Kenyataan Media: Perkahwinan dan penjagaan anak di Malaysia: Para hakim telah membuat peraturan baru yang bertentangan dengan peraturan Allah

Kenyataan Media

Perkahwinan dan penjagaan anak di Malaysia: Para hakim telah membuat peraturan baru yang bertentangan dengan peraturan Allah

Pada 10/02/2016 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan yang mahkamah sivil, bukannya mahkamah syariah yang sepatutnya membuat keputusan ke atas hak penjagaan anak yang memeluk Islam. Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa ke atas perkahwinan dan perceraian hanya apabila kedua-dua pihak adalah Muslim, putus mahkamah tertinggi itu. Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Raus Sharif juga memutuskan yang perkahwinan bukan Islam tidak terbubar apabila salah satu pihak memeluk Islam. Panel lain yang terdiri daripada Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan hakim-hakim Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azahar Mohamed secara sebulat suara mengeluarkan perintah penjagaan tersebut, setelah mereka membuat keputusan bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkan perintah penjagaan dalam kes pembubaran perkahwinan yang melibatkan seorang Muslim dan non-Muslim.

Keputusan ini mengakhiri konflik bidangkuasa antara mahkamah sivil dan syariah yang berlarutan sejak sekian lama berhubung perkahwinan non-Muslim apabila salah seorang pasangan memeluk Islam. Keputusan ini juga dalam masa yang sama telah menjadi undang-undang yang mengikat di negara ini. Pasangan dalam kes tersebut N. Viran dan S. Deepa berkahwin pada Mac 2003 di bawah upacara Hindu. Izwan Abdullah (N. Viran) kemudian memeluk Islam pada 2011 dan menjadikan dua anak mereka (Nabil dan Nabila) sebagai Muslim pada tahun yang sama, tanpa pengetahuan si isteri. Pada tahun 2012, beliau mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah Seremban untuk penjagaan kedua-dua anak tersebut. Bagaimana pun, S. Deepa kemudiannya telah diberikan hak penjagaan kedua-dua anak oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 7 April 2014. Berhubung isu penjagaan ini, Mahkamah Persekutuan telah memberikan hak penjagaan Nabil, 8, kepada Izwan manakala Nabila, 11, diserahkan kepada S. Deepa. “Kami dipandu oleh kemaslahatan terbaik anak-anak yang termaktub di bawah seksyen 88 (1) Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976”, kata Raus.

Berhubung isu ini, Hizbut Tahrir / Malaysia ingin menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan, yang tidak pun mengejutkan ini, jelas bertentangan dengan hukum Allah dari segenap sudut. Keputusan ini hanya membuktikan lagi betapa sekularnya negara ini di mana mahkamah sivil sering mengatasi mahkamah syariah, di samping hakikat kewujudan dua sistem mahkamah itu sendiri telah pun membuktikan ciri-ciri sekular negara ini. Adakah para hakim yang beragama Islam itu mencabar hukum Allah (swt) apabila mereka memutuskan yang perkahwinan tersebut tidak terbubar setelah salah seorang pasangan memeluk Islam, sedangkan sungguh amat jelas dalam Surah Mumtahanah (60) ayat ke-10 bahawa perkahwinan seperti itu akan terbubar secara automatik!? Adakah para hakim yang beragama Islam itu mencabar hukum Allah (swt) apabila mereka memberikan hak penjagaan Nabila (yang Muslim) kepada ibunya yang beragama Hindu, sedangkan jelas dalam Islam bahawa penjagaan dan kewalian anak yang sedang meningkat dewasa itu terletak kepada bapanya yang Muslim!?

Hukum syarak berkenaan hak penjagaan dan kewalian ke atas anak dalam kes seumpama ini sudah amat jelas dalam Islam. Sekiranya anak tersebut berada di bawah umur yang belum dapat membezakan atau memahami (baik-buruk) sesuatu perkara dan masih belum dapat membezakan tindak tanduk ibu dan tindak tanduk bapanya, seperti masih dalam umur penyusuan atau baru bercerai-susu atau di atasnya, maka anak ini tidak diberi pilihan kecuali diberi kepada ibunya tanpa mengira agama si ibu, dengan syarat dia terbukti layak untuk menjaga si anak. Banyak hadis yang membicarakan hal ini. Namun demikian, perlu difahami degan jelas akan perbezaan di antara penjagaan (hadaanah / custody) dan kewalian (wilaayah / guardianship) di mana ibubapa yang non-Muslim boleh diberi hak penjagaan, tetapi tidak kewalian. Ini kerana penjagaan bermaksud menjaga dan memberi pelayanan (pengasuhan) kepada si anak manakala kewalian adalah hal penguasaan. Prinsip kewalian tidak terpakai dalam isu pengasuhan.

Bagaimana pun, jika si anak telah melebihi umur pengasuhan yakni usia di mana ia tidak perlu lagi disusui atau tidak perlu lagi kepada pengasuhan, maka si anak tidak lagi diberi pilihan tetapi wajib diberi kepada ibu atau bapanya yang Muslim yang memiliki hak penjagaan dan kewaliannya. Jika si ibu Muslim, maka anak itu diberi kepada ibunya dan jika si bapa Muslim, maka anak itu diberi kepada bapanya. Ini berdasarkan firman Allah (swt)

وَلَن يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَـفِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً

 “Dan Allah sekali-kali tidak akan memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang beriman” [Al-Nisa’ (4):141]

dan sabda Rasulullah (saw)

الإِسْلاَمُ يَعْلُو وَلاَ يُعْلَى

“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya” [HR al-Daruqutni].

Berdasarkan nas dan melihat kepada umur anak-anak yang terlibat dalam kes ini, hak penjagaan anak-anak hendaklah diberikan kepada bapa yang Muslim. Meletakkan anak di bawah penjagaan orang kafir yang akan mengajar mereka hal-hal kekufuran adalah diharamkan di sisi Islam. Atas dasar ini, si anak mesti diambil dari ibunya yang kafir dan diletakkan di bawah penjagaan dan kewalian bapanya yang Muslim.

Wahai para hakim! Kami ingin mengingatkan bahawa anda wajib memutuskan hukum menurut apa yang Allah (swt) turunkan. Ingatlah bahawa Allah (swt) yang merupakan Hakim kepada semua hakim dan yang akan menghisab kesemua hakim, telah memerintahkan anda untuk tidak memutuskan hukum selain daripada apa yang Dia turunkan dan apabila anda berhukum hendaklah berhukum dengan adil. Bagaimana pun, keputusan anda dalam kes yang disebutkan di atas tidak dibuat menurut apa yang Allah perintahkan dan lebih dari itu, anda telah meletakkan akidah anak tersebut dalam bahaya, dan anda sedar sepenuhnya akan hal ini. Kami mengingatkan anda agar tidak berpaling dari Kalamullah (swt) dan ingatlah akan amaran keras dari Rasulullah (saw) kepada anda:

الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ وَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَاثْنَانِ فِي النَّارِ فَأَمَّا الَّذي فِي الْجَنَّةِ فَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَجَارَ فِي الْحُكْمِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ

“Hakim ada tiga (jenis), satu akan ke syurga dan dua akan ke neraka. Hakim yang ke syurga adalah hakim yang mengetahui kebenaran dan memutuskan dengannya. Manakala hakim yang mengetahui kebenaran lalu ia menyimpang darinya ketika memutuskan perkara maka ia ke neraka. Demikian pula hakim yang memutuskan perkara dengan jahil maka ia pun ke neraka” [HR Abu Daud].

Akhir sekali, kami ingin mengingatkan kaum Muslimin secara umumnya, bahawa kita tidak boleh hanya berdoa dan berharap agar para hakim dan juga negara ini akan suatu hari nanti menjadi baik dengan sendirinya. Kita mesti berusaha keras untuk merealisasikan harapan kita. Sudah puluhan tahun kita menyaksikan hukum-hakam Islam diketepikan di negara ini. Jadi, menjadi kewajipan kita untuk terus memuhasabah dan mendesak pemerintah, para hakim, ahli politik, pasukan tentera dan semua pihak yang mempunyai kuasa, untuk menerapkan Islam. Dalam masa yang sama, kita juga mesti sedar akan kewajipan kita untuk menegakkan Negara Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah bagi memastikan hukum Islam dapat diterapkan sepenuhnya.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Ruj: HTM/PR/01/16
Isnin, 6 Jamadil Awal 1437 H
15/02/2016 M


Press Release

Marriage and Custody in Malaysia: Judges made new rules which are against Allah’s rules

On 10/02/2016, the Federal Court ruled that it is the civil court, and not the Shariah Court that should decide the custody of children who had converted to Islam. The Shariah Court only has jurisdiction in marriage and divorce when both parties are Muslims, the apex court said. A five-man bench chaired by Court of Appeal president, Tan Sri Raus Sharif also ruled that a non-Muslim marriage does not dissolve when one party embraced Islam. The other panel made up of Chief Judge of Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, and judges Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar and Datuk Azahar Mohamed unanimously issued the custody order after ruling that the Shariah Court has no jurisdiction to make custody order in marriage-dissolution involving a Muslim convert and a non-Muslim.

This decision ends the long conflict of jurisdiction faced by civil and Shariah Courts with regards to non-Muslim marriage where one spouse thereafter converts to Islam. The decision has at the same time become the binding law of the land. The couple in that case, N. Viran and S. Deepa, married in March 2003 under Hindu rites. Izwan Abdullah (N. Viran) who became a Muslim in 2011, converted their two children (Nabil and Nabila) without his wife’s knowledge in the same year. Subsequently in April 2012, he obtained an order from the Seremban Shariah Court for custody of the children. However, the wife was then awarded custody of the children by the Seremban High Court on April 7, 2014. In its decision on the custody issue, the Federal Court granted the custody of eight-year-old Nabil to Izwan while Deepa retained daughter Nabila, 11. “We are guided by the best interest of the children as stated under section 88 (1) of the Law Reform Act (Marriage and Divorce) 1976”, Raus said.

In this regard, Hizb ut Tahrir / Malaysia would like to assert that the Federal Court’s rules, without surprise, are clearly against Allah’s rules in all aspects. The decision proves nothing except manifesting the secular nature of this country where civil courts always prevail over the Shariah Courts, in addition to the fact that the existence of a dualistic court system is itself a clear proof of the country’s secular nature. Are those Muslim judges challenging the rules that Allah (swt) when they ruled that the marriage is not dissolved upon the conversion of one spouse to Islam, when it is crystal clear in Surah Mumtahanah (60) verse 10, that the marriage is automatically dissolved in such a case!? Are those judges challenging the rules of Allah (swt) when they granted the custody of Nabila (who is a Muslim) to her Hindu mother, when it is clear in Islam that the custody and guardianship of such a grown-up child is vested upon her Muslim father!?

The divine rule with regards to the custody and guardianship of children is explicitly clear in Islam. If a child is still under the age of distinction and does not comprehend things and does not realise the difference between the conduct of his/her mother and his/her father, in such that he is still at the age of suckling or weaned or beyond, then the child is not given a choice but to be united with his/her mother, regardless of her religion provided that the mother is proven more entitled to the custody of the child. There are plenty of hadith regarding the matter. However, it is to be clearly understood the difference between custody (hadaanah) and guardianship (wilaayah), where a non-Muslim parent can have custody over a Muslim, but not guardianship. This is because custody only denotes raising and services (nursery) towards a child whereas guardianship is a matter of ascendancy. The principles of guardianship do not apply in the issue of nursery.

However, when the child is above the age of nursing, such that he/she is at the age or above the age where he/she no longer need to be suckled, and no longer require nursing, then the child is not given a choice but to be given to the Muslim parent, whom the custody and guardianship are vested upon. If the wife was the Muslim then the child would be given to her and if the husband was the Muslim then the child would be given to him, due to His (swt) words

وَلَن يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَـفِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً

 “And Allah will never allow an authority to the disbelievers over the believers” [An-Nisa: 141]

and also due to the words of Rasulullah (saw)

الإِسْلاَمُ يَعْلُو وَلاَ يُعْلَى

“Islam will always dominate and nothing shall dominate over it” [Narrated by Al-Daraqutni].

Based on the divine authorities and considering the ages of the children in this particular case, the custody over them must be given to a Muslim parent. Keeping the child under the custody of the disbeliever who will teach them disbelief is not allowed, and for that reason the child must be taken from the disbeliever and placed under the custody and guardianship of a Muslim parent.

O Judges! We would like to remind that you must strictly rule by what Allah (swt) has revealed. Take heed that Allah (swt) Who is the Judge of all judges, Who shall call all judges to account, has decreed that you judge by nothing other than what He has revealed and that when you judge, you must judge with justice. Nonetheless, your decisions in the aforementioned case has not been derived from what Allah has revealed and above all, has put the faith of the child in jeopardy, and you are fully aware of this. We remind you not to turn your backs on the Words of Allah (swt), and do remember a stern warning from Rasulullah (saw) to you:

الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ وَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَاثْنَانِ فِي النَّارِ فَأَمَّا الَّذي فِي الْجَنَّةِ فَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَجَارَ فِي الْحُكْمِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ

“Judges are of three types, one of whom will go to Paradise and two to Hell. The one who will go to Paradise is a man who knows what is right and gives judgment accordingly; but a man who knows what is right and acts tyrannically in his judgment will go to Hell; and a man who gives judgment for people when he is ignorant will go to Hell” [Narrated by Abu Dawud].

Finally, we would like to remind all Muslims in general, that we cannot just simply pray and hope that the judges or this country will one day become good by themselves. We have to work hard to realize our hopes. For tens of years we have witnessed the rules of Islam being set aside in this country. Hence, it is our obligation to continually account and urge the rulers, the judges, the politicians, the armies and all those in authority to truly implement Islam. We must also, at the same time, be cognizant of our responsibility to re-establish the Righteous Khilafah State (Caliphate) upon the method of the Prophethood in order to implement Islam in its entirety.

 

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Monday, 06th Jumada I 1437 AH
15/02/2016 CE
Ref: HTM/PR/01/16