Isu Akidah Rujuk Mahkamah Kufur?

altAgong berkenan langkah kerajaan
KUALA LUMPUR 6 Jan. – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap isu penggunaan perkataan Allah, kata Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadap Seri Paduka Baginda untuk memaklumkan isu itu serta langkah-langkah yang diambil untuk mencari penyelesaian.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri kemudian memaklumkan perkara itu kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya hari ini.

Kenyataan itu menyebut bahawa memandangkan perkara berkenaan telah diserahkan kepada mahkamah, adalah wajar bagi semua pihak menghormati proses undang-undang negara.

“Sementara proses rayuan berjalan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan awam,” kata kenyataan itu. – BERNAMA.

Sumber : Utusan Malaysia, 7 Jan 2010


Isu Akidah Rujuk Mahkamah Kufur?

Isu yang dimainkan oleh musuh Islam kali ini sekali lagi membuktikan kemenangan mereka! Majoriti umat Islam di Malaysia yang melatah semakin dirosakkan dengan isu-isu seperti ini. Sedar atau tidak, samada keputusan mahkamah itu ditarik balik atau tidak,  pihak musuh Islam tetap menang kerana umat Islam sendiri mengiktiraf serta merujuk segala hal kepada institusi kufur (mahkamah sivil) biarpun ia membabitkan soal akidah! Ini semua adalah bahana dari pengamalan hidup kufur yang tegar berpegang pada prinsip pengamalan sekular-demokrasi.

Amat aib sekali keadaan umat ketika ini berbanding kehidupan Islam dahulu. Ramai yang melatah apabila mahkamah kufur mengisytiharkan keputusan ini. Ramai pula yang teraba-raba mencari dahan untuk berpaut memperjuangkan akidah Islam dan sudah tentu pandangan mereka (yang telah gelap dari penyelesaian Islam) tertumpu pada institusi kufur itu sendiri! Sudah pasti Islam tak akan pernah dimenangkan, bahkan terus terhina dan dihina oleh kekufuran..

Sepatutnya umat Islam sedar bahawa pemisahan antara kekufuran dan Islam adalah suatu yang wajar dan perlu.  Pengisytiharan seumpama ini oleh mahkamah kufur sebenarnya berupa cabaran kepada Islam serta kedudukan akidah Islam. Apakah akidah umat teguh pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah NabiNya atau pada sekularisme-demokrasi? Yang jelas, dari apa yang berlaku, nampaknya umat masih mengharap bahkan sangat-sangat ekstrem kepada sekularisme-demokrasi. Biarpun 1001 peristiwa aib menimpa umat akibat diterapkan sekularisme-demokrasi ke atas mereka, ironisnya, cara hidup kufur itulah pula menjadi cara hidup mereka. Sampai bila agaknya mereka akan terus ditipu, dihina dan dinoda oleh kekufuran ini??

Hakikatnya, kita memerlukan suatu pelindung yang akan menjamin akidah Islam dan umat ini dari dirosakkan oleh apa sahaja anasir kuffar. Umat Islam sepatutnya memisahkan kekufuran dari kehidupan dengan mewujudkan kembali institusi Khilafah yang memikul syariah secara unggul. Khilafah yang pernah diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya itu pernah memelihara akidah Islam selama lebih 13 abad. Untuk sesiapa yang mencabar akidah Islam seperti ini, jihad adalah jaminannya. Sebarang bentuk penyalahgunaan kalimah suci Islam bukan sahaja ditegur dengan perkataan bahkan diancam untuk diperangi kerana kedudukan akidah itu merupakan titik tolak pemisahan antara kekufuran dan Islam yang paling asas. Itulah metod Islam memelihara akidah umatnya, bukan dengan berkompromi dalam rundingan atau prosiding rayuan di mahkamah atau merujuk kepada perlembagaan kufur!