Kempen Rasulullah Negarawan Terulung disemarakkan lagi di seluruh negara
Kempen Rasulullah Negarawan Terulung terus disemarakkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti flashmob, street dakwah, dan edaran risalah di beberapa lokasi di seluruh negara.
Para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) turut mengadakan siri pertemuan dan berinteraksi dengan umat Islam demi mengingatkan mereka akan tanggungjawab serta peranan mereka dalam memanifestasikan kecintaan terhadap junjungan mulia, Rasulullah (saw).
Liputan kempen turut diperluas merentasi Laut China Selatan dengan melibatkan aktiviti jamaie yang dianjurkan oleh para syabab HTM di beberapa lokasi di Sabah.
Aktiviti-aktiviti kempen ini tertumpu di kawasan kunjungan ramai seperti di taman-taman rekreasi, pusat bandar, dan pusat komersial yang menjadi tumpuan khususnya pada hujung minggu.
Dalam pada itu, HTM turut menerbitkan edisi khas Sautun Nahdhah bersempena kempen ini, dengan membawa tajuk “Meneladani Rasul Menjadi Negarawan”.
Antara intipati utama nasyrah rasmi HTM tersebut turut menggariskan ciri-ciri yang ada pada seorang negarawan, dalam rangka untuk meneladani Rasulullah (saw) selaku sosok negarawan terulung.
Nasyrah tersebut turut diedarkan di sepanjang kempen, di samping boleh dibaca di laman rasmi HTM, mykhilafah.com.
Kempen Rasulullah Negarawan Terulung anjuran HTM ini berlangsung selama dua minggu dari 12 hingga 26 Oktober 2021.
Teruskan mengikuti akaun media sosial HTM bagi mengetahui perkembangan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini.