Keputusan untuk Memaafkan Semua Individu Nakith (yang melanggar Sumpah), Tarik (yang meninggalkan Parti), atau Mu’akab (yang dihukum)

Ditulis oleh Ata Bin Khalil Abu Al-Rashtah

Alhamdulilah, dan selawat serta salam ke atas Rasulullah saw dan ke atas kaum keluarganya dan para sahabatnya serta mereka yang mengikutinya.

Saya telah menerima permohonan yang meminta saya untuk mempertimbangkan semula (keputusan) terhadap semua individu yang melanggar qasam (Nakath),yang telah meninggalkan parti, atau sedang dihukum sejak parti dilancarkan pada tahun 1372H – 1953M dan memaafkan individu-individu yang layak dimaafkan; memberikan mereka peluang baru untuk menyampaikan dakwah, dan mungkin mereka yang diberikan peluang seumpama itu akan menggunakanya dengan baik supaya dapat menemui Allah dalam keadaan murni serta ikhlas dan sesiapa yang memaafkan

” barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah” (Ash-Shura: 40)

Saudara dan saudari yang dikasih. Saya telah mengkaji isu ini dari semua sudut: atas, bawah, kanan dan kiri… dan kemudian Allah (swt) membimbing saya untuk mengeluarkan keputusan berikut:

1- Untuk memaafkan semua yang melanggar sumpah (Nakith), sesiapa sahaja yang meninggalkan (parti), atau telah dihukum, secara tetap atau buat sementara waktu, sama ada melalui pekeliling yang mengandungi hukuman atau tanpa pekeliling. Setiap individu sepatutnya menghantar kepada saya mesej melalui Mas’ul di negaranya, dan dengan kelulusan Mu’tamid, mengesahkan perkara-perkara berikut:

  1. Penyesalan individu tersebut terhadap perkara yang mendorongnya melanggar sumpah (Nakth), kerana meninggalkan atau kerana hukuman itu.
  2. Melakukan ikrar kepada Allah, Al-Aziz Al-Hakim, bahawa beliau tidak akan kembali dan mengulangi tindakan yang sama (perkara di atas).
  3. Jika individu itu memiliki halaman web, beliau sepatutnya menghapuskan semua isi kandungan yang memudaratkan parti, kepimpinannya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
  4. Individu itu mesti melakukan qiyam selama tiga malam, melakukan Istighfar dan Taubat (memohon keampunan Allah), dan benar-benar jujur terhadap Allah berkenaan dengan penyesalannya dan ikrarnya, dan sepatutnya memyebut perkara ini dalam mesej yang akan dihantar kepada saya.

Jika individu itu dihukum buat sementara waktu setelah beliau melakukan perkara yang disebutkan di atas, maka kami akan mempertimbangkan bahawa apa yang telah beliau lakukan tidak pernah berlaku. Dan parti akan merangkulnya sekali lagi tanpa beliau melakukan ikrar baru (qasam).

2- Tiga kategori akan dikecualikan daripada pengampunan ini:

  1. Sesiapa yang mengkhianati parti dengan mengetuai pemberontakan dan penentangan.
  2. Sesiapa yang mengkhianati kepimpinan parti, memfitnahnya dan dengan sengaja berniat melakukan pembohongan terhadapnya.
  3. Sesiapa yang mengkhianati harta milik anak yatim, mengambilnya dan berdegil tentang perkara ini.

3- Saya ingin mengatakan kepada saudara-saudara yang tidak selesa dengan keputusan pengampunan: Saya adalah orang yang memegang kuasa, dan mereka mesti memberikan saya ketaatan dan kehormatan, dan keputusan ini dilaksanakan selagi ia dalam bidang kuasa dan ia tidak mendurhakai Allah.  Saya juga telah melakukan ijtihad tentang perkara ini dan saya berdoa kepada Allah swt supaya saya tidak melakukan kesilapan dalam perkara ini.

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya” (At-Taghabun: 11)

Dan Allah memberi bantuan kepada kita.

Wassalamu Alaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh

Saudaramu

Ata Bin Khalil Abu Al-Rashtah

2 Rajab Al-Muharam 1439 H

20/3/2018