Jabatan Agama Islam Negeri Johor Serbu Program Hizbut Tahrir, Tiga Orang Ditangkap

Pada 6 April 2019, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah melakukan serbuan ke pejabat Hizbut Tahrir / Malaysia (HTM) di Johor Bahru semasa satu seminar sedang berlangsung. Seminar bertajuk “Kejatuhan Dan Kebangkitan Khilafah Menentang Ancaman Liberalisme” sempat berjalan selama lebih sejam sebelum diserbu pihak berkuasa agama Johor itu. Tiga orang anggota Hizbut Tahrir telah ditahan atas kesalahan ‘mengajar agama tanpa tauliah’. Mereka ialah Dr. Salehuddin Bin Ibrahim, 51, Dr. Norazlan Shah Bin Osman Basah, 35 dan Sallahuddin Bin Mashkuri, 39, yang masing-masing merupakan ahli panel dan moderator seminar. Sejurus selepas tangkapan, ketiga-tiga mereka dibawa ke pejabat JAINJ dan bermalam di lokap selama sehari, sebelum dibawa dan dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru selama tiga hari. Tahanan reman tiga hari di penjara Ulu Choh, Pontian itu turut mengejutkan pihak penjara yang mana mereka akui tidak pernah menerima kes seperti itu sebelum ini. Ketiga-tiga mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada 2 Julai 2019 nanti.

Hizbut Tahrir / Malaysia dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tangkapan tersebut yang hakikatnya bukan sekadar mencerminkan kezaliman, malah memalukan pihak berkuasa agama sendiri. Di saat kemaksiatan berleluasa dalam masyarakat, para pendakwah pula yang ditangkap! Sungguh memalukan apabila anggota kami ditangkap tatkala mereka sedang menjelaskan fakta kepada para hadirin tentang kejatuhan dan kebangkitan kembali Khilafah, sebuah institusi politik agung umat Islam yang telah memayungi dunia dengan penuh kesejahteraan selama lebih daripada 13 abad. Padahal Khilafah adalah milik umat Islam dan menjadi kewajipan ke atas setiap Muslim, termasuk pihak berkuasa agama untuk menegakkannya kembali. Sungguh memalukan tatkala HTM menjelaskan tentang bahaya pemikiran liberalisme ke atas umat Islam, sebuah pemikiran kufur yang berasal dari Barat yang semakin mengancam umat Islam di negara ini, pada waktu itulah program kami diserbu dan tiga anggota kami ditangkap!

Kes tangkapan ini merupakan yang pertama seumpamanya berlaku ke atas HTM di Johor sejak HTM mula bergerak di negeri selatan tanahair itu sejak awal tahun 2000 lagi. HTM telah banyak kali mengadakan seminar di Johor secara terbuka tanpa sebarang masalah. Selain itu HTM sejak sekian lama sering melakukan seruan secara terbuka selepas solat Jumaat di banyak masjid di sekitar Johor, apabila wujudnya isu-isu penting yang menimpa umat Islam baik di dalam mahupun luar negara. Semua ini berjalan tanpa halangan kerana pihak berkuasa khususnya dan umat Islam amnya sudah maklum bahawa Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik Islam yang berdakwah secara politik dan intelektual untuk membangkitkan kembali umat ini dan seterusnya mempersatukan mereka di bawah Daulah Khilafah.

Wahai JAINJ! Apakah kami langsung tidak boleh membicarakan tentang sejarah Islam kecuali dengan izin anda? Apakah kami langsung tidak boleh membicarakan tentang Khilafah kecuali dengan izin anda? Apakah kami langsung tidak boleh membicarakan tentang ancaman liberalisme yang semakin menyesatkan umat Islam di negara ini kecuali dengan izin anda? Apakah setiap individu Muslim di Johor langsung tidak boleh bercakap suatu apa pun mengenai Islam kecuali dengan izin anda? Tidakkah anda tahu bahawa dakwah itu merupakan kewajipan yang datangnya dari Allah (swt) dan RasulNya (saw)? Tidakkah anda mendengar sabda Rasulullah (saw),

«بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً»

“Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat” [HR Bukhari]?

Tidakkah anda membaca firman Allah (swt),

﴿وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” [Fussilat (41):33]?

Apakah anda ingin menafikan hak serta kewajipan yang Allah (swt) telah bebankan ke atas setiap Muslim untuk mendakwahkan agamaNya? Sungguh berani kalian wahai JAINJ!

Wahai pihak berkuasa agama! Sesungguhnya halangan anda ke atas usaha dakwah kami sama sekali tidak akan mendatangkan mudarat kepada kami, sebaliknya mudarat itu akan kembali kepada anda. Sesungguhnya tangkapan yang anda lakukan ke atas anggota-anggota kami sama sekali tidak akan melemahkan kami, sebaliknya memperkuatkan lagi tekad dan usaha kami. Dengan kasih sayang yang ada pada kami kepada anda sebagai saudara sesama Muslim, kami dengan ini mengingatkan anda agar menggunakan kuasa yang ada untuk membantu usaha-usaha menegakkan agama Allah (swt), bukannya menjadi penghalang kepada usaha dakwah di jalanNya. Gunalah kuasa yang ada pada anda itu menurut apa yang Allah (swt) kehendaki, bukan menurut hawa nafsu anda yang lahir daripada kehendak manusia, agar di akhirat kelak anda dapat berlepas diri apabila kami mengadu kepada Allah (swt) tentang kezaliman anda!

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Isnin, 09 Sha’ban 1440 H
15/04/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 07


Press Release

The Johor Islamic Religious Department Raided Event of Hizb ut Tahrir, Three Arrested

On April 6th, 2019, the Johor Islamic Religious Department (JAINJ) raided the office of Hizb ut Tahrir / Malaysia (HTM) in Johor Bahru at a time when a seminar was running. The seminar entitled “The Fall and Rise of the Khilafah Against the Liberal Threats” had run for over an hour before the said Johor religious authority barged in. Three members of Hizb ut Tahrir were arrested under the offence of ‘teaching Islam without credentials’. They are Dr. Salehuddin Bin Ibrahim, 51, Dr. Norazlan Shah Bin Osman Basah, 35 and Sallahuddin Bin Mashkuri, 39, who are respectively the panellists and moderator of the seminar. Immediately after the arrest, the three were taken to the JAINJ headquarters where they were locked up overnight, before being brought and remanded by the Shariah High Court of Johor Bahru for another three days. The three-day remand detention at Ulu Choh prison, Pontian, also shocked the prison authorities who admitted they had never experienced such a case before. All three will be charged at the Johor Bahru Shariah Court on July 2, 2019.

Hizb ut Tahrir / Malaysia strongly condemn the arrest as it is not merely a reflection of tyranny, but also a shameful act of the religious authority. In a time of ever-growing disobedience in society, it is the Da’wah carriers who were arrested! It is also shameful on the part of JAINJ when our members were arrested while explaining to the participants the facts on the fall and rise of the Khilafah, the great political institution of the Ummah which has shed the world with prosperity for more than 13 centuries. The Khilafah belongs to the Muslims and it is indeed the duty of every Muslim, including the religious authorities to re-establish it. It is shameful that while HTM was explaining the dangers of Western liberalism that has threatened this country, our program was disrupted and three of our members were arrested!

This arrest is the first of its kind to HTM in Johor since we began our activities in the southern state of the country back in early 2000. HTM has had organized many public events in Johor openly without any problems. In addition, HTM has ever since, also been openly giving calls after Friday prayers in many mosques in Johor whenever important issues affecting the Muslims, both inside and outside the country, arise. All these had run without any problem as the authorities in particular and the Muslims in general, know that Hizb ut Tahrir is an Islamic political party that carrying out Da’wah in a political and intellectual manner, in order to revive this Ummah and unite them under the Khilafah state.

O JAINJ! Can we at all, not talk about the history of Islam except with your permission? Can we at all, not talk about Khilafah except with your permission? Can we at all, not talk about the threat of liberalism that is increasingly misguiding the Muslims in this country except with your permission? Does all individual Muslim in Johor who wishes to speak about Islam can never be able to do so except with your permission? Do you not know that Da’wah is an obligation that comes from Allah (swt) and His Messenger (saw)? Do you not hear the words of Rasulullah (saw),

«بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً»

“Convey from me even a verse” [Narrated by Bukhari]?

Do you not read the words of Allah (swt),

﴿وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“And who is better in speech than he who invites to Allah, and does righteous deeds, and says: “I am one of the Muslims?” [Fussilat: 33]?

Do you want to deny the rights and obligations that Allah (swt) has placed over every Muslim to carry the Da’wah of Islam? How brave you are O JAINJ!

O religious authorities! The impediments that you put against our Da’wah efforts will never harm us, in fact, the harm will go back to you. Indeed, the arrest of our members will never undermine us, but in turn reinforce our determination and our efforts. With the love we have for you as a fellow Muslim, we hereby remind you to exercise your power towards assisting the efforts of upholding the religion of Allah (swt), rather than exercising it towards blocking the Da’wah. Use the power that you have in accordance with what Allah (swt) wills, not in accordance with your whims, out of human wills, so that in the hereafter you may free yourselves when we decry to Allah (swt) of your tyranny over us!

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Ref: HTM 1440 / 07
Monday, 09th Sha’ban 1440 AH
15/04/2019 CE