HTM Serah Surat Bantahan Ke Kedutaan Bangladesh
Kedatangan delegasi HTM tidak disambut dengan baik oleh pihak kedutaan. Pihak polis yang bertugas di kedutaan pada waktu itu juga enggan membenarkan delegasi HTM dari memasuki pagar pada awalnya, malah selepas itu lebih ramai anggota polis telah dikerahkan untuk datang. Setelah lebih setengah jam menunggu sambil berunding, akhirnya pihak polis memberi kerjasama dan wakil kedutaan juga turun untuk menerima surat bantahan tersebut.
Sebelum penyerahan dilakukan, Sdr Firdaus telah membacakan isi kandungan surat bantahan yang telah didengar dengan penuh minat oleh sebahagian umat Islam Bangladesh yang agak ramai berurusan di kedutaan tersebut. Anggota polis yang ditugaskan juga turut tidak ketinggalan mendengar mesej yang disampaikan.
Sebelum para pemuda HTM beredar dari kawasan kedutaan, Ust Isa Abdullah telah membacakan doa bagi memohon kepada Allah SWT agar para pendakwah yang ditahan dan diseksa oleh pihak berkuasa Bangladesh tetap terus istiqamah bersabar dengan ujian yang menimpa mereka dan semoga kekuasaan Islam iaitu Khilafah segera tertegak bagi mengakhiri kebiadaban para rejim sekular umat Islam yang sedang rakus menzalimi rakyatnya sendiri.
HTM dengan ini menyampaikan mesej dan ingin mengingatkan Sheikh Hasina dengan firman Allah SWT,
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cobaan kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar” [TMQ al-Buruj 85: 8-10].
Berikut adalah surat dari Hizbut Tahrir Bangladesh tentang penyeksaan yang berlaku ke atas para pemuda Hizbut Tahrir di penjara Bangladesh:
Surat bantahan berkenaan penahanan aktivis Hizbut Tahrir di Bangladesh oleh regim Hasina, Klik