Program Remaja Halawatul Ukhwah 2009 Mendapat Sambutan Hebat Mahasiswi

altSabtu, 22 Ogos 2009  bersamaan 1 Ramadhan 1431H

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan, bulan penuh keberkatan ini, Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) telah menganjurkan sebuah Kem Ramadhan untuk remaja/ siswi  pada 22 dan 23 Ogos 2009 bertempat di Banting, Selangor.

Program yang di namakan Halawatul Ukhuwah ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh sebuah tim gerak kerja dakwah MHTM untuk remaja dan siswi Muslimah.  Dengan bertemakan “Menyimpul Ukhwah Menegakkan Syariah” program ini bertujuan untuk menjalin ukhuwah Islamiyyah antara MHTM dengan mahasiswi kampus dan golongan remaja di samping mendedahkan remaja Muslimah tentang cabaran semasa dan akan datang khusus untuk mahasiswi.  Ianya juga bertujuan untuk membentuk mahasiswi yang berfikiran cemerlang dan bersyahsiyyah Islami serta bagi memutikkan tunas-tunas kesedaran dan mencetus pemikiran Islam khususnya untuk mahasiswi dengan mengembalikan Akidah Islam dan hukum syarak sebagai satu-satunya kepimpinan berfikir (Qiyadah fikriyyah)dan landasan bagi tolok ukur sesuatu perbuatan.

Alhamdulillah, program Halawatul Ukhwah 2009 berjaya di kendalikan dengan menampilkan dua orang penceramah dari MHTM dan perbincangan dalam kumpulan (LDK) di mana para peserta di bahagikan kepada lima kumpulan kecil dan di berikan beberapa keratan akhbar berkenaan isu semasa seperti masalah sosial remaja, skim pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Erti kemerdekaan untuk di bincangkan.  Para fasilitator dari MHTM telah di tugaskan untuk membimbing setiap kumpulan menyelami akar permasalahan isu-isu yang di kemukakan dan membincangkan penyelesaian hasil dari pemikiran sekular kapitalis yang menambahkan kerosakan di dalam sistem kehidupan yang sedia ada serta menyedarkan para peserta tentang perlunya Islam di kembalikan dan di amalkan secara keseluruhan sebagai satu-satunya penyelesaian permasalahan kehidupan.  Ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu wa Taala :”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan jangan lah kamu mengikuti jejak langkah syaitan.  Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu” [TMQ Al Baqarah (2) : 208].

Secara keseluruhannya, program HU ini telah berjaya mencapai objektifnya apabila dapat di lihat terbitnya kesedaran dalam diri para peserta yang di zahirkan pada pembentangan setiap kumpulan LDK di akhir program itu mengenai kupasan isu semasa yang di berikan dan penyelesaian yang sepatutnya di terapkan di dalam setiap permasalahan itu.  Semua kumpulan LDK menyatakan bahawa hanya dengan mengembalikan Islam sebagai satu Sistem Pemerintahan (Daulah Khilafah Islamiyyah) dapat menyelesaikan simpulan masalah kehidupan umat Islam pada masa kini.

Di kesempatan ini, MHTM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada para remaja dan mahasiswi yang menyertai program Halawatul Ukhwah 2009 ini dan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.  Semoga usaha membangkitkan semula ‘ruh’ umat ini khususnya mahasiswi Muslimah, mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Taala dan di kira sebagai amal soleh dalam gerak dakwah mengembalikan semula Islam dalam kehidupan dan di berikan ganjaran di Akhirat kelak. 
Wallahu ‘alam

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt