Kewajipan Memuliakan Wanita
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam
Imam an-Nawawi menyatakan, “Maknanya adalah hendaknya mereka (para isteri) tidak mengizinkan siapapun yang tidak kalian sukai untuk masuk ke rumah kalian dan duduk di dalamnya; baik yang diberi izin itu laki-laki asing, perempuan atau di antara mahram isteri. Ini adalah kerana, larangan tersebut mencakupi semua orang”.
Inilah hukum dalam masalah ini menurut para fuqaha’, iaitu bahawasanya isteri tidak halal mengizinkan laki-laki atau perempuan, mahram-nya ataupun bukan, untuk masuk ke rumah suami; kecuali orang yang dalam anggapan atau dugaan isterinya itu bahawa suami tidak membencinya. Sebab, hukum asalnya adalah haram untuk masuk ke rumah seorang manusia sehingga terdapat izin untuk masuk yang berasal dari dia atau orang yang dia wakilkan untuk memberi keizinan itu, atau diketahui adanya kerelaannya dengan menerapkan ‘urf tentang itu atau semacamnya. Apabila sahaja terdapat keraguan samada adanya kerelaan dia dan tidak mungkin diyakini adanya kerelaan itu serta tidak terdapat qarînah maka tidak dibolehkan masuk dan isteri tidak boleh memberikan keizinan.
“Fa in fa’alna dzâlika fadhribûhunna dharban ghayr mubarrih.” Maknanya, jika mereka mengizinkan orang yang tidak kalian sukai masuk ke rumah kalian maka pukullah mereka dengan pukulan yang ghayr mubarrih. Jadi, dalam hal ini suami boleh memukul isterinya dalam bentuk pukulan ghayr mubarrih untuk mendidik isteri. Hanya sahaja, di dalam QS an-Nisa’ [4]: 34, pukulan itu adalah langkah terakhir: setelah isteri dinasihati; jika tidak mahu mengikutinya, lalu dipisahkan tempat tidurnya; dan jika tidak mahu mentaati suami juga, baru dengan pukulan tersebut.
Pukulan ghayr mubarrih adalah pukulan yang tidak keji (ghayr syâ‘in), tidak keras, tidak menyebabkan luka dan tidak meninggalkan bekas sedikitpun. Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksud bukanlah pukulan dengan tongkat atau semisalnya. Al-Hajjaj dan Hasan Bashri menjelaskan, “Iaitu pukulan yang tidak membekas (ghayr muatstsir).” Menurut para fuqaha’ pukulan ghayr mubarrih adalah pukulan yang tidak menyebabkan kerosakan organ dan tidak meninggalkan bekas sedikitpun.[1]
“Wa lahunna ‘alaykum rizquhunna wa kiswatuhunna bi al-ma’rûf”. Jika suami memiliki hak yang menjadi kewajiban isteri, maka harus diingat bahwa isteri juga memiliki hak yang menjadi kewajiban suami; iaitu hak nafkah (makanan, pakaian, tempat tinggal dsbnya) secara makruf. Muawiyah bin Haydah al-Qusyairi pernah bertanya, “Ya Rasulullah, apa hak isteri kami?” Beliau menjawab, “Engkau memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Jangan engkau memukul wajah, jangan mencela (mencaci)-nya, dan jangan mendiamkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Abu Dawud dan Ahmad]. Bi al-ma’rûf, menurut al-Munawi, maksudnya adalah dengan memperhatikan keadaan suami, samada miskin ataupun kaya, atau dengan cara yang makruf (layak) secara sederhana dan terpuji.
Hendaknya setiap kita, apalagi para pendukung dakwah, memperhatikan dan berupaya mewujudkan hal ini.
Wallahu’ alam bi shawab
Catatan:
1. Lihat tafsir QS 4: 34 di dalam Tafsîr ath-Thabari, Tafsîr al-Qurthubî, Tafsîr Ibn Katsîr, Tafsîr al-Alûsî, dsb.
Sumber : Al Waei