HTM lancar segmen Soalan Lazim (FAQ) di laman sesawangnya

Alhamdulillah Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah melancarkan satu segmen baru dalam laman sesawangnya iaitu Soalan Lazim (FAQ) bagi menjawab pelbagai persoalan yang sering dikemukakan kepada HTM selama ini.

Walaupun banyak persoalan kepada HTM sebenarnya telah sering dijawab melalui pelbagai penulisan, seminar, forum, video, fb live atau melalui Jurucakap HTM selama ini, namun untuk memudahkan para pelawat dan pembaca laman sesawang HTM, kami telah melancarkan segmen baru ini.

Segmen ini juga dibuat bagi memudahkan proses tabayyun kepada siapa sahaja yang ikhlas ingin mengetahui jawapan atau pendirian kami dalam sesuatu isu. Walaupun jawapan yang diberikan agak ringkas, namun kami kemukakan juga dalam jawapan-jawapan tersebut pautan-pautan yang menyangkut persoalan yang berkenaan untuk bacaan lanjut bagi mereka yang berminat.

Namun demikian, kami tetap menyatakan bahawa proses tabayyun secara bersemuka adalah yang terbaik, khususnya bagi mereka yang ingin mencari kebenaran dan penjelasan yang menyeluruh daripada HTM tentang perkara-perkara yang berbangkit.

Insya Allah segmen ini akan dikemaskini daripada semasa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan kami dengan izin Allah (swt).

Segmen tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:

https://mykhilafah.com/soalan-lazim/