Hukum kemuliaan rumah dan bolehkah pihak berkuasa memecah masuk ke rumah/premis seseorang tanpa izin?

memecah-masuk-premis-peribadi-1Soalan:

Seperti yang kita ketahui, rumah merupakan kemuliaan (kehormatan) bagi pemilik/penghuninya. Apakah konsekuensi dari kemuliaan (kehormatan) tersebut? Bagaimana pula hukumnya menodai kehormatan tersebut, seperti pihak berkuasa yang sering memecah masuk rumah/premis seseorang tanpa izin penghuninya atas alasan mencegah maksiat atau mencegah jenayah dan seumpamanya?

Jawapan:

Mengenai status kemuliaan rumah (hurmah al-bait), ia sebenarnya tidak ditarik dari sejumlah hukum, sebagaimana kes pemisahan antara lelaki dan wanita dalam kehidupan Islam. Ia juga tidak dinukil dari satu riwayat mahupun aktiviti sejumlah Sahabat dan kaum Muslimin yang lain, dengan seluruh rinciannya. Namun, kemuliaan (kehormatan) rumah ini merupakan hukum ke atas objek tertentu, yang dinyatakan oleh al-Quran dengan dalil yang qath’i. Kerana itu kemuliaan (kehormatan) rumah bagi pemiliknya ini merupakan hukum yang qath’i, baik dari aspek sumber mahupun maknanya.Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian memasuki rumah yang bukan rumah kalian sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagi kalian agar kalian (selalu) ingat” [Al-Nur (24):27].

Allah SWT melanjutkan:

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

“Jika kalian tidak menemui seorang pun di dalamnya, janganlah kalian masuk sebelum kalian mendapat izin. Jika dikatakan kepada kalian, “Kembalilah,” maka hendaklah kalian kembali. Itu lebih bersih bagi kalian. Allah Maha Tahu atas apa sahaja yang kalian kerjakan” [Al-Nur (24):28].

Kedua nas di atas merupakan dalil yang qath’i dari aspek sumbernya, kerana diambil dari al-Quran, juga dari segi maknanya, yang dengan tegas menyatakan kemulian (kehormatan) rumah bagi pemiliknya. Kerana itu, rumah tidak boleh dimasuki, kecuali dengan izin pemiliknya, baik pada waktu ingin memasuki itu, rumah tersebut ada penghuni di dalamnya mahupun tiada. Jadi, kemuliaan (kehormatan) rumah tersebut ditegaskan melalui larangan memasukinya, kecuali dengan izin.

memecah-masuk-premis-peribadi-2Dengan demikian, siapa sahaja yang memasuki rumah seseorang tanpa izin penghuni atau pemiliknya, dia sesungguhnya telah menodai kehormatan rumah tersebut dan telah melakukan keharaman. Ini kerana, telah ada larangan yang jelas untuk tidak menodai kehormatan rumah yang dinyatakan dengan tegas oleh dalil, baik dari aspek sumber mahupun maknanya.

Inilah hukum syarak tentang kehormatan rumah atau apa sahaja premis/tempat kediaman mahupun pejabat yakni haram untuk siapa sahaja memasukinya tanpa izin pemilik atau penghuninya. Sebab, status hukum tersebut berkaitan dengan rumah dan kemuliaannya. Memasuki rumah orang lain tanpa izin bermaksud menodai kehormatan (kemuliaan) rumah tersebut yang diharamkan oleh Islam. Dengan begitu, maksud menjaga kehormatan (kemuliaan) rumah, bererti tidak memasuki rumah orang lain, kecuali dengan izin.

Persoalannya, apakah ada pengecualian kepada hal ini, contohnya bolehkah sekumpulan pihak berkuasa memasuki rumah tanpa izin penghuninya atas alasan untuk mencegah maksiat yang disyaki berlaku dalam rumah tersebut? Apakah hal ini termasuk dalam menodai kehormatan (kemuliaan) rumah atau tidak? Begitu juga jika sekumpulan pihak perkuasa memecah masuk ke dalam rumah untuk mencari bahan bukti atau menangkap orang yang disyaki melakukan jenayah, apakah hal ini dibolehkan?

Untuk menjawab persoalan ini, penjelasannya boleh diambil dari ayat yang sama di atas. Perlu difahami bahawa meskipun ayat di atas melarang masuk ke rumah seseorang,  larangan “masuk” ini juga adalah mencakupi larangan untuk melakukan apa saja yang menjadi konsekuensi memasuki atau berada di rumah tersebut. Kerana itu, apa saja yang menjadi konsekuensi dari memasuki rumah atau berada di dalam rumah tersebut hukumnya sama dengan larangan memasuki rumah itu sendiri. Sebab, hukum haramnya memasuki rumah tidak hanya bermaksud keharaman memasukinya sahaja, tetapi termasuk keharaman melakukan apa saja di dalam rumah tersebut seperti menggeledah dan mengambil/merampas barang pemiliknya, memakan makanan yang ada di dalam rumah, menangkap, memukul atau menyeksa penghuninya dan sebagainya. Ini semua termasuk dalam kategori menodai kehormatan (kemuliaan) rumah tersebut yang mana hukumnya adalah haram. Kesimpulan ini diambil dari manthuq dan dari dalalah iltizam dua ayat di atas.

memecah-masuk-premis-peribadi-3

Persoalan seterusnya, apakah izin tersebut harus dari ketua rumah tangga ataukah cukup izin dari penghuninya atau izin yang dimaksud adalah izin dari Pembuat syariah (Allah SWT)?

Jawapannya, ayat tersebut berbentuk mutlak. Ayat tersebut menyatakan “hatta tasta’nisu” (hingga kalian meminta izin) dan “hatta yu’dzana lakum” (hingga kalian diberi izin). Dari kata “izn” tersebut, dapat difahami, bahawa“hatta yu’dzana lakum” ini dinyatakan dalam bentuk majhul, tanpa menyebutkan siapakah pemberi izin. Dari sini boleh disimpulkan bahawa siapa sahaja yang mempunyai solahiyah(autoriti) untuk mengizinkan masuk ke rumah, maka izinnya cukup bagi membolehkan orang lain untuk memasuki rumah tersebut. Apakah orang yang memberi izin tersebut ketua rumah tangga atau salah seorang penghuninya, selama dia berakal (waras) dan mumayyiz, asalkan dia termasuk penghuni yang mempunyaisolahiyah untuk memberi izin. Sebab, izin ini hanya diakui sebagai izin jika diberikan oleh orang yang mempunyai solahiyah untuk memberi izin tersebut. Inilah pemahaman literal dari konteks “izin masuk”.

Adapun pemahaman secara literal tentang konsekuensi memasuki rumah, maka harus diteliti terlebih dulu:

(1)  Jika aktiviti di dalam rumah tersebut merupakan konsekuensi dari izin tersebut, seperti kebolehan untuk duduk, makan atau tidur di dalamnya, maka izin memasuki rumah tersebut sekaligus menjadi izin untuk duduk, makan dan tidur di dalamnya.

(2)  Jika aktiviti tersebut bukan merupakan konsekuensi dari izin tersebut, seperti melakukan penggeledahan, rampasan barang, makan, minum, tidur atau yang lain, maka izin memasuki rumah tersebut bukan merupakan izin untuk melakukan penggeledahan, rampasan, makan, minum dan tidur di dalamnya.

Dalam konteks yang kedua ini, selain izin yang diberikan oleh pemilik atau penghuni rumah (jika diberikan), maka diperlukan adanya izin dari Pembuat syariah (Allah SWT) sehingga pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dalam rumah tersebut. Izin dari penghuni rumah (jika ada) untuk memasuki rumahnya tidak cukup bagi seseorang menyatakan bahawa dia berhak menggeledah rumahnya atau merampas hartanya. Apatah lagi aktiviti penggeledahan rumah ini merupakan aktiviti tajassus (memata-matai atau mencari kesalahan), iaitu melakukan tafahush al-akhbar (memeriksa dan menyiasat pelbagaiinformasi dan dokumen), yang jelas-jelas diharamkan oleh Al-Quran. Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus)” [TMQ al-Hujurat(49):12].

Kerana itu, negara atau pihak berkuasasama sekali tidak boleh (haram) masuk ke rumah rakyatnya tanpa izin dari pemilik atau penghuninya. Jika mereka diberi izin sekalipun, mereka tidak boleh menggeledah rumah tersebut, merampas barangan pemiliknya atau menangkap penghuninya atas kesalahan yang disyaki dilakukan. Pihak berkuasa tidak boleh melakukan tindakan apapun di dalamnya, meskipun adanya perintah dari negara atau atas alasan undang-undang negara membenarkan. Sebab, perintah atau undang-undang tidak sah kerana bertentangan dengan perintah Allah SWT. Dalam hal ini, perintah Allahlah yang wajib dilaksanakan, bukannya perintah/arahan negara, apatah lagi perintah negara tersebut jelas merupakan satu bentuk tajassus yang diharamkan oleh Allah SWT.

Satu-satunya pengecualian dalam hal ini (memasuki rumah tanpa izin) ialah jika wujud satu keadaan darurat (yang membahayakan atau menyebabkan kematian) yang membolehkan orang luar untuk memasuki rumah tersebut, seperti menyelamatkan penghuni rumah sewaktu rumah sedang terbakar, atau rumah tersebut sedang ditenggelami air (banjir), atau menolong orang sebatang kara yang sedang sakit di rumahnya untuk dibawa berubat atau tindakan-tindakan lain yang bertujuan untuk menghilangkan bahaya dari rumah tersebut yang tidak boleh dilakukan kecuali dengan memasuki rumah tersebut, walaupun tanpa izin.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda,

لاَضَرَرَوَلاَضِرَارَ

“Tidak boleh ada mudarat/bahaya dan tidak boleh ada yang membahayakan” [HR Ibn Majah, Ahmad, ad-Daraquthni]

Abu Said al-Khudzri ra. juga menuturkan bahawa Nabi saw. pernah bersabda,

لاَضَرَرَوَلاَضِرَارَمَنْضَارَّضَارَّهُاللهُوَمَنْشَاقَّشَقَّاللهُعَلَيْهِ

“Tidak boleh ada mudarat (bahaya) dan tidak boleh ada yang menimpakan bahaya. Siapa saja yang menimpakan kemudaratan nescaya Allah menimpakan kemudaratan atas dirinya dan siapa saja yang menyusahkan nescaya Allah akan menyusahkan dirinya” [HR al-Hakim, al-Baihaqi dan ad-Daraquthni].

Hadis tersebut menjelaskan tentang keadaan dharar (bahaya) yang mana setiap Muslim tidak boleh mewujudkannya dan mesti mencegahnya jika berlaku. Dharar adalah suatu yang wajib dihilangkan dari setiap Muslim. Kerana itu, menjadi kewajipan kepada setiap Muslim untuk menghilangkan dharar yang menimpa saudaranya, selagi mana ia mampu melakukannya.

memecah-masuk-premis-peribadi-4Mengenai alasan “menjaga keselamatan atau mencegah jenayah” atau “mensyaki adanya kesalahan yang sedang atau akan dilakukan”, sesungguhnya alasan ini langsung tidak boleh digunakan oleh negara atau pihak berkuasa untuk memasuki rumah orang lain tanpa izin, termasuklah menangkap orang yang ada di dalamnya atau merampas barangannya dengan cara yang salah. Keranasemua alasan itu sama sekali tidak boleh menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan yang halal.

Penting untuk dicatatkan bahawa hukum haram untuk orang luar memasuki rumah tanpa izin penghuni ini, bukanlah bermaksud bahawa si penghuni rumah boleh melakukan apa sahaja keharaman di dalam rumah mereka sesuka hati mereka. Melakukan kesalahan, baik di dalam mahupun di luar rumah merupakan satu keharaman dan wajib dihukum. Jika ia terlepas di dunia sekalipun, ia pasti tidak akan terlepas di akhirat. Cumanya, terdapat hukum ke atas kemuliaan rumah yang digariskan oleh Islam bahawa sesiapa pun orang luar, termasuk pihak berkuasa, tidak boleh melakukan tajassus dan tidak boleh memecah masuk rumah tersebut tanpa izin penghuninya.

Namun demikian, penting juga untuk dicatat di sini bahawa berapa ramai dari pihak berkuasa yang memecah masuk rumah dan merampas barang penghuni yang sebenarnya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jika mana-mana pihak berkuasa telah melakukan keharaman tersebut, maka ia wajib meminta maaf kepada penghuninya, bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT serta wajib memulangkan semula segala barangan yang telah dirampasnya. Jika tidak, ia sebenarnya telah melakukan maksiat dan dosa kerana telah menyalahgunakan kekuasaan yang ada padanya dan sudah pasti Allah SWT akan menghisab dan mengazabnya di akhirat kelak, di hari yang tidak ada seorang pun berkuasa pada hari itu, kecuali Dia.

Wallahu a’lam.