Erdogan dan Davutoglu Adalah Pengkhianat Yang Pandai Bermain Kata-kata

Menteri Luar Negeri Turki, Davutoglu ketika memberi respon berkenaan serangan bom berkembar yang berlaku pada hari Sabtu lalu di sempadan Syria mengatakan bahawa masyarakat dunia hanya mampu berdiam diri manakala PBB sebagai badan keamanan dunia pula gagal untuk bertindak,” katanya ketika melakukan kunjungan ke Berlin. [1]

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pula menegaskan bahawa Ankara akan terus mengekalkan pendirian untuk berkecuali, walaupun berlaku dua serangan bom kereta di wilayahnya yang menyaksikan 48 orang maut di bandar Reyhanli dekat sempadan Syria, kelmarin. [2]

Inilah sikap dan wajah sebenar Turki yang dipimpin oleh penguasa sekular pada saat ini yang hanya mengharapkan PBB untuk ‘mengatasi’ masalah yang menimpa ke atas saudara seakidah mereka di Syria. Padahal Turki yang pernah menjadi pusat pemerintahan Daulah Uthmaniyyah pada satu ketika dahulu telah mencatatkan kegemilangan melalui tinta emasnya dalam sejarah peradaban dunia.

Penaklukkan Konstantinopel oleh Khilafah Utsmaniyah pada tahun 1453 telah mengukir sejarah agung bagi peradaban Islam sekaligus kegemilangan umat Islam secara keseluruhannya yang mana pada ketika itu Konstantinopel adalah pusat kuasa besar Rom di Eropah Tenggara dan Mediteranian Timur. Khilafah ini juga banyak menempa kejayaan di bawah beberapa sultan. Antaranya Sultan Selim I (1512-1520), beliau telah memperluaskan wilayah kekhilafahan dengan mengalahkan Shah Dinasti Safavi dari Parsi iaitu Ismail I dalam Perang Chaldiran. Selim I juga telah memperluaskan kekuasaan Khilafah sampai ke Mesir dan menempatkan kapal-kapal kesultanan di Laut Merah.

Di sebelah timur pula, Khilafah Utsmaniyah berjaya menakluki Baghdad daripada empayar Parsi pada tahun 1535 sehingga berjaya menguasai wilayah Mesopotamia dan Teluk Parsi.

Di bawah pemerintahan Selim dan Suleiman, angkatan tentera laut Khilafah Utsmaniyah menjadi kuasa tentera yang luar biasa sehingga menguasai sebahagian besar Laut Mediteranian. Beberapa kemenangan besar lain adalah meliputi penaklukkan Tunisia dan Aljazair (Algeria) daripada Sepanyol. Penaklukkan terakhir berlaku atas nama Perancis sebagai pasukan gabungan antara Raja François I dan Hayreddin Barbarossa, ketua panglima angkatan laut Turki pada ketika itu. [3]

Ini hanya merupakan antara secebis catatan sejarah gemilang yang pernah diukir oleh umat Islam yang dipimpin oleh Khilafah Uthmaniyyah pada waktu itu. Namun, berbeza dengan Turki pada hari ini yang dipimpin oleh penguasa beserta sistemnya yang sekular yang telah mencalit tinta hitam ke dalam sejarah umat Islam. Mereka bukan sahaja menjadi pengecut dengan langsung tidak membela umat Islam yang ditindas dan dibunuh di negara-negara bersebelahan mereka seperti di Syria, Lubnan dan Plaestin, apatah lagi negara-negara umat Islam yang lain seperti  Afghanistan, Iraq, Bangladesh, Selatan Thai dan seluruh bumi umat Islam yang lain yang sedang dicengkam dengan pelbagai bentuk penderitaan dan kesengsaraan.  Malah lebih buruk lagi, mereka telah  melakukan pelbagai siri pengkhianatan terhadap umat Islam dengan setia bersekongkol dengan negara-negara kufur yang secara jelas memerangi Islam seperti Amerika, Britain dan Israel. Masihkah umat Islam ingin terus bergantung harap kepada pemimpin dan sistem yang telah jelas membinasakan mereka ini?

[1] http://www.eramuslim.com/berita/dunia-islam/menlu-turki-dunia-bisu-atas-konflik-suriah.htm#.UZHPT9jm5dg
[2] http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130514/lu_03/Turki-tidak-akan-campur-tangan
[3] http://id.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Utsmaniyah