Kenyataan Media: Malaysia hanya akan selamat dengan penerapan syariah dan penegakan Khilafah

Kenyataan Media

Malaysia hanya akan selamat dengan penerapan syariah dan penegakan Khilafah

Malaysia mencatat sejarah pada 04/03/2016 apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani deklarasi bersama dengan beberapa orang bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO). Mesej utama dalam deklarasi yang dinamakan ‘Deklarasi Rakyat’ itu ialah untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat telah banyak merosakkan negara dengan pelbagai skandal, penyelewengan dan salah guna kuasa. Selain itu deklarasi tersebut turut menuntut penyingkiran semua orang yang bekerjasama dengan Najib; pemansuhan undang-undang yang baru digubal yang melanggar hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan dan melemahkan dasar; mengembalikan integriti institusi yang telah dilemahkan seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

58 tokoh yang menandatangani deklarasi itu menyatakan bahawa mereka bertindak sebagai rakyat Malaysia dan bukannya mewakili mana-mana parti/pertubuhan masing-masing dan hal itu ditegaskan berulang kali oleh Mahathir dengan persetujuan penuh mereka yang lain. Sungguh aneh kenyataan ini kerana hakikatnya sebahagian besar tokoh yang terlibat, kecuali Mahathir, terdiri daripada ahli dan pimpinan tertinggi parti/pertubuhan masing-masing yang selama ini terkenal bergerak dan memperjuangkan aspirasi atau kepentingan parti/pertubuhan masing-masing! Mereka kononnya ingin membezakan di antara bertindak atas dasar parti/pertubuhan dengan pendirian mereka sebagai individu, walhal hakikatnya mereka dijemput kerana mereka adalah pimpinan parti/pertubuhan tersebut. Apa guna berada dalam parti/pertubuhan jika pendirian mereka tidak sama dengan pendirian parti/pertubuhan mereka sendiri!? Hakikatnya, tidak ada seorang pun mana-mana pekerja kilang atau mekanik atau pelajar atau penjual air di tepi jalan, (yang tidak menjadi ahli mana-mana parti) yang dijemput untuk menandatangani Deklarasi Rakyat itu! Ini semua hanyalah ‘silap mata’ dan merupakan politik Machiavelli yang diasaskan atas manfaat dengan matlamat menghalalkan cara. Sungguh malang apabila ada ahli parti Islam turut terpalit dalam politik Machiavelli seperti ini. Walaupun ada pihak yang berbangga apabila melihat berapa ramai tokoh yang merupakan musuh tradisi politik boleh bersatu dalam deklarasi ini, hal ini sesungguhnya tidak lain melainkan satu gambaran amalan ‘politik kepentingan’ yang amat memualkan, bersifat sementara, tanpa hala tuju yang benar dalam usaha menyelamatkan negara.

Hizbut Tahrir / Malaysia ingin menegaskan bahawa:-

  1. Deklarasi tersebut, walaupun dinamakan sebagai Deklarasi Rakyat dalam rangka menggambarkannya sebagai tuntutan rakyat dan bukannya tuntutan individu, parti/pertubuhan tertentu, sesungguhnya ia tidak mewakili rakyat, khususnya umat Islam, kerana tidak ada seorang pun individu yang menandatangani deklarasi tersebut mendapat mandat dari rakyat atau diwakilkan oleh rakyat, untuk menandatanganinya. Dalam konteks ini, ia lebih tepat dinamakan sebagai ‘Deklarasi 58 Individu’ dan bukannya Deklarasi Rakyat.
  2. Rosaknya negara ini dan masyarakat di dalamnya, bukanlah semata-mata kerana seorang pemimpin/individu tertentu, tetapi kerana sistem yang diterapkan. Segala keburukan yang ada dalam negara bukan baru berlaku hari ini, tetapi sejak selepas merdeka. UMNO-BN yang memegang suara majoriti di Parlimen dan merupakan parti pemerintah sejak dulu, merekalah yang bertanggungjawab melaksanakan sistem sekular dan undang-undang, peraturan dan polisi yang telah membawa kerosakan selama ini. Sistem dan udang-undang inilah yang telah menyebabkan ketidakpuasan dan penderitaan kepada rakyat. Parti pemerintah ini yang melantik agensi-agensi penguatkuasaan untuk mempertahankan undang-undang yang batil ini. Merekalah yang menghalang pejuang-pejuang Islam daripada berusaha menerapkan Islam secara kaffah. Malah mereka menubuhkan pelbagai jabatan agama dan melantik kelompok agamawan bagi mempertahankan dan menghalalkan segala kejahatan dan keharaman yang mereka lakukan. Justeru, menyingkirkan seorang pemimpin negara sedangkan dalam masa yang sama mengekalkan sistem dan undang-undang sekular yang ada, langsung tidak akan memberi jaminan yang negara ini akan menjadi baik.
  3. Berdasarkan jawapan Mahathir, kesemua pihak yang menandatangani deklarasi tersebut tidak memfokuskan siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib berjaya disingkirkan, kerana fokus mereka sekarang hanyalah untuk menjatuhkan Najib. Sesungguhnya jawapan ini hanyalah ‘jawapan selamat’ dalam rangka menjayakan tuntutan deklarasi tetapi bukannya jawapan yang menyelesaikan masalah. Siapa pun dan parti mana pun yang ingin menjatuhkan kerajaan wajib menyediakan diri mereka untuk memikul beban berat pemerintahan sekiranya mereka berjaya menjatuhkan pemerintahan sedia ada. Soal pemerintahan negara bukanlah soal main-main yang boleh dianggap remeh dan boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja. Soal pemerintahan negara adalah satu persoalan besar yang memerlukan persiapan dan persediaan yang menyeluruh dan atas asas kebenaran. Negara wajib dipimpin oleh orang yang layak dan kelayakan ini wajib diukur berdasarkan Islam dan Islam semata-mata, bukan berdasarkan pertimbangan akal, populariti, pengalaman, pengaruh mahupun suara majoriti. Begitu juga dengan sistem yang ingin diterapkan, wajib sistem Islam dan tidak boleh (haram) untuk menerapkan sistem yang lain. Jadi, baik pemimpin mahupun sistem yang ingin diganti, kedua-duanya wajib diperhatikan dengan serius atas pertimbangan Islam kerana setiap keputusan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah (swt). Tidak ada guna menjatuhkan Najib jika orang yang akan menggantikannya tidak dilantik berdasarkan Islam, kerana ia hanya akan melahirkan Najib yang lain atau lebih buruk.

Akhir sekali, kami ingin tegaskan bahawa sesungguhnya tidak ada cara lain untuk menyelamatkan negara ini dan juga seluruh negeri umat Islam, kecuali dihapuskan sistem demokrasi warisan penjajah ini dan diganti dengan penerapan syariah Islam secara kaffah dalam bingkai Negara Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, di bawah pimpinan seorang Khalifah yang bertakwa. Atas dasar inilah umat Islam wajib bersatu dan berusaha, bukannya bersatu dan berusaha atas dasar untuk menjatuhkan Najib semata-mata!

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Ahad, 27 Jamadil Awal 1437 H
06/03/2016 M
Ruj: HTM/PR/02/16


Press Release

Malaysia can only be salvaged with the implementation of Shariah and establishment of the Khilafah

A historic moment was recorded for Malaysia on 04/03/2016 when the former Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad signed a joint declaration with former senior leaders of the country, leaders from the opposition parties, political activists and heads of the non-governmental organisations (NGOs) to remove the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak. The message, known as the “Citizens’ Declaration” is meant to remove the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak who is seen as destroying the country with his strings of scandals, misappropriations and abuse of power. The declaration also called for the removal of all of those who have acted in concert with Najib; repeal of all recent laws and agreements that violate the fundamental rights guaranteed by the federal constitution and undermine policy choices; a restoration of the integrity of the institutions that have been undermined, such as the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the Central Bank and the Public Accounts Committee (PAC).

58 high-profile public figures who have signed the declaration stated that they acted as Malaysians and do not represent any party or their respective organizations and this has been emphasized repeatedly by Mahathir and was unanimously agreed by the rest. This is really an irony, considering the fact that most of the figures, who participated in the signing of the declaration are from the highest executive echelon of their respective parties/organizations, and all this while they have been actively striving to uphold their parties or organizations’ interests and aspirations! They tried to give the impression that they were acting on their capacity as individuals and not act on behalf of their parties/organisations. This is despite the fact that they received the invitation to participate in the declaration by virtue of being the leaders of their respective parties/organisations!!! What is the point of being in a party/organization if their stands differ from that of the party/organisations? And the fact of the matter is that, none of the citizens from ordinary factory workers, mechanics, students nor hawkers (who are not members of any party or organization) was invited to sign the said Declaration! What is clear is that, this declaration is just another Machiavellian scheme where interests and ends justify means. It is very disheartening to see the involvement of several members of Islamic party in this Machiavellian plot. Although certain quarters are delighted to see encouraging numbers of high-profile leaders who are known to be rivals united in this declaration, all these reflect nothing but the practice of nauseating and temporary ‘politics of interest’,  with no clear direction towards salvation of the country.

Hizb ut Tahrir / Malaysia would like to affirm that:

  1. The said declaration which is known as the Citizens’ Declaration is portrayed as if it was signed on behalf of the Malaysian people, instead of representing an individual’s demand, or the demands of specific party/organization. In reality, it does not represent the people, especially the Muslims, since none of the individuals who signed the declaration is given the mandate by the people nor appointed to represent the people to sign the Declaration. In this context, it is more appropriate to call the declaration as the ‘Declaration of 58 Individuals’, instead of the Citizens’ Declaration.
  2. Damage to the country and its people is not solely due to a certain leader or individual, rather, it is the implemented system that bears the true responsibility. This damage has not only taken place recently but has happened since the country achieved its independence. UMNO-BN which holds the majority in parliamentary seats and has been ruling the country since independence, is mainly responsible for implementing the secular system and enacting the country’s laws, rules, regulations and policies which bring damage to the country. There are these system and laws which are against Islam that have brought about much dissatisfaction and misery to the people. The ruling party is also responsible for appointing enforcement agencies to protect these falsehood system and laws, and obstruct the da’wah carriers, whose wish is to bring about the implementation of Islam in its totality, from working towards this. The ruling party is also responsible for creating variety of religious departments and appointing a number of Muslim scholars to defend and issue decrees to justify permissibility of their evils deeds. Thus, removal of a country’s leader while maintaining the existing secular system and laws do not at all guarantee the betterment of the country’s condition.
  3. Based on the response by Mahathir, all parties who have signed the declaration do not focus on who will be the next Prime Minister if their quest for Najib’s removal is successful. Their focus is solely to remove Najib from office. Indeed, this is just a “play-safe” scheme to satisfy the declaration’s demands, not to address the root cause of the nation’s problems. Whosoever intends to take the government’s place in ruling must be well-prepared and qualified to bear the heavy responsibility of ruling a state, in the event that this is possible. Ruling a country is a serious matter which cannot be taken lightly and can simply be given to anyone. It is of paramount importance that there be a holistic preparation and readiness based on Haqq (truth). It is obligatory for the country to be led by eligible person and the eligibility must be based on Islam and Islam alone, not based on mind consideration, popularity, experience, influence of majority’s rule. Similarly, the system which will be implemented must be the Islamic System and it is forbidden to implement any other systems except Islam. Thus, be it leader or system to be changed, serious consideration based on Islam must be given as each decision, will be held accountable by Allah (swt). It will be a fruitless effort of removing Najib if his successor is not elected based on Islam, which will only create another Najib, or worst.

Finally, we would like to affirm that indeed, there is no other mechanism to save the country and other Muslim countries, except by replacing the democratic system inherited from the colonial imperialist with the implementation of the Shariah laws in its totality (kaffah) within the framework of the Righteous Khilafah State upon the method of the Prophethood, under the leadership of a pious Caliph (Khalifah). Hence, it is obligatory for all Muslims to be united and effort must be spent to materialize this noble objective, instead of putting effort to be united with the intention of only removing Najib!

 

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

06/03/2016 CE
Sunday, 26th Jumada I 1437 AH
Ref: HTM/PR/02/16