Korban Awam Itu Adalah Umat Islam. Darah Mereka Lebih Bernilai dari Kaabah…
MARJAH 16 Feb. – Tiga lagi penduduk awam Afghanistan dilaporkan terbunuh dalam serangan di kubu Taliban, kata pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini. Kematian dalam tiga kejadian berbeza itu berlaku selepas dua peluru Amerika Syarikat (AS) tersasar dan terkena sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Marjah, kelmarin. Seramai 12 orang terbunuh dalam kejadian itu yang separuh daripadanya kanak-kanak terbunuh dan sumber rasmi Afghanistan berkata, tiga pejuang Taliban berada di dalam rumah berkenaan ketika serangan dilakukan. Dalam dua kejadian terbaru itu, kumpulan Afghanistan yang mendekati pasukan NATO tidak mempedulikan jeritan dan isyarat tangan supaya berhenti, menyebabkan askar terpaksa menembak mereka.
Dalam kejadian ketiga, dua lelaki Afghan ditangkap dalam kejadian tembak-menembak antara pemberontak dan pasukan NATO. Kedua-dua mereka yang cedera menyebabkan seorang daripadanya mati akibat kecederaan walaupun sudah diberi rawatan perubatan, kata NATO. Semalam, pejuang Taliban melancarkan serangan balas dengan askar Marin dan Afghan menyebabkan pasukan bersekutu itu berundur walaupun kerajaan Afghan mendakwa pemberontak berkenaan sudah kalah. Dalam serangan berkenaan, pejuang Taliban yang menyusup masuk di dalam kegelapan malam ke sebuah kawasan bebas senjata dan bahan letupan, kemudiannya melepaskan tembakan terhadap pasukan askar Marin, di belakang sempadan Amerika Syarikat (AS). Pada masa sama, di Marjah, pasukan Taliban kelihatan sedikit goyah sekalipun terdapat segelintir pejuang dilihat melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap askar US dan Afghan menggunakan roket, senapang dan bahan letupan bom tangan. Walau bagaimanapun, taktik gangguan dan jumlah bom jalanan digunakan selain terowong serta perangkap samar yang ditanam di seluruh Marjah berjaya membantu melemahkan pergerakan pasukan bersekutu ke bandar. – AGENSI
Sumber : Utusan Malaysia, 17/02/2010
Korban Awam Itu Adalah Umat Islam. Darah Mereka Lebih Bernilai dari Kaabah…
Laporan berita di atas memainkan isu pembunuhan yang dilakukan oleh tentera AS ke atas umat Islam di Afghanistan dengan menggunakan tajuk “korban awam”! Berita yang dilaporkan di atas dilihat lebih bersifat neutral dan tujuannya adalah tidak lain agar kemarahan umat Islam dapat dialihkan. Inilah propaganda yang cuba dimainkan oleh pihak media agar kemarahan umat Islam itu dapat dikawal. Namun yang pastinya umat Islam akan terus menjadi mangsa keganasan pengganas nombor 1 dunia – rejim AS laknatullah dengan pelbagai alasan yang bodoh. Begitu mudahnya AS laknatullah cuba memperbodohkan umat Islam. Wahai umat Islam! Ketahuilah bahawa jika dulu darah umat Islam tertumpah dengan mulianya kerana berjuang sebagai syuhada tetapi pada hari ini titisan darah umat Islam ditumpahkan dengan hinanya oleh musuh-musuh umat Islam yang menjadikan umat Islam sebagai mangsa kerakusan dan kebiadapan mereka sedangkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya lenyapnya dunia ini adalah lebih ringan bagi Allah daripada membunuh jiwa seorang Muslim”. [HR At-Tirmidzi, juga oleh An-Nasa’i dan Ibn Majah].
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda
“Setitik darah seorang Muslim adalah lebih bernilai dari seluruh Kaabah dan sekelilingnya” [Riwayat Bukhari dan Muslim].
Wahai umat Islam! Tidak ada galang ganti kepada tumpahan titisan darah umat Islam di Afghanistan dan di tempat-tempat lain melainkan dengan jihad yang digerakkan oleh Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Sudah saatnya Khilafah itu berdiri dalam keadaan yang cukup mendesak saat ini.