui pintu depan, ia masuk melalui pintu belakang yang dijaga dan disokong oleh sekutu-sekutunya iaitu Pakistan, Turki, dan Iran. Hal ini yang seharusnya disedari oleh Taliban dan umat Islam!
Kesimpulannya, wilayah Afghanistan akan terus menjadi tumpuan negara-negara kuasa besar untuk terus melakukan percaturan mereka di wilayah tersebut, dan mereka berjaya melakukannya kerana adanya pengkhianatan daripada pemimpin kaum Muslimin itu sendiri. Pemimpin kaum Muslimin ini tidak menjadikan pengunduran tentera AS sebagai peluang untuk bersatu dan mendirikan sebuah Negara Islam, kerana ternyata AS telah kalah dalam peperangannya di Afghanistan, sebaliknya mereka meneruskan khidmat dan ketundukan mereka kepada negara kafir penjajah itu.
فَمَاذَا بَعْدَ ٱلْحَقِّ إِلَّا ٱلضَّلَٰلُ ۖ
“…Maka setelah nyata kebenaran itu, bukankah yang lain itu hanya kesesatan?” [TMQ Yunus (10): 32].
Hanya dengan memutuskan segala hubungan dengan Amerika, dan memerangi negara kafir itu sampai mereka berkubur, lalu mendirikan sebuah Negara Islam (Khilafah), hal ini sahajalah yang akan dapat menyelamatkan Taliban, Afghanistan, rakyatnya dan seluruh umat Islam daripada cengkaman musuh Allah, musuh Rasul-Nya, dan musuh kaum Mukminin.
Wallahu a’lam.