Ketakutan Kuffar Barat Akan Berdirinya Khilafah Semakin Ketara

altPenasihat kerajaan British mengakui bahawa peperangan di Afghanistan adalah untuk mengelakkan berdirinya Khilafah.

Ahad 16 Mei 2010
 
London, Britain, 16 Mei 2010 – Bercakap kepada program BBC Today pada 14 Mei 2010, seorang Jeneral bersara tentera British membuat pengakuan bahawa peperangan di Afghanistan adalah peperangan terhadap Islam.
 
Apabila ditanya tentang penglibatan Britain ke atas penjajahan di Afghanistan, beliau mengatakan bahawa “Sekiranya terdapat agenda Islam yang tidak dihalang di selatan Afghanistan, di Afghanistan atau di Asia Selatan, maka pengaruh tersebut akan merebak. Ianya akan merebak dan ini adalah perkara yang serius, sebab ianya boleh merebak dari Asia Selatan ke Timur Tengah dan Afrika Utara, dan mengulangi kemuncak penguasaan Khilafah Islam pada kurun ke-14 dan ke-15”.

 
Taji Mustafa, wakil jurucakap media Hizbut Tahrir Britain berkata, “General Dannatt, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Cameron, mempunyai rekod lama dalam menyerang sistem pemerintahan Islam, iaitu Khilafah. Walau bagaimanapun, dialog dengan BBC mempunyai makna yang lebih terperinci”.

“Beliau secara terperincinya mengatakan bahawa sekiranya umat Islam melaksanakan idea politik mereka dan sistem pemerintahan Khilafah, ini tidak boleh diterima dan memerlukan tindakan ketenteraan dari Britain. Beliau tidak mempunyai apa-apa halangan terhadap umat Islam untuk mengamalkan amalan ibadat (seperti solat dan puasa), selagi umat Islam terus mengamalkan sistem politik ciptaan Barat. Beliau cuba membuat justifikasi dengan melabelkan Islam sebagai suatu agama dan bukan Deen, atau suatu cara hidup yang juga merangkumi sistem politik”.

“Komen tersebut adalah lanjutan daripada komen para penjenayah perang seperti Tony Blair, George W Bush and Donald Rumsfeld – yang mana kesemua mereka membuat justifikasi perang menentang keganasan dengan menghalang berdirinya Khilafah Islam – suatu yang telah semakin popular di kalangan umat Islam di seluruh dunia”.
 
“Kalau kenyataan Dannatt mencerminkan pandangan rasmi kerajaan British yang baru ini, ini bermakna bahawa kerajaan David Cameron berada di dalam kancah peperangan yang berterusan terhadap aspirasi politik umat Islam seluruh dunia – yang mahukan peranan yang lebih besar untuk Islam di dalam sistem pemerintahan dan memecahkan segala belenggu penjajahan negara Barat ke atas umat Islam, yang kedua-duanya merupakan suatu yang dapat dipenuhi dengan kembalinya Khilafah untuk umat Islam”.