Dialog Negara Islam di Ipoh cetus semangat
Antara soalan yg dilontarkan adalah berkenaan bagaimana cara Hizbut Tahrir menegakkan Khilafah, kenapa Hizbut Tahrir tidak memasuki pilihan raya di dalam sistem demokrasi sekarang, tuduhan-tuduhan terhadap Hizbut Tahrir yang dikatakan bersekongkol dengan kerajaan BN, lebih banyak mengkritik parti Islam berbanding pemerintah dan banyak lagi. Kesemua soalan dijawab dengan tuntas oleh ahli panel sekali gus membersihkan tanggapan-tanggapan negatif yang dilontarkan oleh sesetengah pihak kepada Hizbut Tahrir.
Selain dihangatkan dengan soalan, Dialog kali ini juga turut dihangatkan dengan komen-komen yang diberikan oleh peserta tentang perbandingan perjuangan Hizbut Tahrir dengan parti-parti Islam yang lain yang dilihat sudah tersasar dari jalan yang lurus. Setelah menjelaskan kewajipan umat Islam untuk menegakkan Khilafah dan metodologi Hizbut Tahrir yang berjuang untuk menegakkannya dengan mengikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, Abdul Hakim yang juga Presiden HTM meminta kesemua peserta agar menilai sendiri perjuangan setiap parti Islam di dalam menegakkan Negara Islam dan seterusnya memilih parti dengan perjuangan yang benar sebagaimana dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.
Di akhir program, kedua-dua ahli panel menyeru para hadhirin dan hadhirat agar bersama-sama dengan Hizbut Tahrir di dalam perjuangan global mendirikan Khilafah yang akan menyatukan umat Islam di bawah satu pemimpin, satu pemerintahan dan di satu bendera.
Daripada borang kaji selidik yang diisi dan diserahkan oleh para peserta dan juga temu ramah yang dilakukan terhadap beberapa orang peserta di akhir Dialog ini, rata-rata peserta menunjukkan persetujuan, sokongan, semangat dan keyakinan mereka bahawa perjuangan untuk menegakkan Khilafah ini adalah perjuangan yang benar dan akan pasti membawa kejayaan. Beberapa orang peserta yang hadir juga terus menyatakan hasrat mereka untuk bersama-sama dengan Hizbut Tahrir di dalam menegakkan semula Daulah Khilafah.