HTM Peringati 87 Tahun Kejatuhan Khilafah

Bukan sahaja di Masjid Negara Kuala Lumpur, malah HTM mengadakan seruan secara serentak di beberapa buah masjid di seluruh negara sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Pembicara dari HTM menyeru dan mengingatkan umat Islam bahawa genap 87 tahun yang lalu, umat Islam secara rasminya kehilangan Daulah Khilafah yang selama ini menyatukan mereka, lalu umat hidup dalam penuh penderitaan. Penderitaan umat Islam di seluruh dunia ini akhirnya menyebabkan mereka bangkit untuk menukar rejim sekular yang sedia ada, namun sayangnya terdapat campurtangan yang langsung dari imperialis Amerika dan Eropah bagi memastikan umat tidak bersatu di bawah Khilafah dan kekal di bawah pemerintahan kufur dengan hanya penggantian pemimpin, bukannya sistem.
HTM menyeru agar umat Islam sedar akan kejahatan Barat dan pengkhianatan pemimpin mereka sendiri yang ingin mempertahankan hegemoni dan kuasa masing-masing dengan mencampakkan Islam dari pemerintahan negara. Akhirnya, HTM mengajak seluruh kaum Muslimin agar segera bangkit, berjuang dan bergabung bersama-sama dengan Hizbut Tahrir di seuruh dunia untuk menegakkan semula Daulah Khilafah demi menyatukan kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan dan satu bendera. Kaum Muslimin juga diseru agar menyokong dan membantu perjuangan menegakkan Daulah Khilafah kerana ia adalah sebuah kewajipan yang tidak ada galang gantinya.



Masjid Negara, KL
Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi
Masjid Ar-Rahman, Kg. Sg. Tapah, Manjoi, Ipoh, Perak DR
Masjid Kampung Ceng, Melaka
Masjid Jamek At-Takwa, Tanjung Gading, Ledang, Johor
Masjid Tun Husein Onn, Larkin, JB
Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar, Perlis