HTM seru hayati maulid dengan tegakkan syariah dan Khilafah

Pada hari Jumaat 17 Januari lepas, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) sekali lagi telah melakukan seruan secara serentak di beberapa masjid terpilih di seluruh negara bagi mengingatkan umat Islam tentang cara yang benar menghayati maulid Nabi SAW.

Seruan selepas solat Jumaat itu dibacakan oleh syabab (pemuda) HTM berserta dengan kibaran liwa’ dan rayah di samping beberapa sepanduk yang mengandungi mesej yang ingin disampaikan. HTM menekankan betapa perlunya umat Islam berjuang menegakkan syariah dan Khilafah, bukan sekadar sebagai sebuah kewajipan, malah inilah bukti kita mencintai Nabi SAW yakni dengan berjuang menegakkan agama Allah dan seterusnya mendirikan Daulah Isamiyyah, sebagaimana Rasulullah SAW dahulu berjuang sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah.

Inilah cara yang benar di dalam menghayati maulid Nabi SAW yakni dengan menghayati perjuangan baginda dan seterusnya mengikuti jejak langkah baginda di dalam setiap perkara, termasuklah di dalam urusan dakwah dan urusan politik bagi menegakkan Negara Islam demi menerapkan Kitabullah dan Sunah baginda di dalam kehidupan.
 

Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya

Masjid Pauh, Perlis

Muar, Johor

Ipoh, Perak

Bangi