Kuliyah Maghrib Di Kulim Untuk Memberi Kesedaran Kepada Umat
KULIM, 29 Jun – Surau Muqarrabin, Taman Angsana buat pertama kalinya menjemput Ustaz Ridhuan Hakim untuk menyampaikan kuliyah Maghrib di sini. Ridhuan dalam kuliyahnya merungkai permasalahan hidup umat manusia ketika ini, terutama kaum Muslimin akibat dari berpaling dari peringatan (Al-Quran). Beliau memberi penerangan mengenai tiga ‘golongan’ yang menerima kesempitan hidup – negara, masyarakat dan individu. “Masalah utama kaum muslimin adalah kerana mereka tidak menjadikan syariah yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai peraturan hidup.
Setiap cara dan jalan yang ditempuh bagi mengatasi masalah kehidupan hari ini selain dari sumber syarie telah gagal. Kegagalan itulah yang mengakibatkan kehidupan umat manusia yang semakin kronik.” ujarnya. Antara doktrin yang meracuni pemikiran umat Islam sehingga mereka tidak dapat ‘bergerak’ dan keluar dari kehidupan yang sengsara ketika ini adalah penerapan idea nasionalisme, patriotisme dan sekularisme. Jalan untuk keluar dari permasalahan ini adalah umat Islam perlu meninggalkan segala bentuk ideologi kufur dan kembali menghayati pemikiran-pemikiran (fikrah) Islam serta bangkit mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah. Hadirin dan hadirat yang memenuhi ruang solat dan kawasan luar surau sama-sama menunaikan solat ‘Isyak berjamaah setelah selesai kuliyah sekitar jam 9.45 malam.