Khilafah Akan Menguruskan Elektrik dengan Harga Yang Murah

alt“Khilafah akan Menguruskan Elektrik  dengan Harga Yang Murah”, demikianlah kandungan  seruan besar yang disertai  oleh ribuan umat Islam yang diadakan di kawasan Bogor. Dalam demonsrtasi tersebut, mereka menolak kenaikan tarif elektrik yang diumumkan pada 1 Julai 2010. Seramai 3,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, para pelajar pengajian tinggi, peniaga, pemandu teksi, petani, ulama’ dan penguasa yang menyertai  masyirah (demonstrasi) yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Indonesia di Kota Bogor tersebut. Demontrasi yang sama juga diadakan di bandar-bandar dan daerah-daerah lain di Indonesia.

Di dalam demontrasi tersebut, mereka mengibarkan bendera hitam dan putih bertuliskan kalimat tauhid. Mereka juga membawa sepanduk dengan slogan-slogan seperti “Kenaikan Tarif Elektrik, Bukti Kebusukan Sistem Kapitalis”, “Tolak Tindakan Zalim Kenaikan Tarif Elektrik”, “Ingin Sejahtera? Terapkan Syariat Islam”, “Hidup Mulia dengan Syariah dan Khilafah”.

HTI  Menentang Kementrian Tenaga Dan Sumber Mineral Berkaitan Pengurusan Elektrik

Sebelum itu, Hizbut Tahrir juga telah mengadakan perarakan panjang bermula dari Istana Presiden menuju ke Bangunan Kementerian Tenaga Dan Sumber Mineral (ESDM). Sambil mengangkat sejumlah kain rentang, mereka menuntut agar pemerintah membatalkan kenaikan tarif elektrik.

Antara kain rentang yang dipikul bertuliskan, “Kapitalis Terbukti Menyengsarakan, Gantikan dengan Khilafah”, “Tenaga Elektrik Adalah Milik Umat, bukan Penguasa! Kembalikan dengan Syariah dan Khilafah”.

Di samping kain rentang yang berukuran saiz sederhana, mereka  juga membawa dua buah kain rentang besar  yang menarik perhatian sejumlah pengguna jalan yang lalu lintas.

Kain rentang besar tersebut bertuliskan, “Khilafah akan Menguruskan Elektrik dengan Harga Murah”, “Elektrik Naik, Penguasa Semakin Zalim, Rakyat Makin Menjerit”.

Setelah sampai di Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, beberapa wakil disambut masuk oleh Agus Salim, Biro Undang-undang dan Perhubungan Awam (Humas) Kementerian ESDM dan lain-lain.

Kemelut harga elektrik ini merupakan cara liberalisasi yang diinginkan oleh negara-negara Barat bertujuan untuk mengaut kekayaan alam Indonesia. “Saudara-saudara harus berhati-hati, perkara ini akan terus berlarutan selagi sistem kapitalis yang memerintah negara ini,”  kata jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia, Muhammad Ismail Yusanto.

“Maka kami mengajak saudara-saudara sekalian untuk memilih syariah Islam dan meninggalkan sistem yang hanya menguntungkan pihak luar dan sekutu-sekutunya itu”.

Diamnya rakyat bukan bermakna rakyat setuju dengan tindakan pemerintah. Mereka itu lelah dengan tindakan zalim pemerintah. Rakyat  tidak boleh mengharapkan lagi kepada Dewan Perwakilan Rakyat yang selalu memihak kepada kepentingan pihak luar dan penguasa, serta mereka mengabaikan keperluan hidup rakyatnya.

“Sebentar tadi di luar saya berbual dengan beberapa anggota polis yang menjaga demonstrasi  kami. Mereka juga tidak ingin tarif  elektrik dinaikkan, tetapi pihak polis itu tidak boleh membantah, kami hanya mewakili mereka sebenarnya,” ungkap Ismail.

Kemudian Ismail pun menjelaskan tentang penyelesaian Islam berkenaan  tata cara untuk menguruskan tenaga elektrik dan sumber alam yang lain sehingga dapat  memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat.