Indonesia Berbangga Menunggu Kedatangan Pembunuh Umat Islam?
Lawatan itu amat dialu-alukan di negara majoriti Islam itu sejak pelantikan Obama, yang disambut di sini sebagai permulaan era baru. Dino Patti Djalal, jurucakap Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata, lawatan itu adalah peluang kepada Obama untuk memantapkan hubungan dua hala.
Beliau mengkritik Presiden Amerika sebelum ini kerana memfokuskan terlalu banyak prinsip ke atas demokrasi dan hak asasi manusia berbanding isu lebih praktikal seperti kepentingan bersama. “Kami mahu hubungan di antara Indonesia dan Amerika bukan hanya meliputi satu isu,” beliau dipetik agensi Antara. – AFP
Sumber : Berita Harian, 03/02/10
Harapan Indonesia agar Obama dapat membawa perubahan kepada hubungan di antara kedua-dua negara sempena lawatan beliau pada Mac depan adalah merupakan suatu harapan yang sia-sia. Bukankah merupakan suatu tindakan yang sungguh hina apabila para pemimpin umat Islam mengharapkan “sesuatu” dari pemimpin negara “pengganas nombor 1 dunia” yang sudah terkenal di seantero dunia sebagai musuh yang paling kejam kepada Islam dan umat Islam? Sebagai seorang Muslim kita perlu sedar bahawa susuk tubuh Obama itu bukanlah mewakili dirinya semata-mata namun beliau hakikatnya mewakili Amerika dan segala polisi dan aspirasinya. Segala bentuk suara, pandangan dan tindak-tanduk Obama saat ini sebenarnya merupakan personifikasi Amerika dan segala yang terkait dengannya.
Umum menyedari bahawa Amerika adalah negara yang mendokong dan menyokong segala bentuk tindakan kejam rejim kufur Israel terhadap umat Islam di Palestin. Amerikalah negara yang menggunakan alasan “war on terrorism” untuk terus membunuh umat Islam di Afghanistan, Iraq, Pakistan, Yaman dan di seluruh belahan dunia saat ini . Amerika adalah negara yang cuba berlagak sebagai negara “polis dunia”, menghalalkan segala bentuk tindakan yang menguntungkan dan yang berpihak kepada mereka. Dan dunia amnya sedia maklum bahawa Amerika adalah negara yang membawa dan mengembangkan ideologi Kapitalisme dengan menggunakan metode penjajahan semada yang bersifat langsung mahupun sebaliknya. Terlampau buruk, busuk dan hodoh sebenarnya wajah Amerika jika ditinjau dari sudut pandangan Islam. Dengan kesediaan para pemimpin sekular Indonesia menerima kedatangan si pembunuh umat Islam Mac akan datang adalah sewajarnya umat Islam Indonesia sedar siapa sebenarnya para pemimpin mereka. Apa yang jelas, SBY adalah pemimpin yang rela mengkhianati Islam dan umat Islam melalui kesanggupannya menghulurkan bentangan karpet merah kepada Obama si pembunuh umat Islam. Tangan Obama saat ini berlumuran dengan darah umat Islam. Amat wajar bagi umat Islam di Indonesia bersatu menghalang kedatangan Obama dengan jalan menegakkan kembali Khilafah Islam…