Kolokium Remaja 2010 : Wahai Remaja, Kembalikanlah Maruah dan Martabatmu!

Remaja merupakan aset terpenting bagi sesebuah negara berbanding dengan aset-aset lainnya. Apabila golongan remaja ini cemerlang maka akan maju dan cemerlanglah juga sesebuah negara itu kerana memiliki calon pemimpin yang baik. Sebaliknya, jika golongan ini rosak maka negara akan kehilangan generasi penerus yang berkualiti seterusnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Realitinya, golongan remaja kini sedang mengalami krisis sosial yang semakin parah. Gejala sosial di kalangan remaja semakin membarah dan kritikal.

Oleh itu, kami menjemput para Muslimat ke Kolokium Remaja 2010 – “Wahai Remaja, Kembalikanlah Maruah dan Martabatmu!” anjuran Khilafah Centre  dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia bagi sama-sama mengupas isu ini dan mencari penyelesaian yang syumul.  Butiran kolokium adalah seperti berikut :
 

Tarikh : 28hb Februari 2010 (Ahad) bersamaan 14 Rabi’ul Awwal 1431 H
Waktu0830pagi – 1230tengahari
Tempat Auditorium Abu Zarim, ILSAS, UniTEN, Bangi.

 
 Semoga dengan kehadiran puan-puan akan mengeratkan lagi ukhuwah sesama muslim.