Hukum Terlibat dalam Pilihan Raya Penguasa yang Memerintah dengan Kekufuran

بسم الله الرحمن الرحيم

Siri Jawapan asy-Syeikh al-‘Alim Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah, Amir Hizbut Tahrir, atas Pertanyaan di Akaun Facebook Beliau, Kategori “Fiqh”

Kepada Mouadh Seif Elmi

[Terjemahan]

Pertanyaan:

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu.

Syeikhuna, saya ada pertanyaan: apakah benar bahawa para Sahabat yang berhijrah ke Habsyah turut berperang bersama Najasyi melawan musuhnya, dan mereka mengharapkan kemenangan Najasyi serta bergembira dengan kemenangannya? Ini kerana, peristiwa ini dijadikan dalil oleh sebahagian masyayikh di Tunisia atas bolehnya pilihan raya parlimen dan presiden, dan mereka menyeru agar memilih parti yang lebih kecil keburukannya. Saya ucapkan terima kasih.

Jawapan:

Wa ’alaikum salam wa rahmatullah wa barakatuhu.

Sebelum pergi kepada jawapan, perlu diperhatikan bahawa ketika seseorang mujtahid ingin membahas hukum syarak terhadap suatu masalah, maka dia terlebih dahulu perlu memahami waqi’ (fakta / realiti)nya, kemudian mencari dalil-dalilnya menerusi nas-nas syarak, kemudian barulah mengistinbath (menggali) hukum syarak untuk masalah tersebut, setelah menelaah segala dalil yang berkaitan dengannya…Dia tidak boleh menetapkan pandangannya (terlebih dahulu) dalam masalah tersebut, kemudian baru mencari dalil-dalil yang dari situ mungkin diistinbath pandangan yang menjadi pendapatnya. Ini kerana, apa yang dituntut secara syarie adalah berhukum kepada syarak, yakni mengambil hukum daripada dalil-dalil, bukan memberikan pendapat daripada diri mujtahid itu sendiri, kemudian setelah itu baru mencari dalil-dalil yang mendukung pendapatnya. Perbuatan seperti ini tidak mengikuti syarak, dan ia bukan mencari hukum syarak, akan tetapi mengikuti hawa nafsu…

Siapa pun yang menelaah pendapat-pendapat yang membolehkan penglibatan dalam sistem yang berhukum dengan hukum-hukum kufur, atau mereka yang membolehkan memilih penguasa dan wakil rakyat (anggota parlimen) di mana mereka memutuskan hukum atau memerintah dengan selain syariat Allah, atau mereka mensyariatkan untuk masyarakat aturan-aturan hukum positif buatan manusia selain petunjuk Allah (swt); nescaya ia mendapati mereka itu membolak-balikkan nas-nas syarak sampai mereka berhenti pada apa yang lebih rendah daripada tahap syubhah ad-dalil (sesuatu yang dianggap dalil padahal bukan dalil) demi mendukung pendapat mereka…Apa yang menghairankan dalam masalah tersebut ialah, mereka justeru meninggalkan dalil-dalil qathie yang mutawatir dan terhampar di dalam al-Kitab dan as-Sunnah, sebaliknya mencari perkara-perkara yang tidak sama, dalam rangka mengeluarkan (membenarkan) pendapatnya…

Sekarang kami akan menjawab hal-hal yang disebutkan dalam pertanyaan anda:

Dengan merujuk kitab-kitab sirah, jelas tidak terbukti bahawa para Sahabat berperang bersama Najasyi melawan musuhnya. Terdapat riwayat di dalam kitab-kitab sirah sekitar sikap para Sahabat terhadap urusan Najasyi dengan musuh-musuhnya. Walaupun tidak persis sama, tetapi riwayat-riwayat itu hampir sama. Saya paparkan kepada penanya di sini riwayat Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, setelah beliau menyebutkan kisah kaum Muslimin dengan Najasyi dan bahawa Najasyi itu seorang yang berlaku adil terhadap para Sahabat. Dinyatakan sebagai berikut: (Ummu Salamah menuturkan):

(… وَأَقَمْنَا عِنْدَهُ بِخَيْرِ دَارٍ مَعَ خَيْرِ جَارٍ. قَالَتْ: فَوَاللهِ إِنَّا عَلَى ذَلِكَ إِذْ نَزَلَ بِهِ – يَعْنِي مَنْ يُنَازِعُهُ فِي مُلْكِهِ – قَالَت: فَوَاللهِ مَا عَلِمْنَا حُزْنًا قَطُّ كَانَ أَشَدَّ مِنْ حُزْنٍ حَزِنَّاهُ عِنْدَ ذَلِكَ، تَخَوُّفًا أَنْ يَظْهَرَ ذَلِكَ عَلَى النَّجَاشِيِّ، فَيَأْتِيَ رَجُلٌ لَا يَعْرِفُ مِنْ حَقِّنَا مَا كَانَ النَّجَاشِيُّ يَعْرِفُ مِنْهُ. قَالَتْ: وَسَارَ النَّجَاشِيُّ وَبَيْنَهُمَا عُرْضُ النِّيلِ، قَالَتْ: فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ ﷺمَنْ رَجُلٌ يَخْرُجُ حَتَّى يَحْضُرَ وَقْعَةَ الْقَوْمِ ثُمَّ يَأْتِيَنَا بِالْخَبَرِ؟ قَالَتْ: فَقَالَ الزُّبَيْرُ بْنُ الْعَوَّامِ: أَنَا، قَالَتْ: وَكَانَ مِنْ أَحْدَثِ الْقَوْمِ سِنًّا، قَالَتْ: فَنَفَخُوا لَهُ قِرْبَةً، فَجَعَلَهَا فِي صَدْرِهِ ثُمَّ سَبَحَ عَلَيْهَا حَتَّى خَرَجَ إِلَى نَاحِيَةِ النِّيلِ الَّتِي بِهَا مُلْتَقَى الْقَوْمِ، ثُمَّ انْطَلَقَ حَتَّى حَضَرَهُمْ. قَالَتْ: وَدَعَوْنَا اللهَ لِلنَّجَاشِيِّ بِالظُّهُورِ عَلَى عَدُوِّهِ، وَالتَّمْكِينِ لَهُ فِي بِلادِهِ، وَاسْتَوْسَقَ عَلَيْهِ أَمْرُ الْحَبَشَةِ، فَكُنَّا عِنْدَهُ فِي خَيْرِ مَنْزِلٍ، حَتَّى قَدِمْنَا عَلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ، وَهُوَ بِمَكَّةَ)

[…Dan kami tinggal bersamanya (Najasyi) di dalam sebuah negeri yang baik, dan dia adalah jiran yang baik. Dia (Ummu Salamah) berkata: “Demi Allah, kami tetap tinggal seperti itu ketika hal itu terjadi padanya (yakni ketika ada orang ingin merebut kekuasaannya). Dia (Ummu Salamah) berkata: “Demi Allah, kami sama sekali tidak mengetahui kesedihan yang lebih parah daripada kesedihan kami pada saat itu, kerana khuatir yang orang itu akan menang atas Najasyi, lalu datang seorang lelaki, yang dia tidak berbuat baik terhadap kami seperti apa yang dilakukan oleh Najasyi.” Dia (Ummu Salamah) berkata: “Najasyi keluar menuju perang dan Sungai Nil memisahkan kami dengannya.” Dia (Ummu Salamah) berkata: “Maka para Sahabat Rasulullah (saw) berkata: “Siapakah yang mahu keluar hingga tiba di tempat pertemuan (peperangan) kaum tersebut kemudian datang kepada kita membawa berita?” Dia (Ummu Salamah) berkata: “Maka az-Zubair ibnu al-‘Awwam berkata: “Aku”. Dia (Ummu Salamah) berkata: “Dia adalah yang paling muda usianya di antara para Sahabat.” Dia (Ummu Salamah) berkata: “Maka mereka menggelembungkan kantung air daripada kulit dan diletakkan di dada az-Zubair, kemudian az-Zubair berenang dengannya menyeberangi sungai Nil ke tepian sungai tempat pertemuan kaum tersebut. Kemudian az-Zubair berjalan sampai dia mendatangi tempat terjadinya perang.” Dia (Ummu Salamah) berkata: “Dan kami memohon kepada Allah untuk kemenangan Najasyi atas musuhnya, dan peneguhan kekuasaan untuknya di negerinya, dan urusan Habsyah menjadi teratur padanya. Dan kami tinggal di sisinya di tempat tinggal yang baik, sehinggalah kami datang kepada Rasulullah (saw) yang ketika itu berada di Mekah”] Selesai.

Di dalam al-Bidaayah wa an-Nihaayah karya Ibnu Katsir, dinyatakan sebagai berikut:

(… قَالَتْ: فَأَقَمْنَا مَعَ خَيْرِ جَارٍ فِي خَيْرِ دار، فلم نشب أَنْ خَرَجَ عَلَيْهِ رَجُلٌ مِنَ الْحَبَشَةِ يُنَازِعُهُ في مِلْكِهِ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْنَا حُزْنًا حَزِنَّا قَطُّ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ، فَرَقًا مِنْ أَنْ يَظْهَرَ ذَلِكَ الْمَلِكُ عَلَيْهِ فَيَأْتِي مَلِكٌ لَا يَعْرِفُ مِنْ حقنا ما كان يعرفه، فجعلنا ندعو اللَّهَ وَنَسْتَنْصِرُهُ لِلنَّجَاشِيِّ فَخَرَجَ إِلَيْهِ سَائِرًا فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ  بعضهم لبعض: من يَخْرُجُ فَيَحْضُرُ الْوَقْعَةَ حَتَّى يَنْظُرَ عَلَى مَنْ تكون؟ وقال الزُّبَيْرُ – وَكَانَ مِنْ أَحْدَثِهِمْ سِنًّا – أَنَا، فَنَفَخُوا له قربة فجعلها في صدره، فجعل يَسْبَحُ عَلَيْهَا فِي النِّيلِ حَتَّى خَرَجَ مِنْ شِقِّهِ الْآخَرِ إِلَى حَيْثُ الْتَقَى النَّاسُ، فَحَضَرَ الْوَقْعَةَ فَهَزَمَ اللَّهُ ذَلِكَ الْمَلِكَ وَقَتَلَهُ، وَظَهَرَ النجاشي عليه. فجاءنا الزبير فجعل يليح لَنَا بِرِدَائِهِ وَيَقُولُ أَلَا فَأَبْشِرُوا، فَقَدْ أَظْهَرَ اللَّهُ النَّجَاشِيَّ. قُلْتُ: فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْنَا [أَنَّنَا] فرحنا بشيء قَطُّ فَرَحَنَا بِظُهُورِ النَّجَاشِيِّ ثُمَّ أَقَمْنَا عِنْدَهُ حتى خرج من خرج منا إِلَى مَكَّةَ، وَأَقَامَ مَنْ أَقَامَ.)

[…Dia (Ummu Salamah) berkata: “Lalu kami tinggal dengan jiran yang baik di negeri yang baik. Belum pun sampai musim bunga, ada seorang lelaki keluar hendak merebut kekuasaannya. Demi Allah, kami tidak mengetahui kesedihan yang lebih menyedihkan daripada itu, kerana khuatir lelaki itu akan menang atas Najasyi sehingga datang seorang raja yang tidak berbuat baik kepada kami seperti Najasyi berbuat baik kepada kami. Hal itu membuat kami berdoa kepada Allah dan meminta kemenangan untuk Najasyi. Dan dia (Najasyi) keluar menghadapi musuhnya dengan berjalan kaki. Maka para Sahabat Rasulullah (saw) berkata antara satu sama lain: “Siapakah yang mahu keluar dan menyaksikan peperangan sehingga dia melihat kemenangan ada di pihak siapa?” Az-Zubair berkata (dan dia adalah yang paling muda): “Aku”. Maka, mereka menggelembungkan kantung air daripada kulit dan meletakkannya di dada az-Zubair. Lalu az-Zubair berenang dengannya merentasi sungai Nil sampai tiba di sebelah tepian di mana orang-orang itu bertemu. Lalu dia menyaksikan perang tersebut. Maka Allah mengalahkan lelaki itu dan ia mati terbunuh, dan Najasyi pun menang. Lalu az-Zubair datang kepada kami dengan menyingsingkan kainnya dan berkata: “Bergembiralah, Allah telah memenangkan Najasyi.” Aku (Ummu Salamah) berkata: “Demi Allah, kami tidak mengetahui kegembiraan apa lagi selain kegembiraan kami dengan kemenangan Najasyi. Kemudian kami tinggal di sisinya sehinggalah siapa sahaja daripada kami ingin keluar, maka dia keluar dari sana menuju ke Mekah, sementara siapa sahaja yang ingin tinggal, maka ia tetap tinggal”] Selesai.

Lalu daripada mana mereka (masyayikh) mengambil kebolehan terlibat dalam pilihan raya untuk memilih penguasa yang berhukum dengan kekufuran, dan memilih parti-parti untuk masuk ke parlimen dan membuat syariat selain Allah? Padahal tidak ada di dalam riwayat-riwayat tersebut bahawa para Sahabat terlibat dalam peperangan dan mereka (para Sahabat) juga tidak memiliki keputusan dalam perkara apa pun (di Habsyah), bahkan mereka adalah orang-orang mustadh’afin (lemah), dan mereka tidak lebih sekadar mengirim orang yang paling muda dalam kalangan mereka untuk memantau berita dan melihat kemenangan ada di pihak siapa. Hal tersebut sangat jelas melalui ucapan:

– “فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ ﷺ: مَنْ رَجُلٌ يَخْرُجُ حَتَّى يَحْضُرَ وَقْعَةَ الْقَوْمِ ثُمَّ يَأْتِيَنَا بِالْخَبَرِ؟“

– “Maka para Sahabat Rasulullah (saw) berkata: “Siapakah yang mahu keluar hingga tiba di tempat pertemuan kaum tersebut, kemudian membawa berita kepada kami?”

– “فَقَالَ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ بعضهم لبعض: من يَخْرُجُ فَيَحْضُرُ الْوَقْعَةَ حَتَّى يَنْظُرَ عَلَى مَنْ تكون؟”

– “Maka sebahagian Sahabat Rasulullah (saw) berkata kepada sebahagian yang lain: “Siapakah yang mahu keluar menyaksikan peperangan sehingga ia melihat kemenangan ada di pihak siapa?”

Apa yang terdapat dalam masalah tersebut ialah bahawa para Sahabat (ridhwanallahu alaihim) berharap agar Najasyi menang terhadap musuhnya, kerana Najasyi adalah raja yang adil, tidak seorang pun dizalimi di sisinya seperti yang diberitakan oleh Rasulullah (saw) dan seperti yang mereka saksikan sendiri…Para Sahabat khuatir musuh Najasyi menang atasnya dan musuhnya itu boleh jadi tidak berbuat adil kepada mereka seperti Najasyi yang berbuat adil:

… فَوَاللهِ مَا عَلِمْنَا حُزْنًا قَطُّ كَانَ أَشَدَّ مِنْ حُزْنٍ حَزِنَّاهُ عِنْدَ ذَلِكَ، تَخَوُّفًا أَنْ يَظْهَرَ ذَلِكَ عَلَى النَّجَاشِيِّ، فَيَأْتِيَ رَجُلٌ لَا يَعْرِفُ مِنْ حَقِّنَا مَا كَانَ النَّجَاشِيُّ يَعْرِفُ مِنْهُ.”، “…فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْنَا حُزْنًا حَزِنَّا قَطُّ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ، فَرَقًا مِنْ أَنْ يَظْهَرَ ذَلِكَ الْمَلِكُ عَلَيْهِ فَيَأْتِي مَلِكٌ لَا يَعْرِفُ مِنْ حقنا ما كان يعرفه، فجعلنا ندعو اللَّهَ وَنَسْتَنْصِرُهُ لِلنَّجَاشِيِّ…”

“…Maka demi Allah kami tidak mengetahui kesedihan yang lebih menyedihkan dari kesedihan kami pada saat itu, kerana khuatir musuh Najasyi itu akan menang atasnya, lalu datang seorang lelak yang tidak berbuat baik kepada kami sebagaimana Najasyi”….“Maka demi Allah kami tidak mengetahui kesedihan yang lebih parah daripada itu, kerana khuatir raja itu akan menang terhadap Najasyi, lalu datang seorang raja yang tidak berbuat baik atas kami seperti halnya dia (Najasyi), maka itu membuat kami memohon kepada Allah dan kami memohon kemenangan untuk Najasyi…”

Lalu di manakah dalam hal (kisah) tersebut adanya pemilihan penguasa untuk berhukum dengan kekufuran atau pemilihan parti-parti untuk ke parlimen bagi membuat syariat selain Allah, ke atas masyarakat? (Apa yang berlaku ialah) para Sahabat berharap serta memohon kepada Allah agar raja yang berlaku adil atas mereka menang terhadap musuhnya yang mungkin tidak akan berlaku adil atas mereka. Mereka (para Sahabat) tidak terlibat dalam sesuatu apa pun yang menunjukkan mereka memilih seseorang untuk berhukum dengan kekufuran atau untuk menjalankan syariat atau undang-undang kufur…

Atas dasar itu, kebatilan istidlal (berdalil) dengan peristiwa ini atas bolehnya terlibat dalam pemilihan penguasa yang berhukum dengan kekufuran dan pemilihan parti-parti untuk mensyariatkan bagi masyarakat, syariat selain Allah, adalah kebatilan yang sangat jelas tanpa memerlukan ilmu dan penelaahan yang tinggi…Apatah lagi, dalil-dalil untuk berhukum dengan apa yang telah Allah turunkan adalah bersifat qathie ats-tsubut dan qathie ad-dilalah. Di antara dalil-dalil tersebut:

Firman Allah (sw):

﴿وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ﴾

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” [Al-Maidah (5): 49].

﴿إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ﴾

“Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah” [Al-An’am (6): 57].

﴿فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا﴾

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka suatu keberatan pun terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [An-Nisa’ (4): 65].

﴿أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ﴾

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [Al-Maidah (5): 50].

Dan banyak lagi ayat-ayat lainnya.

Kemudian, kaum kafir Quraisy telah menawarkan kepada Rasulullah (saw) untuk mereka angkat baginda (saw) sebagai raja atas mereka, dengan syariat mereka, bukannya dengan syariat Islam, lalu ditolak oleh Rasulullah (saw):

Di dalam Sirah Ibnu Ishaq “as-Siiyar wa al-Maghaazii” dinyatakan: “Dari Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa ‘Utbah ibnu Rabi’ah, Syaibah ibnu Rabi’ah, Abu Sufyan ibnu Harb, an-Nadhar ibnu al-Harits saudara bani Abdu ad-Dar, Abu al-Bahktariy saudara Bani Asad dan lain-lainya…Mereka atau sebahagian mereka bertemu, setelah tenggelam matahari di belakang Ka’bah. Sebahagian mereka berkata kepada yang lain: “Kirimlah utusan kepada Muhammad dan hadapinya sampai kalian mendapat alasan tentangnya.” Maka mereka pun mengirim utusan kepada Muhammad…Mereka berkata kepada Muhammad:

يا محمد إنا قد بعثنا إليك لنعذر فيك… فإن كنت إنما جئت بهذا الحديث تطلب به مالاً جمعنا لك من أموالنا حتى تكون أكثرنا مالاً، وإن كنت إنما تطلب به الشرف فينا سودناك علينا، وإن كنت تريد به ملكاً ملكناك علينا… فقال لهم رسول ﷺ: «ما أدري ما تقولون، ما جئتكم بما جئتكم به لطلب أموالكم، ولا الشرف فيكم، ولا الملك عليكم، ولكن الله بعثني إليكم رسولاً وأنزل علي كتابا، وأمرني أن أكون لكم بشيراً ونذيراً فبلغتكم رسالة ربي، ونصحت لكم فإن تقبلوا مني ما جئتكم به فهو حظكم في الدنيا والآخرة، وإن تردوا علي أصبر لأمر الله حتى يحكم الله بيني وبينكم» أو كما قال رسول الله ﷺ

“Wahai Muhammad! Kami mengirim utusan kepadamu untuk menanyakan alasan tentangmu…jika engkau datang dengan membawa pembicaraan ini demi mencari harta, maka kami akan kumpulkan untukmu harta-harta kami sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya dalam kalangan kita. Jika engkau mencari kemuliaan, maka kami jadikan engkau pimpinan atas kami. Jika engkau menginginkan kekuasaan, maka kami angkat engkau menjadi raja (penguasa) atas kami…”. Rasulullah (saw) berkata kepada mereka: “Apakah yang kalian katakan ini? Aku bukannya datang dengan membawa pembicaraan ini untuk mendapatkan harta kalian, tidak juga untuk mendapatkan kemuliaan di tengah-tengah kalian, dan tidak juga kekuasaan atas kalian. Akan tetapi Allah mengutusku kepada kalian sebagai Rasul dan Allah menurunkan Kitab kepadaku, dan Allah memerintahkanku agar aku menjadi pemberi berita gembira dan pemberi ancaman kepada kalian. Maka aku sampaikan kepada kalian risalah Rabbku dan aku nasihati kalian. Jika kalian menerima apa yang aku bawa, ia akan menjadi kebaikan untuk kalian di dunia dan akhirat. Jika kalian menolaknya, maka aku akan bersabar dalam (menyampaikan) perintah Allah, hingga Allah memutuskan di antara aku dengan kalian.” Atau seperti apa yang Rasulullah (saw) katakan.”

Hal yang sama disebutkan dalam Dalaa`il an-Nubuwwah karya Abu Nu’aim al-Ashbahani (I/233)…dan dalam as-Siirah an-Nabawwiyah karya Ibnu Katsir (I/479) dan di dalam kitab sirah lainnya…Kafir Quraisy menawarkan kepada Rasulullah (saw) untuk bersekutu dengan mereka dalam segala urusan mereka, sebahagian urusan berasal daripada mereka dan sebahagian lagi berasal daripada Rasulullah (saw), iaitu mereka menyembah tuhan Rasulullah (saw) selama tahun, dan kemudian Rasulullah (saw) menyembah tuhan mereka selama tahun. Namun ditolak oleh Rasulullah (saw) kerana baginda (saw) hanya menerima Islam sahaja.

Dinyatakan di dalam Tafsir al-Qurthubi mengenai ayat:

﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكافِرُونَ﴾

“Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir” [Al-Kafirun [109]: 1].

[Ibnu Ishaq dan lainnya menyebutkan dari Ibnu Abbas: bahawa sebab turunnya Surah tersebut adalah bahawa al-Walid bin al-Mughirah, al-‘Ash bin Wail, al-Aswad bin Abdul Muthallib dan Umayyah bin Khalaf, mereka bertemu Rasulullah (saw), lalu berkata:

يَا مُحَمَّدُ، هَلُمَّ فَلْنَعْبُدْ مَا تَعْبُدُ، وَتَعْبُدُ مَا نَعْبُدُ، وَنَشْتَرِكُ نَحْنُ وَأَنْتَ فِي أَمْرِنَا كُلِّهِ، فَإِنْ كَانَ الَّذِي جِئْتَ بِهِ خَيْرًا مِمَّا بِأَيْدِينَا، كُنَّا قَدْ شَارَكْنَاكَ فِيهِ، وَأَخَذْنَا بِحَظِّنَا مِنْهُ. وَإِنْ كَانَ الَّذِي بِأَيْدِينَا خَيْرًا مِمَّا بِيَدِكَ، كُنْتَ قَدْ شَرِكْتَنَا فِي أَمْرِنَا، وَأَخَذْتَ بِحَظِّكَ مِنْهُ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكافِرُونَ…

“Wahai Muhammad! Marilah kita menyembah apa yang engkau sembah dan engkau menyembah apa yang kami sembah, dan kita (kami dan engkau) bersekutu dalam semua urusan kita, dan jika apa yang engkau bawa itu lebih baik daripada apa yang ada di tangan kami, kami akan mengikutimu padanya, dan kami ambil bahagian kami darinya. Dan jika apa yang ada di tangan kami lebih baik daripada apa yang ada di tanganmu, maka engkau ikutilah kami dalam urusan kami, dan engkau ambil bahagianmu darinya.” Lalu Allah (swt) menurunkan ayat ﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكافِرُونَ﴾ “Wahai orang-orang kafir….”]. Selesai.

Dinyatakan di dalam Tafsir ath-Thabarii, “Jaami’u al-Bayaan” mengenai ayat:

﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكافِرُونَ﴾

“Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir” [Al-Kafirun [109]: 1].

[“Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Musa al-Harsyi, ia berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abu Khalaf, ia berkata: “Telah menceritakan kepada kami Daud dari Ikrimah dari Ibnu Abbas: bahawa Quraisy berjanji kepada Rasulullah (saw)…kami tawarkan kepadamu satu perkara, di dalamnya ada kebaikan untuk kamu dan untuk kami”. Rasulullah (saw) bertanya: “Apakah itu?” Mereka berkata:

تعبد آلهتنا سنة: اللات والعزي، ونعبد إلهك سنة، قال: «حتى أنْظُرَ ما يأْتي مِنْ عِنْدِ رَبّي»، فجاء الوحي من اللوح المحفوظ: ﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ﴾

“Engkau menyembah tuhan-tuhan kami Lata dan ‘Uza selama satu tahun, dan kami menyembah tuhanmu selama satu tahun.” Baginda menjawab: “Sampai aku menunggu apa yang datang dari sisi Rabbku.” (Ibnu Abbas berkata) maka datanglah wahyu dari al-Lauh al-Mahfuzh ﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكافِرُونَ﴾ – “Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir”] Selesai.

Dan dinyatakan dalam Fath al-Qadiir karya asy-Syawkani mengenai tafsiran ayat:

﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكافِرُونَ﴾

“Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir” [Al-Kafirun [109]: 1].

(Ibnu Jarir, Ibnu Abiy Hatim dan ath-Thabarani telah mengeluarkan dari Ibnu Abbas:

«أَنَّ قُرَيْشًا دَعَتْ رَسُولُ اللَّهِ e… فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَإِنَّا نَعْرِضُ عَلَيْكَ خَصْلَةً وَاحِدَةً وَلَكَ فِيهَا صَلَاحٌ، قَالَ: «مَا هِيَ؟» قَالُواتَعْبُدُ آلِهَتَنَا سَنَةً وَنَعْبُدُ إِلَهَكَ سَنَةً، قَالَ: «حَتَّى أَنْظُرَ مَا يَأْتِينِي مِنْ رَبِّي»، فَجَاءَ الْوَحْيُ مِنْ عند الله ﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ﴾ إِلَى آخِرِ السُّورَةِ، وَأَنْزَلَ اللَّهُ﴿قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجاهِلُونَ﴾ إِلَى قَوْلِهِ﴿بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ﴾

“Bahawa Quraisy memanggil Rasulullah (saw)…“Maka jika engkau tidak melakukannya, kami tawarkan kepadamu satu perkara dan di dalamnya ada kebaikan untukmu.” Rasul berkata: “Apakah itu?” Mereka berkata: “Engkau menyembah tuhan-tuhan kami selama satu tahun dan kami menyembah tuhanmu selama satu tahun.” Baginda menjawab: “Sehingga aku melihat apa yang datang kepadaku dari Rabbku.” (Ibnu Abbas berkata) maka datanglah wahyu dari sisi Allah ﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ﴾“Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kalian sembah” [Al-Kafirun (109): 1] sampai akhir surah. Dan Allah (swt) menurunkan ayat ﴿قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجاهِلُونَ﴾  – “Katakanlah: “Maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, wahai orang-orang yang tidak berpengetahuan?” [Az-Zumar (39): 64] sampai ayat ﴿بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ﴾ “Kerana itu, maka hendaklah Allah sahaja yang kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur” [Az-Zumar (39): 66]…] Selesai.

Semua dalil ini sangat jelas dalam menyatakan larangan yang tegas lagi keras daripada berhukum dengan selain apa yang telah Allah (swt) turunkan, serta apa jua bentuk penglibatan dengannya. Tiadalah orang yang menentang dalil-dalil yang jelas ini kecuali mereka yang melakukan maksiat kepada Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw) dalam bentuk kemaksiatan secara terang-terangan. Hujah apa pun yang mereka gunakan untuk membenarkan tindakan mereka, adalah hujah yang dapat disangkal, yang mewariskan pada mereka kehinaan di dunia dan sungguh azab Allah (di akhirat) jauh lebih besar.

Saudaramu,

Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah

24 Rabi’uts Tsani 1437 H – 03 Februari 2016 M

 

http://archive.hizb-ut-tahrir.info/arabic/index.php/HTAmeer/QAsingle/3683/

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/35355.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/qestions/jurisprudence-questions/9680.html